31 December 2009

Gigi oh Gigi....


Assalammualaikum wrt wbt...

Sekarang jam di laptop ku tepat menunjukkan 11.44 mlm..
Sudah agak larut malam bagi insan kerdil ini..
Lagi beberapa minit sahaja lagi tahun baru menjelma lagi, yakni 2010..

Dalam kekelaman bilik tidur ku..
Aku tersisih dari masyarakat..
Aku menanggung kesakitan sendirian..
Yakni SAKIT GIGI :p

Sakit yang paling sakit di dunia is SAKARATUL MAUT..
Sakit yang ke2 is SAKIT WANITA BERSALIN..
Dan sakit yang ke3 is SAKIT GIGI, waduh....
Sakit gigi dapat rangking ke 3 beb!!
lalalal...berdenyut-denyut gigi ku :(

Selamat Datang 2010, ku menyambut kedatanganmu dengan denyutan gigi ku ^_^

22 December 2009

Ada apa dengan HATI??


Hati..

Ada apa dengan hati jika ia menangis?
Ada apa dengan hati jika ia terluka?
Ada apa dengan hati jika ia berdarah?

Mengapa hati menangis?
Mengapa hati terluka?
Mengapa hati berdarah?

Jawapannya hanya ada pada dirimu..
Tanyalah hati, anda bakal mengetahuinya..

Dan hanya pekerja di market sahaja tahu hati mana yang bersih dan hati mana yang telah di takluki kuman..

kerna..

mereka yang membelah, merobek hati-hati ayam, lembu, ikan dan sebagainya di market..

dan, hati KU....

hanya untuk DIA....


18 December 2009

Salam Maal Hijrah ^_^


09 December 2009

Luruskan hatiku Tuhan~


Luruskan hatiku Tuhan


YA ALLAH...
dengan berkat Nabi-MU
dan berkat guruku
luruskanlah hatiku
agar agamaku lurus
betulkanlah hatiku
agar aku ikhlas selalu
tetapkanlah hatiku
agar aku tidak tergugat
dengan ujian yang menimpa.

YA ALLAH...
Tuhan yang mencipta hati
bersihkanlah hatiku
agar mazmummahku
tidak merosakkan agamaku
dan juga tidak merosakkan
kehidupa orang lain.

Wahai Tuhan...yang membolak-balikkan hati
kuatkanlah hatiku
agar keyakinanku tidak berubah
supaya aku sentiasa tabah.

Tuhan...
ENGKAU rasakanlah hatiku
sentiasa bersama-MU
supaya aku rasa
ada kawan melindungiku
agar aku tak rasa sepi
di dalam hidupku
aku merasa malu
melanggar perintah
dan sentiasa siap sedia
melaksanakan perintah-MU.

YA ALLAH...
Tuhan yang menjaga hati
lindungilah hatiku
agar seluruh hidupku menjadi baik
supaya tidak khianat
dan tidak hasad
dan tidak berdendam sesama manusia
supaya lahir batinku menjadi taat

Tuhan...
aku harap ENGKAU
makbulkanlah doaku ini...

02 December 2009

PERNIKAHAN~

~Gambar Hiasan~


ALLAH yang mengatur segala kejadian dan mempermudahkan segala urusan dan melindungi hamba-hambaNya dari pelbagai perkara, musibah yang menimpa keimanan dan keislaman kita. Betapa agungnya ALLAH yang mentakdirkan kita hidup sebagai manusia . Ini kerana fitrah kita diberikan kemampuan membina rumah tangga. Sungguh beruntung apabila kita memahami rumah tangga yang kita bina dan yang bakal kita bina bukan sekadar memenuhi nafsu syawat.

Kehidupan berumah tangga adalah yang kompleks yang melibatkan fizikal dan mental. Sekiranya tidak ada ketentuan syariat ALLAH dan contoh yang mulia dari Rasul dalam hal rumah tangga, tentu kita menagalami kesukaran menguruskan kehidupan rumah tangga. Mungkin persepsi kita mengenai rumah tangga hanya menjurus kepada keperluan biologi dan menambahkan keturunan sahaja.

Hubungan antara lelaki dan perempuan adalah fitrah semula jadi sejak dulu lagi. Juga merupakan keperluan semula jadi yang merupakan fitrah ALLAH. Di antara manusia memerlukan hubungan semula jadi.

Kini ramai yang berumah tangga tanpa melalui akad nikah, bebas melakukan hubungan terlarang tanpa mempedulikan peraturan agama. Walau pun ramai di antara mereka yang mengaku sebagai umat islam. Kehidupan berumah tangga yang melalui perkahwinan yang sah adalah amalan soleh. Setiap perbuatan yang dilakukan dalam rumah tangga mendapat pahala dan kebaikan yang besar. Atau pun terdapat istilah yang mengatakan ia adalah kenikmatan yang dapat pahala.

Tatapi kehidupan bersama yang tidak diasaskan dengan ijap kabul, segala perbuatannya adalah dosa besar. Hubungannya adalah zina yang dibenci oleh ALLAH dan Rasul. Pernikahan adalah syariat ALLAH. Melalui pernikahan segala yang haram sebelumnya menjadi halal. Nabi Muhammad menganjurkan pada pemuda dan pemudi supaya segera bernikah apabila sudah mampu.

Apabila seorang melalui perkahwinan, tanamkan niat yang kukuh iaitu niat beribadat kepada ALLAH, dijamin mendapat ketenangan, kasih sayang dan rahmat. Rumah tangga inilah yang menjadi permulaan yang baik, diberkati dan bakal melahirkan generasi yang soleh juga mendapat kebahagian di dunia dan akhirat.

ALLAH menjelaskan di dalam Al-Quran surah Al- Israk ayat 32 yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu yang keji. Dan satu jalan yang buruk."

08 November 2009

~Selamat Hari Lahir??

Sayidina Ali:
“Manusia semua tidur, bila mati baru mereka terjaga.”
Kata-kata itu menusuk ke lubuk hati. Merobek-robek sisa-sisa kegembiraan yang masih tersisa. Apakah kita masih tidur? Ah, tidur yang sangat panjang kalau begitu.

Teringat pula kata Imam Ghazali:
“Ada manusia yang sedang ketawa ria, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekan.”Ya, esok (08 november) ulang tahun kelahiran Noor Hana Binti Ibrahim(aku). Sudah hampir separuh abad aku bernaung di bawah langit-Mu ya Allah. Belumpun aku terasa menjadi hamba-Mu yang sebenar. Masih berpura-pura. Alangkah alpa dan berdosanya aku. Apakah sisa umurku masih panjang? Atau hanya seketika lagi. Aku tidak pasti. Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjangg umur, hakikatnya umurku semakin pendek. Bukankah tarikh mati setiap insan sudah ditetapkan? Dan hari ini, esok dan lusa aku menapak lagi… semakin hampir pada tarikh kematian yang dijanjikan. Duhai, tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari jadi… selamat pulakah hari matiku?


Aku belum bersedia untuk bertemu-Mu ya Allah. Walaupun aku tahu, siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu. Ya, Allah… segala kekuatan hanya pada-Mu jua. Kau yang Maha tahu apa yang terbaik untukku. Aku merayu pada-Mu ya Allah, pada tarikh ini. Untuk mengemis keampunan-Mu dengan tangan yang berdosa, dengan hati yang tercela. Jika tidak mengenangkan yang Engkau Maha Pengampun, aku tidak akan datang ya Allah. Rasa malu dan hina untuk meminta. Apakah aku diterima?


Ya, Allah di hari ini, kupinta dileraikan kusut fikirku. Mohon dijinakkan nafsu liarku. Tenangkanlah gejolak hati ini. Wahai yang Maha Adil, kutiplah aku untuk menumpang sekalipun di pinggiran rahmatMu. Walau sering aku lupa, tetapi aku sentiasa mendamba. Entah mengapa gelombang rasa ini sering datang dan pergi. Gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang. Jangankan mutmainnah, malah ammarah pula yang sering melanda. Kekadang aku sendiri bertanya, akukah aku ini? Terasa diri bersalin dua, tiga dan… Ya, Allah, jauhkan aku dari topeng munafik yang menipu-daya ini.

Aku bukan Hanzalah yang mencurigai dirinya munafik walau taqwanya melimpah. Bukan juga Umar Al Khattab, yang tega memukul diri walaupun sedikit berdosa. Pun bukan seumpama Rabiahtul Adawiyah yang sentiasa berkata:
“Sesungguhnya istighfarku memerlukan satu istighfar lagi.”
Aku juga tidak mampu menangis kerana dosa… Hatiku keras amat. Kucuba menangis dengan merasa kesal. Tapi gagal. Mengapa aku tidak mahu menangis kerana gagal menangis. Ya Allah, kerasnya hatiku ini. Mohon dilembutkan. Atau mohon aku diberi ‘hati’ yang lain. Hati yang ada ini bagaikan sudah mati ya Allah.

Aku kembara telah jauh. Namun kolam hatiku kian keruh. Beban tambah berat, diriku kian penat. Urusan kian payah. Jiwa semakin gundah. Justeru, mudah-mudahan di hari lahirku ini aku akan ‘dilahirkan’ semula. Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingatiMu. Yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap. Takut, kalau-kalau dimurkai. Harap-harap, minta-minta diampuni.

Buat sahabat, teman dan kenalan… terimakasih atas ingatan kalian. Pada yang jauh, maafkan aku kerana gagal mendekat. Pada yang hampir, maaf kerana tidak pandai membelai. Akhirnya terimalah secebis kata ini, (mungkin inipun masih dari terowong jiwaku yang gelap gelita.)…


“Marilah kita hidup…
seperti orang yang menanti mati
kerana ingat mati itu…
akan mengecilkan segala derita
akan mencairkan segala alpa
kiranya inilah detik terakhir
marilah kita mulakan semula
walau yang masih tersisa hanya sedetik cuma…
itu lebih bermakna!” Ah, kata pujangga, kita akan temui semula sesuatu di tempat yang kita kehilangannya. Dan sesuatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada suatu permulaan yang lebih baik. Ah, teringat ungkapan dalam bahasa Inggeris yang pernah menjadi hiasan meja sewaktu belajar dahulu:
“In life, what sometimes appears to be the end is really a new beginning… “
Mudah-mudahan. Ini permulaan yang baik. Amin ya, Allah!

~Uhibbu~

18 September 2009

Hari raya Idul Fitri atau Lebaran tahun 1430 H ^_^

Ketika ramadhan telah lepas

Tiada dzikir yang lebih pantas

Selain takbir bagi pemilik ‘Arsy.

Ketika takbir telah bergema

Tiada yang lebih bermakna

Selain pintu maaf yang dibuka.

Selamat lebaran, semoga diterima amalan,

yang ikhlas dilakukan, selama Ramadhan.

30 August 2009

TAZKIRAH KHAS RAMADHAN - dari shukur.com

SIRI 4 : BERBUKA PUASA

"Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama ia menyegerakan dalam berbuka." -HR Bukhari Muslim

Tiada yang lebih dinantikan selama waktu berpuasa sepanjang siang melainkan waktu berbuka puasa. Apabila tiba Maghrib, maka muslimin yang berpuasa disunatkan agar menyegerakan berbuka lantaran ganjaran pahala yang lebih banyak daripada mereka yang menunda waktu berbuka.Rasulullah SAW juga menyeru umatnya agar tidak tergesa-gesa ketika berbuka puasa. Makanlah dengan sewajarnya namun janganlah pula sehingga habis waktu untuk menunaikan solat Maghrib. Ini sejajar dengan sabda Baginda yang bermaksud:

"Apabila makanan telah dihidangkan, maka dahulukanlah makan daripada solat Maghrib dan janganlah kamu tergesa-gesa ketika makan makanan malam kamu." -HR Bukhari Muslim

Mendahului berbuka dengan memperbanyakkan doa adalah suatu yang dituntut kerana Allah SWT telah berjanji akan mengabulkan doa mereka yang berpuasa. Sebaiknya hendaklah doa yang meminta supaya diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan pada masa lalu. Doa ini bukan sahaja dituntut ketika hendak berbuka puasa wajib tetapi juga ketika berpuasa sunat.

Terdapat beberapa doa pilihan yang boleh dijadikan pedoman ketika berbuka, iaitu:·

- "Allahumma laka shumtu wa 'alaa rizqika afthartu." (Ya Allah, demi Engkau, aku puasa dan dengan rezeki-Mu aku berbuka)

- "Alhamdulillahiladzi a'aanani fashumtu wa razaqani fa afthartu." (Segala puji bagi Allah, tuhan yang menolongku, sehingga aku (sanggup) berpuasa dan memberiku rezeki, sehingga aku (dapat) berbuka)

- "Allahumma laka shumnaa wa 'alaa rizqika aftharnaa, fa taqabbal minnaa innaka antas samiiul 'aliim." (Ya Allah, demi Engkau kami berpuasa dan dengan rezeki-Mu kami berbuka, maka terimalah (puasa) dari kami. Sesungguhnya Engkau benar-benar Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)

- "Allahumma inni as 'aluka bi rahmatikallati wasi'at kulla syai'in antaghfiralii." (Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang luasnya meliputi segenap (makhluk) agar Engkau mengampuni diriku)

Walau bagaimanapun, menurut Imam Nawawi dalam Kitab Al-Azkar, doa-doa berbuka puasa tiada yang sahih. Rasulullah SAW bersabda bahawa setiap individu boleh berdoa apa sahaja sesuai dengan keinginan mereka. Namun sebagai manusia biasa, adakalanya doa yang dipanjatkan tidak dimakbulkan Allah SWT. Jika hal ini berlaku maka kita hendaklah mengkaji di mana kesilapan kita. Mungkin juga makanan atau minuman yang kita ambil datang daripada sumber yang tidak sah kerana salah satu syarat supaya doa kita dimakbulkan ialah sumber makanan kita haruslah daripada sumber yang halal.

Bukan sahaja dari segi makan minum harian, malah kita sepatutnya lebih teliti dalam melakukan dan memperkatakan apa jua perkara, termasuklah dalam urusan yang kita anggap sebagai kecil dan remeh-temeh. Masalah tidak akan timbul jika kita menyelesaikan perkara yang kecil terlebih dahulu sebelum ianya menjadi lebih besar.

Selamat berbuka dan wassalam.

28 August 2009

TAZKIRAH KHAS RAMADHAN - dari shukur.com

SIRI 3 : KELEBIHAN SAHUR & TAMAR

“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan Muslim

Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan. Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur. Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa.


Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka? Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.

Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.

Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:
~ Menuruti sunnah;
~ Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;
~ Menambah kekuatan untuk beribadat;
~ Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;
~ Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan
~ Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.

Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.

Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi

Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.

Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

Selamat bersahur dan wassalam.

22 August 2009

TAWARAN HEBAT ^_^


TAZKIRAH KHAS RAMADHAN - dari shukur.com

SIRI 2 : EMPAT TUNTUTAN"


Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah: 183

Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan.

Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu;

1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah;
2. Beristighfar;
3. Memohon memasuki jannah dan
4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam.

Rasulullah SAW telah menggesa para sahabat untuk menjadikan keempat-empat perkara ini sebagai suatu amalan. Abu Saeed Khudri r.a meriwayatkan bahawa:

"Suatu ketika Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu kalimat khas yang mana Baginda dapat mengingati Allah SWT dan dapat memohon sesuatu melaluinya. Lantas Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut. Nabi Musa AS berkata: "Wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hamba-Mu, aku mengkehendaki yang khusus." Lalu Allah SWT menjawab, "Wahai Musa, jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung di dalamnya kecuali Aku diletakkan ke atas sebelah dacing dan kalimah ini pada sebelah yang lain, kalimah ini lebih berat lagi daripada segala sesuatu."

Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu "laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.

Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita daripada segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan. Kalimah istighfar yang mudah disebut adalah seperti "astaghfirullah". Tidak ada batasan dalam mengulang sebutan istighfar ini. Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah pahala yang dikumpul.

Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil meminta kepada Yang Maha Esa menjauhkan kita daripada ancaman api neraka. Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga ialah seperti berikut:

"Allahhumma as'alukal jannata wa a'uzubika minannar."

Dengan memperbanyakkan amalan di atas, maka akan bertambah banyaklah amal ibadah yang kita lakukan untuk memenuhi bulan Ramadhan ini. Ramadhanlah masanya yang paling sesuai untuk memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya gangguan godaan daripada iblis dan syaitan.

Justeru, sebagai umat yang sentiasa mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian dan ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan-Nya, maka layaklah kita sebagai hamba-Nya merebut peluang ini yang datang hanya sekali dalam setahun. Jika kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk tujuan kecantikan dan hiburan, maka Allah SWT memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya secara percuma. Tidak perlukan bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan. Masih enggankah lagi kita menerima tawaran ini? Fikirkan.

Selamat beribadat dan wassalam.

18 August 2009

TAZKIRAH KHAS RAMADHAN - dari shukur.com


SIRI 1 : AWAL AL-MUBARAK


"Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan akan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya."

Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith

Puasa Ramadhan tidak boleh dimulakan dengan berpuasa sunat atas alasan ingin menyambut ketibaan Ramadhan. Namun, jika seseorang individu itu telah biasa dan memang mengamalkan berpuasa sunat di dalam hidupnya, maka individu ini tidak ditegah untuk berpuasa sunat walaupun puasa sunat yang dilakukannya adalah pada sehari atau dua hari sebelum kedatangan Ramadhan. Malahan, hal seperti ini dibolehkan di dalam Islam. Misalnya, jika seseorang itu telah biasa berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Ramadhan pada tahun itu jatuh pada hari Selasa, maka individu itu dibolehkan meneruskan puasa sunatnya sebagaimana lazimnya.

Namun jika individu itu sengaja melakukan puasa sunat sedangkan itu bukanlah kebiasaan amalannya, maka puasa seperti ini adalah diharamkan kerana ia dikatakan sebagai mendahului ibadat puasa Ramadhan. Walaupun ada segolongan individu yang berpendapat puasa seperti ini sebagai satu penghormatan untuk menyambut ketibaan Ramadhan tetapi Rasulullah SAW sendiri menidakkan dalil yang sebegini dan menegah sama sekali amalannya.

Terdapat segelintir golongan bukan Islam yang berpendapat ibadat puasa ini tidak lain daripada meletih dan menyeksakan lantaran pantang larang yang perlu dipatuhi, namun pendapat-pendapat sebegini mula terhakis berikutan penemuan dan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa puasa adalah satu amalan yang baik bagi menjamin tahap kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhannya.

Di samping menerangkan kepada mereka tentang konsep sebenar ibadat dalam Islam, kita sentiasa digalakkan untuk memperbaiki dan menambah amalan dari semada ke semasa terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini. Ibadat utama dalam Ramadhan ialah untuk mengerjakan puasa.

"Barangsiapa tidak membulatkan niatnya berpuasa sebelum fajar (subuh), maka tidak ada puasa baginya." - HR Ahmad & Ashabus Sunan

Awal puasa ialah berniat untuk mengerjakan ibadat tersebut.

Niat puasa terbahagi kepada dua iaitu:

Berniat setiap malam sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang berkeinginan untuk berpuasa, wajib menyatakan niatnya; Berniat pada awal bulan Ramadhan sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang ingin berpuasa pada bulan tersebut, wajib menyatakan niatnya untuk berpuasa selama satu bulan Ramadhan.

Kedua-dua pengertian ini boleh diterima pakai, namun bagi mendidik anak-anak kecil berlatih berpuasa, lebih wajar jika kaedah yang pertama ini diterapkan kepada mereka. Manakala kaedah yang kedua pula lebih mudah dan meringankan Seseorang yang akan mengerjakan ibadat puasa selama sebulan Ramadhan, memadai jika menyatakan niat puasanya sekali pada malam pertama Ramadhan. Jika niatnya dinyatakan setiap malam, maka hal ini dikategorikan sebagai sunat dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

Selamat Berpuasa dan wassalam.

11 August 2009

4 Isteri~

Ini adalah kisah dan teladan untuk direnungkan bersama:

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai 4 isteri. Dia mencintai isteri ke-4 dan menganugerahinya harta dan kesenangan, sebab ia yang tercantik di antara semua isterinya.Lelaki ini juga mencintai isterinya yang ke-3. Ia sangat bangga dengan si isteri dan selalu berusaha untuk memperkenalkan wanita cantik ini kepada semua teman-temannya. Namun ia juga selalu khuatir kalau-kalau isterinya ini lari dengan lelaki lain. Begitu juga dengan isteri ke-2. Si pedagang sangat menyukainya kerana ia isteri yang sabar dan penuh pengertian.

Apabila si pedagang mendapat masalah, ia selalu meminta pendapat dan pertolongan isteri ke-2-nya yang selalu menolong dan mendampinginya saat-saat menghadapi masalah.

Sama halnya dengan isteri pertama. Ia adalah pasangan yang sangat setia dan selalu membawa kebaikan bagi kehidupan keluarganya. Wanita ini yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan perniagaan sang suami.

Akan tetapi, si pedagang kurang mencintainya meskipun si isteri pertama ini begitu sayang kepadanya. Suatu hari si pedagang sakit dan menyedari bahawa ia akan pergi buat selamanya. Ia mengenangkan semua kehidupan indahnya dan berkata dalam hati, “Ketika ini aku mempunyai 4 isteri. Namun apabila aku pergi nanti, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan.”

ISTERI KE-4: NO WAY
Lalu si pedagang itu memanggil semua isterinya dan bertanya kepada isteri ke-4-nya. “Engkaulah yang paling kucintai, kuberikan kau pakaian dan perhiasan indah. Nah, sekarang aku akan mati. Mahukah kamu mendampingi dan menemaniku nanti?” Ia terdiam…dan berkata,”tentu saja tidak!!” Jawab isteri ke-4 dan pergi begitu saja tanpa berkata apa2 lagi. Jawapan ini sangat menyakitkan hati si pedagang. Seakan-akan ada pisau terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

ISTERI KE-3: MENIKAH LAGI
Si pedagang itu merasa sedih lalu bertanya pada isteri ke-3. “Aku pun mencintaimu sepenuh hatiku dan saat ini hidupku akan berakhir. Mahukah engkau mengikutiku dan menemani hingga akhir hayatku?” Isterinya menjawab, “hidup begitu indah di sini, aku akan menikah lagi jika kau mati”. Bagai disambar petir di siang hari, si pedagang sangat terpukul dengan jawapan isteri ke-3 nya. Badannya terasa semakin sakit.

ISTERI KE-2: SAMPAI LIANG KUBUR
Kemudian ia memanggil isterinya yang ke-2. “Aku selalu berpaling kepadamu setiap kali aku mendapat masalah dan kau selalu membantuku sepenuh hati. Kini aku memerlukan sekali lagi bantuanmu. Kalau aku mati, mahukah engkau mendampingiku?” Jawab isteri ke-2 nya, “Maafkan aku, kali ini aku tak dapat menolongmu. Aku hanya dapat menghantarmu hingga ke liang kubur. Nanti akan kubuatkan makam yang indah untukmu.” Si suami bagaikan disepak terajang. Hancur luluh hatinya.

ISTERI PERTAMA: SETIA BERSAMA SUAMI
Si pedagang ini merasa putus asa. Dalam keadaan kecewa itu, tiba-tiba terdengar suara, “Aku akan tinggal bersamamu dan menemanimu kemana-mana pun kau pergi. Aku tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu. Lelaki itu lalu menoleh ke samping, dan mendapati isteri pertamanya di sana. Ia tampak begitu kurus. Badannya seperti orang kelaparan. Merasa menyesal, si pedagang lalu berkata, “Kalau lah aku boleh merawatmu dengan baik disaat aku mampu, takkan kubiarkan engkau kurus seperti ini, isteriku.”

HIDUP KITA DIWARNAI 4 ISTERI

Sesungguhnya, kita mempunyai 4 isteri dalam hidup ini. Isteri ke-4 adalah TUBUH BADAN kita. Seberapa banyak manapun waktu dan perhiasan yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, namun semua ini akan hilang dalam suatu batas waktu dan ruang. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadap kepada-Nya.

Isteri ke-3, STATUS SOSIAL DAN KEKAYAAN, Saat kita meninggal dunia, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya. Sebesar apapun kedudukan kita dalam masyarakat dan sebanyak apapun harta kita, semua itu akan berpindah tangan dalam waktu seketika saja ketika kita tiada.


Sedangkan isteri ke-2, iaitu KAUM KERABAT DAN TEMAN. Seberapa dekat pun hubungan kita dengan mereka, kita tak akan dapat terus bersama mereka. Hanya sampai liang kuburlah mereka menemani kita. Dan sesungguhnya isteri pertama kita adalah JIWA DAN AMAL KITA. Sebenarnya hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia mendampingi kemana pun kita melangkah. Hanya amal lah yang mampu menolong kita di akhirat kelak.

Jadi, selagi mampu dan mempunyai waktu, perlakukanlah jiwa kita dengan bijak serta jangan pernah malu untuk berbuat amal, memberikan pertolongan kepada sesama insan yang memerlukan. Betapa kecil pun bantuan kita, pemberian kita menjadi sangat bererti bagi mereka yang memerlukannya.

So, berhati-hati lah dalam anda memberikan layanan kepada keempat-empat isteri anda dan jangan lupa utamakan isteri pertama anda..hehe..^_^

Terima kasih Ustaz KhyrulHycal: http://khyrulhycal313.blogspot.com/

02 August 2009

9 Jenis Anak Syaitan !!!


KAMI BERLINDUNG DARIPADA SYAITAN YANG DIREJAM....

Umar al-Khattab R.A berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun.
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin.
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan.
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf.
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat - tempat maksiat [contoh : disko, kelab mlm & tempat yang ada minuman keras].


5. Murrah.
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.

6. Masuud.
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata - kata mulut.

7. Daasim. [ Berilah salam sebelum masuk ke rumah...]
Duduk di pintu rumah Kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga [suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi].

8. Walahaan.
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat - ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus.
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

30 July 2009

Everything's 15~




CLOSE!!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Assalammaualikum wrt wbt..

CLOSE!!

Apa yanag CLOSE ya??

Ana nak close blog Ana ka??

Bukan..

Jadi CLOSE apa ya??

Owh..campus Ana yang CLOSE sbb ada tanda-tanda virus H1N1..
Ana sekarang lagi libur (cuti) selama 1 minggu..
Semua pelajar di wajibkan balik, if tak balik, kena stay kat dalam bilik, tak boleh keluar..
It's mean kena QUARANTIN..

Ermm, tanda-tanda virus H1NI ya??
Betul ke hanya tanda-tanda??
Atau ada ikan sebalik batu??
Kami pelajar sudah advance, tak perlulah berdolak dalih..
Tapi mungkin itu semua propaganda untuk tidak menakut-nakutkan para pelajar..

Ana cuti sampai 2 Og0s ^_^
Alhamdulillah, ada gak hikmah cuti nie..
Ana leh balik umah, n tengok-tengokkan mak :)

Sekarang nie banyak penyakit pelik-pelik muncul..
Mesti ada sebabnyakan??
Adakah ini salah satu tanda kiamat??
Marilah sama-sama kita muhasabahkan diri tentangnya...


p/s: Ya Allah, lindungilah kami dari penyakit yang merbahaya, amin..

26 July 2009

Everything's 14~


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Assalammaualikum wrt wbt..

Alhamdulillah kerana Ana masih lagi di beri kesempatan untuk berkunjung ke laman maya Ana. Sesungguhnya, kesihatan Ana tidak mengizinkan akhir-akhir ini. Ana dilanda demam yang tidak tahu dimana puncanya, alik-alik Ana demam. Uhibbu pernah tanya, Ana suka tak demam nie? Ana cakap tak suka.. Then Uhibbu kata, demam nie tarbiyah dr Allah, nak uji Ana sama ada ingin masih lagi dalam perjunagan Islam atau tidak, Allahuakbar!! rupanya ujian dr Allah..

Sejak akhir-akhir nie ada terlalu banyak menghadiri meeting, ada dalam sehari Ana attend 3 meeting, Allahuakbar..Uhibbu kata if meeting tue boleh memberi kesan pd diri Ana, ia boleh jatuh pd hukum HARAM, wallahualam.. Sebab, diri kita nie hanyalah pinjaman.. Kita kena jaga ia sebaiknya..Sebagai contoh, kita wat pinjaman PTPTN, di akhir pengajian kita, kita haruslah membayarnya..Begitulah jua kita sebagai manusia. Badan kita nie hanyalah pinjaman dr Allah swt, di akhirnya kita akan di tanya begaimana kita menggunakan tubuh badan kita nie.. Contoh yang lain, kita beli kereta. Tak sempat kereta tue rosak, kita dah beria-ia nak g hantar service. Jadi, begitu jualah konsep pd diri kita nie. Bila kita rasa kita akan sakit, cepat-cepatlah g jumpe doctor. Secara jujurnya, Ana tak suka makan ubat, sebab tue jadi makin teruk. Pada hal Ana da batuk + peningkapla da lama da, iskh2.. (Jangan tiru perangai Anna nie ya)..

p/s: MOga-moga Ana cepat sembuh hingga membolehkan Ana BERIBADAH kepadaNYA, amin.. Doakan Ana ya sahabat-sahabat sekalian ^_^ syukron..

20 July 2009

Everything's 13~



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Assalammaualikum wrt wbt..

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana kita masih dapat bersua lagi. Alhamdulillah Ya Allah yang Maha Esa, Maha Berkuasa, Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, Maha Pegasih lagi Maha Pegampun kerana memberi Ana kesempatan untuk menulis untuk peringatan diri Ana. Alhamdulillah kerana diberi kesihatan tubuh badan yang kuat untuk beribadah kepadaMU. Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini sering kali lalai dalam melakukan ibadah kepadaMu. Ampunilah aku Ya Allah. Sesungguhnya aku dalam usaha untuk memperbaiki hubungannku denganMu.

Ana sekarang dekat rumah, KL@Sel.. Ana balik sini 17/7 (jumaat) yang lepas. Esok Ana da nak pulang ke kampus. Ana balik rumah pon sebab Ana nak jenguk mak, nak tahu keadaan mak sekarang selain nak ambil buku rujukan. Pada 17/7, jumaat pagi Ana menghadiri Konvokesyen Khas Pak Lah yang berlansung d Dewan MAS. Ana naik bus jam 2 ke KL. Sebenarnya banyak program yang Ana tak dapat attend sbb balik umah. Antaranya Let’s Get Merit Rakan Masjid bergabung dengan BKPS, gotong royong membersihkan Masjid Bukit Kachi, dan ceramah Isra Mikraj. Tapi, Ana rasa berbaloi sebab Ana dapat lihat keadaan mak sndiri.

Mak.. bagi pandagan Ana, penyakit mak makin teruk. Dulu sebelum Ana masuk sem baru, mak masih lagi dapat bergerak, dapat keluar depan umah berbual dengan jiran-jiran. Tapi kini..mak hanya terbaring d atas kerusi kayu.. mak hanya bangun dr baringan bila masuk waktu solat, ke tandas dan menjawab pangilan telepon. Ana macam tidak percaya akan hal ini. Masa Ana telepon mak, Ana hanya dengar suara ceria mak, tiada pon suara kesakitan.. Mak pandai menyembunyikan kesakitan yang dialaminya sampai Ana terpedaya akannya, adoi!! Hari minggu yang lepas ramai kawan serta saudara mara mak yang datang melawat,alhamdulillah..Mujurlah adik, dan kakak Ana balik sekali, adalah penolong yang boleh membantu, syukron..

Hari nie, malam nie.. Ana terlihat sesuatu yang meyentuh hati Ana, yang menumbuk jiwa Ana, yang menikam saluran darah Ana.. Ana bagaikan terpukul melihat keadaan mak.. Mak masuk ke dalam bilik tidor dengan MENGENSOT.. Allahuakbar!!! aduh..terjurai air mata Ana melihat keadaan mak.. begitu tersiksa mak dengan sakit yang dialaminya.. Kadang kala Ana terdengar esakan dalam doa mak, begitu menghayat hati.. baru-baru nie mak pergi ke HBKL lg untuk check up, tapi tiada apa yang boleh dibuat.. doctor hanya suruh mak wat fisioterapi lagi, tue jak..adoi!! bermacam-macam cara perubatan mak lakukan, tapi hasilnya tetap sama.. bilamana mak cuba nak berdiri, pasti bunyi tahan sakit menghiasi bibir mak.. tak tahan hati nie tatkala mendengar bunyi sakit tue..aduh..

Sewaktu kami semua tiada dirumah, ayahlah yang menjadi teman mak. Ayahlah yang memasak untuk mak.. Mak hanya beritahu cara-caranya, then ayah yang akan masak.. Ayahlah yang mengurut mak, Ayahlah yang buatkan mak susu untuk mak makan ubat dan ayahlah segalanya… Ya Allah, alhamdulillah kerana Kau kurniakan kami seorang ayah yang bertanggungjwab.. Ya Allah, berikanlah kesihatan tubuh badan kepada ayah ku agar dia dapat menjaga ibu ku yang dalam keuzuran.. Ya Allah, sembuhkanlah penyakit emak ku, berikanlah penyakit yang ditanggung oleh emak kepadaku kerana tak tertanggung aku melihat emak ku dalam kesakitan, ringankanlah sakitnya Ya Allah…

Cerita Sang PENGEMIS dan Isteri Cantik~


Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.
~
p/s: Bersedekahlah dengan tangan kanan, jangan biarkan tangan kiri tahu tentangnya~

18 July 2009

Isra dan Mi'raj


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. yang menurut catatan sejarah terjadi pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam.


Dikatakan penting kerana peristiwa bersejarah tersebut merupakan sebuah peristiwa luar biasa, sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.


Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tecantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'. Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.


1. Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).


2. Jibril juga mengajari Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.


3. Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Siti Masyitoh dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.


4. Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.


5. Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.

Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari lima puluh kali menjadi lima kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

13 July 2009

Everything's 12~

Lemahnya aku...
Selemah cacing...
Tapi, cacing bila di kerat dua, ia masih bernyawa..
Jadi, aku bukan selemah cacing, kerana aku terlalu lemah...



Lemahnya aku...
Selemah rumput mahupun daun...
Tapi, daun mempunyai ranting-ranting, serta pokok-pokok yang boleh mereka bergantung..
Serta akar yang tunjang yang membolehkan mereka mencengkam isi bumi untuk mereka menjadi stabil...
Jadi, aku bukan selemah daunan, kerana aku terlalu lemah...
Lemahnya aku...
Selemah semut hitam...
Tapi, semut bila mereka berkerjasama, semua masalah boleh di selesaikan...
Jadi, aku bukan selemah semut, kerana aku terlalu lemah...


Lemahnya aku...
Selemah kertas putih...
Tapi, bila kertas itu di ukir, di tulis sesuatu yang bermanfaat, ia menjadi tatapan semua orang...
Jadi, aku bukan selemah kertas putih, kerana aku terlalu lemah...

Lemahnya aku...
Selemah-lemahnya...

p/s: 13/7/2009, DDP B.Rakyat, after class MIKROEKONOMI..


AKULAH HAMBA YANG TERLEMAH....

06 July 2009

DUA BISIKAN ~

DUA BISIKAN, Rasulullah bersabda: “Terdapat dalam hati seseorang dua bisikan. Pertama bisikan malaikat yang menjanjikan kebajikan, membenarkan yang hak; maka barangsiapa merasakan bisikan ini, hendaklah ia mengetahui bahawa itu adalah dari Allah dan mensyukurinya. Kedua adalah bisikan musuh yang mengajak melakukan kejahatan, mendustakan kebenaran, malarang perbuatan kebajikan; maka barangsiapa merasakan itu hendaklah berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk."

Kamudian Rasulullah membacakan maksud ayat surah Al Baqarah: 268; ‘Syaitan menjanjikan (menakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (bakhil), sedangkan Allah menjanjikan ampunan dan kurnia daripadaNya. Allah maha luas kurniaNya lagi maha mengetahui.’

Jelas pada hadis ini ialah dalam hidup kita, kita selalu kena membuat berbagai keputusan. Dalam satu hari mungkin beratus-ratus keputusan perlu kita buat. Contohnya: ketika azan Subuh dari menara masjid yang mengejutkan kita dari tidur menyebabkan kita perlu membuat keputusan samada hendak bangun dan pergi solat Subuh di masjid atau terus sahaja tidur. Bisikan atau rasa hati supaya kita bangun untuk solat Subuh itu adalah bisikan malaikat manakala yang berbisik untuk terus tidur sebentar lagi adalah bisikan syaitan.

Ia membuai kita dengan rasa sejuk, menghiburkan kita supaya terus tidur, berhujah dengan kita bahawa waktu Subuh masih panjang, boleh solat Subuh di rumah dan akhirnya kita terlelap hinggalah terlepas waktu Subuh. Demikianlah juga dalam berbagai contoh keputusan lain yang boleh kita ambil. Antara ke masjid di waktu malam atau duduk di rumah tengok TV bersama anak-anak. Malaikat mengajak kita sekali tetapi syaitan mengajak dan memberikan alasan pada kita bertubi-tubi. Kalau pergi ke masjid susah kerana malam yang gelap, hujan hendak turun, hendak balik nanti takut, basikal tak ada lampu, kesian tinggal anak dan isteri di rumah sendirian, kalau pergi ke masjid nanti orang perli kerana jarang pergi, dan 1001 macam alasan yang akan dibisikan oleh syaitan dalam hati kita.

Adakah kita akan tewas kepada bisikan SYAITAN?

02 July 2009

Everything's 11


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Assalammaualikum wrt wbt..

Alhamdulillah, ana telah selamat sampai dan kembali di bumi yang subur dengan padi di mana tempat ana menuntut ilmu : ) perjalanan yang meletihkan pada siang hari masih lagi boleh membuatkan ana terpacak depan laptop yang usang ini ^_^

5hb ana dah stat kuliah, waduh.. soronoknya.. seronok ker?hehhe...

maklumlah, dah sebulan dok kat rumah, jadi 'aura' rumah tue masih melekat dalam diri nie :p

sebenarnya, jadual kuliah pon kami tak abis daftar lg, iskh.. ana dan sahabat2 baru daftar 3 subjek :P

4hb nie ada k0-k pulok,adoi!! tapi tak per, ana k0-k kerohanian, dengar jer.. so, tak dok la memenatkan sangat..

3hb masuk kolej, daftar, ambik kunci, kemas brg, gosok baju, susun buku..chewah..

yang pasti, semesta 3 nie akan beri ana banyak cabaran..
cabaran apa?? haa, tunggu dan lihat ^_^

ana pon tak taw nak merepek apa lg...
huhuh... ha, bila dah masuk study nie, mungkin ana agak jarang update blog, tapi.. ana akan cuba curi masa untuk meng'update' blog nie, insyaAllah ^_^

Sabda Nabi SAW: Sesiapa yang berjalan pada suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan, ALLAH akan memudahkan baginya jalan ke Syurga.
~Sahih Muslim~
Wallahualam..

p/s: doakan ana berjaya dunia akhrat, insyaAllah ^_^

01 July 2009

Siapakah yang Dimaksudkan Lelaki Soleh ~

Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal (bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam. Lelaki soleh juga ialahseorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya.


KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS.....

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.

2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.

5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt.
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.

14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia,sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.
17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.


30 June 2009

4 Cara Tidur~


1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.


3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.


4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

27 June 2009

Renungan Bersama~


Ini ada satu cerita mengenai 4 orang manusia yang dikenali sebagai semua orang, seseorang, mana-mana orang dan tiada orang.
Apabila ada sesuatu tugasan yang penting untuk disiapkan, semua orang akan diminta melakukan tugasan itu.
Semua orang yakin bahawa seseorang akan melakukan tugasan itu.
Mana-mana orang sepatutnya melakukan tugasan itu, tetapi tiada seorang pun melakukannya.
Seseorang menjadi marah kerana itu adalah tugasan semua orang.
Semua orang berfikir bahawa mana-mana orang sepatutnya melakukan tugasan itu, tetapi tiada seorang pun sedar bahawa semua orang tidak melakukan tugasan itu.
Ia berakhir dengan semua orang menyalahkan seseorang apabila tiada seorang pun melakukan apa yang mana-mana orang sepatutnya melakukan.


*adakah kita menjadi salah satu dari empat orang ini!!
*renung-renungkan lah bersama!!

26 June 2009

Everything's 10


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Assalammaualikum wrt wbt..

Syukur padaMu Ya Allah di atas nikmat yang Engkau berikan kepada kami, Alhamdulillah ^_^

Nak dimulakan cerita...

Sakit mak macam tue jugak, tapi mak gagahkan diri pagi-pagi untuk g kerja.. mak da tak makan ubat tahan sakit, u know la ubat tahan sakit tue ada banyak side effect dia.. tiap malam ana mesti urutkan kaki mak, yang ana risau sekarang.. ana balik ke kampus 2hb nie, macam mane dengan mak nanti? siapa nak urutkan mak? siapa nak masak nnt? tak kan mak da penat balik kerja nak kena masak pulak, aduss... adik ana pon minggu depan da balik kampus, tinggal mak, ayah dan abang ana jew.. adui, macam mana nie? pasnie ana nak suruh kakak ana yang dok kat k.selangor tue balik tiap-tiap minggu, have to gak dia balik.. yela, walaupon abang ada kat rumah, tapi apa lah sangat dia boleh buat, heheh..jgn marah ya :P ha, lupa lak.. aritue mak ada g wat check up susulan kat HBKL.. doct yg incharge is Dr. Odzlan.. nice this doct, senyum memanjang.. ana yg tak dok mood pagi tue, ceria kembali bile tengok doct tue, heheh.. tapi nie bukan benda penting yg ana nak share.. benda pentingnya is.. Dr. kata kaki mak tak payah wat operation pon akan sembuh.. mak sakit kaki disebabkan saraf kaki mak di himpit oleh saraf@saluran@tulang, itu ana tak berapa pasti.. Dr. kata dlm masa 3bln insyaAllah akak sembuh.. haa??!! ana agak terkejut gak la dengar berita nie.. mana tak nya, Dr. kat hospital swata cakap lain, hospital krjn cakap lain.. mana satu yg betol nie?? adoi!! kat sini ana ambik satu pengajaran.. if sahabat-sahabat semua ada sakit yg kronik@x, better rujuk pada 2@3 hospital, agar dapat result yg betol :)

Nak di jadikan cerita...

Arinie, mak balik dr kerja.. ayah tunggu mak kat stesen Petronas, mak tumpang kawan sampai situ.. maklumlah, ariniekan gaji kuar, so mak g la dlm Petronas tue, ada ATM.. lepas je mak kuarkan duit, mak g kat ayah yg setia menuggu diatas moto Modenasnya :) nak di jadikan cerita, nyaris-nyaris mak di copek!!! aduh..apa nak jadi dengan dunia sekarang, g mana-mana pon da tak selamat :( mak kata org tue muda lg.. mula-mula dia naik moto, makin lama makin dekat dengan moto ayah, sikit lg dia nak capai handbeg mak.. dengan kuasa Allah, mamat nak copek handbeg mak tadi tak dapat capai beg tue, mujur beg tue berat.. yg ana paling bersyukur, selamat mak dan ayah ana tak jatuh dr moto tue, if jatuh la tadi, tak tahu la apa yang akan terjadi pada mereka, Alhamdulillah Ya Allah ^_^ mamat yg gagal dalam usaha mencopek handbeg mak ana tadi tue dengan segera melarikan diri menaiki motonya tanpa melihat kenderaan yg lain.. if Allah nak balas perbuatan dia segera, mesti dia da kena langgar, nauzubillah...

Kesihatan ayah pula...

Ayah rupa-rupanya kena Kayap.. mak pon tak sedar hal nie.. kami dapat tahu masa kami ziarah sedara di Pelabuhan Klang.. pada malam kami ziarah umah sedara tue, mereka terus bawa ayah g berubat cara tradisional.. Alhamdulillah, kina kayap ayah da beransur sembuh, da kering da :) dengar cerita, kayap nie if makan ubat doct pon tak kan sembuh, ana pon tak pasti kesahihannya :P


p/s: If antum tak dok keje lepas upsr, pmr, spm, stpm, dip, deg..tolonglah jangan buat kerja yg tidak mendatangkan faedah..if da tak dapat kerja sangat, antum semua berkerjalah sepenuh masa sebagai Hamba Allah.. Moga si pencopek tersebut insaf dari perbuatannya dan kembali kepada Allah Yg Maha Esa, amin.. Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini Ya Allah..

17 June 2009

Kenangan~

KENANGAN..
Ada apa dengan KENANGAN..
Adakah aku harus mengingatinya?
Atau melupakannya?


Sesungguhnya aku amat-amat tersiksa dangan KENANGAN itu..
Bila memikirkannya aku jadi benci pada KENANGAN dan diriku sendiri..
Hanya pada KENANGAN yang aku benci, bukan pada manusia yang mencipta KENANGAN..


Aku terasa diri ini amat-amat BODOH bila memikirkan tentang KENANGAN itu..
Apa harus aku buat?
Aku benar-benar tersiksa dengannya..
Mata, telinga, otak ku sering teringatkannya..


Allahuakbar!!


Hanya padaMU Ya Rabb aku memohon pertolongan agar Kau hapuskan segala KENANGAN pahit yang sedang membelengu fikiranku..
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa hambaMU ini yang dh0if, lemah lagi hina, Amin..
Sesungguhnya, kami mengharapkan pengampunan dariMU..






p/s: Berfikir dahulu sebelum bertindak!!

Everything's 9~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Assalammaualikum wrt wbt..

Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan selamat dan di redhai oleh Allah...

Result scan my mum dah lama keluar, hari sabtu lepas, tapi Ana baru nak post dalam blog nih, heheh... Alhamdulillah, semuanya ok... cuma ada sedikit yang ujian yang di beri oleh Allah.. kaki mak Ana kat belah kiri, betis, terkoyak..tpi tak boleh di lihat oleh mata kasar..hanya dapat dikesan oleh scan MRI 2..

Doct kata ada tulang yang out from paksinya.. dia terkeluar dan menyebabkan koyakan dalam betis tue.. that why my mum skit betis seperti "karen-karen".. doct pakar Badrul give my mum 2 options which is OPERATION or FISIOTERAPI.. doct kata if nak cepat sembuh, wat operation, but if fisioterapi lambat sembuh sakit tue..dalam sebulan, 6 bln, 2 thn pon tak tentu lagi sembuh.. So, my mum make up her mind to do fisioterapi only.. operation nie pon ada pro n con dia.. takot yg tak bape sakit, bila wat operation, lain lak jadi nyer, dan sebaliknya lah.. our 1st appoiment utk fisioterapi is on last Monday, 15/06/2009 at Pusrawi.. sekali sesi fisioterapi tue dlm 45minit, RM51, quite expensive.. if seminggu wat 2x fisioterapi, bankrup ler my mum, hahaha... that why my mum nak transfer wat fisioterapi kat HBKL :) tapi,my mum kata if dah tak tahan sangat sakit nie, my mum nak wat OPERATION gak..yelah, if kaki sakit, susah nak bergerak rite?that why la..
Pagi tadi Ana tgk Astro Oasis, Anjakan Paradigma bersama Dato' Fazilah Khamsah ^_^ tajuk dia "Eee, geramnya.." ia merujuk pada geramnye jaga orang sakit, lbh kurang mcm tue la.. best + banyak info yang Ana dapat dr cite tue :)
~ Sakit is TARBIYAH dr Allah SWT
~ Sakit is balasan dr dosa2 kita.. Dato' Fazilah Khamsah kata lbh elok MATI dalam keadaan sakit, yakni sakit yang di redhai.. Rasullullah SAW pon sebelum meninggal, sakit..
Wallahualam..
Ha, esk Ana temankan mak g HBKL untuk jmpa pakar sana lak.. mak nak minta pendapat doct HBKL tue, Dr Ozlan if im not mistaken.. nak tnya ptt operation or not.. :P Ya Allah, berikanlah kesembuhan sakit yang dialami olehIbuBapa ku, serta kurniakanlah mereka kekuatan tubuh badan agar dapat meneruskan ibadah kepadaMu Ya Allah, amin..

11 June 2009

Everything's 8~


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Assalammaualikum wrt wbt..

Petama-tamanya dan selama-lamanya marilah kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi bernyawa di muka bumi yang sementara ini. Bumi yang hanya sebagai landasan untuk kita menuju ke akhirat yang kekal abadi.

Dah hampir sebulan Ana cuti semester, tpi Ana masih lagi tak dapat nak update n post somethings new dlm blog Ana.. Ana sedikit bz. Bz kew?hehehe.. actually, my mum not in good health.. mak sakit kaki, bahagian peha :( mak kata sakit dia macam ada "karen" jer.. mak tak boleh nak bediri lama-lama, tak boleh duduk lama-lama.. :( sakit sgt.. malam-malam kaki mak rasa sejuk.. da semua ubat mak cuba, moden dan tak lupa juga tradisional.. mak da g berurut, tapi tak jalan gak, masih sakit.. bila mak bgun untuk solat subuh, ia amat memeritkan, Ana turut terasa kesakitan itu.. kadang-kadang Ana jadi tukang urut mak :) Ana tak kesah pon, Ana suka sangat if Ana boleh wat sesuatu untuk mak, time ini lah kita sebagai anak perlu balas jasa mereka, nanti bila mereka dah tiada, baru kita nak menyesal, tak dok guna dah..tol tak??

Ana pernah terfikir dan berniat, if macam nie sakit mak Ana, Ana harap agar Allah pulihkan mak Ana, dan transfer sakit yang mak Ana alami tue kepada Ana :) Ana sedih bila lihat mak Ana dalam kesakitan :( moga-moga Allah pekenankan doa Ana ini, amin... mak Ana cuti seminggu sekarang.. hari rabu 10/06/2009 mak dah tak tahan sangat dengan sakit yang di alaminya, jadi mak ajak kami untuk g check-up kat Hospital Pusrawi..sebenarnya mak dah ada appoiment dengan hospital Selayang, tapi lambat sangat giliran mak..22/06/2009 temu janji dengan Pakar Otomedik kat Hospital Selayang..11/06/2009 pada jam 2.30 mak ada temu janji dengan Hospital Pusrawi untuk wat SCAN MRRI, entah la lupa nama scan tue, hehehe.. doct kata tak boleh wat x-ray biasa, tak nampak apa sakitnya nnt.. so, my mum have to do the scan la although it is quite expensive :( mak kata scan tue macam masuk dalam keranda jew..emmm

Hari sabtu nie, 13/06/2009 result scan dapat.. Harap-harap tak dok apa yang buruk belaku to my mum, amin... takotnya Ana nak tgu hari sabtu tue.. actually, my dad pon tak berapa sihat.. my dad alami sakit kulit.. badan my dad macam mana nak tell you all ha?? the simplest word "kudis" i think.. pada selasa yang lepas, 09/06/2009, my dad dah g jumper Pakar Kulit.. banyak ubat-ubatan ada kat uman Ana..baik ubat pil, cecair, sapu dan sebagainya..moga-moga penyakit yang di alami oleh kedua ibu bapa Ana beransur pulih :) amin..

"Ya Allah, kurniakanlah kesihatan tubuh badan kepada orang-orang yang aku amat sayangi, moga mereka dapat meneruskan perjuangan dalam berdakwah di jalanMu Ya Allah, amin..."

Emm, time kita sehat nie adakah kita menjalankan tanggungjwb kita sebagai hamba Allah?? Ana sering kali lalai dalam melakukan amal ibadah kepada Allah, Ana terfikir..barangkali bila Ana jatuh sakit, adakah Ana akan menunaikan amal ibadah dengan sempurna?? mungkin tidak kan?? jadi seharusnya masa kita sehat ini, kita haruslah berhempas pulas melakukan amal ibadah kepada Allah.. ini ingatan pada diri Ana yang sering lupa dan lalai dengan nikmat dunia yang sementara.. Astaffirullah al-azim..


p/s: moga sahabat-sahabat dapat doakan untuk kesihatan ibubapa Ana ya, syukron :)

05 June 2009

Under Construction :(

Assalammaualikum wrt wbt...

My blog is under construction..
I try to renovate my page in order to attract people read and come to visit it..
But, the most important is not the the look like of the page, but tje most important is the CONTENT ^_^

hope everythings undercontrol, hehehe...

hope to see all of u so0n :p

see ya..

wassalam..

03 June 2009

Kembara Ilmu 1 ^_^

Assalammualaikum wrt wbt kepada sahabat-sahabat semua ^_^
Khaifa halukum? Apa kabar? How are you? Ni how ma? Heheheh…
Malaysia nie kan masyarakatnya majmuk : )

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih lagi di beri peluang untuk memperbaiki diri kita di dunia ini sebelum kita melangkah ke alam barzakh, alhamdulillah, ana amat-amat bersyukur .. moga-moga ana dapat gunakan peluang yang Allah SWT telah berikan sebaik-baiknya, amin..

Sekarang nie musim cuti sekolah, baik primary & secondary school, and also IPTA & IPTS : ) cuti-cuti nie sahabat-sahabat semua buat apa?? Ana dok umah je kot, but now ana kat umah m.cik, heheh.. untuk post kali inie, ana nak share dgn sahabat-sahabat semua aktiviti yang ana buat b4 cuti semester ^_^

Selepas xam final aritue, ana ada join program under Rakan Masjid Bukit Kachi. Nama program tue Kembara Ilmu ^_^ Kembara Ilmu nie program lawatan ke IPTA & IPTS untuk bertukar-tukar pandangan, berdiskusi dan mengambil input yang boleh di aplikasikan oleh Rakan Masjid Bukit Kachi : ) selain itu, kami juga ada melawat beberapa tmpat menarik di Kuala Kangsar. Program Kembara Ilmu bermula pd 8-10hb May 2009. Ana dilantik sebagai AJK Kebajikan untuk program nie, where I’ve to make sure everybody in good order. ^_^

1st day – 8hb (Jumaat)..sarapan dan bertolak ke Kuala Kangsar dr Masjid Bukit Kachi jam 9pg. Dalam jam 12 lebih kami sampai Kuala Kangsar. Kami singgah kat Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar. Subahanallah, cantik sungguh masjid yang tersegam indah tue. Time kami smpai kat masjid tue, orang ramai tengah berpusu-pusu hendak menunaikan solat Jumaat. Di sebabakan ramai muslimin yang solat Jumaat kat Masjid Ubudiyyah tue, kami muslimat xdpat msuk dlm masjid tue, Cuma boleh lihat dr luar je. : ( Kami muslimat solat jama’ dekat sekolah yg berhadapan dgn Masjid Ubudiyyah. Nama sekolah tue ana da lupa, iskh2..cepat tol ana lupa, huhu.. Masjid Ubudiyyah tue terletak dalam kawasan Istana Perak. Sempat gak la kami meround naik bus tgk kwnsan Istana tue :p


Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar Perak




Sahabat-sahabat Ana berposing berlatar belakangkan Masjid Ubudiyyah. Ana yang tangkap gambar mereka, so Ana x dok dlm pic :(


Selepas solat, kami berkelah jap kat taman rekreasi kat Kuala Kangsar untuk isi perut kami yang dah meraung kelaparan, hehhe..selesai menjamu selera, kami bertolak ke kilang Tamin, kilang kicap, huhuh : ) kat kilang Tamin, kami di dedahkan cara pembuatan kicap ^_^ menarik sungguh..dr kacang soya yang putih tue, keluar kicap yang hitam tue, huhuh.. banyak ilmu yang ana dapat hasil dr lawatan ke kilang kicap nie. Syarikat Tamin nie pengasas dia orang-orang kita gak, orang Melayu, Haji Tamin namanya. Sekarang kilang tue di uruskan oleh 2 orang anak arwah Haji Tamin. Sokonglah Buatan Malaysia, hihihih.. pekerja-pekerja kat kilang Tamin tue adalah orang-orang kampong area situ gak. Yang menkagumkan ana adalah pekerja-pekerja yang kurang upaya diambil bekerja. MasyaAllah, bagus betul apa yang mereka lakukan nie. Mereka tidak ketepikan golongan kurang upaya, malah membantu mereka membangunkan ekonomi mereka. Keep up a good work!! Sebelum kami balik, ana sempat gak membeli barang keluaran Sykt Tamin. Ana beli kuah rojak jer untuk mak ana, hehehe.. sahabat-sahabat ana yang lain byk gak beli, ada yang beli kicap, cuka, taucho0 dan lain-lain lg : )


wah, sempat berposing dgn produk Tamin.. boleh gak kami jadi duta Tamin :)

Jam 5pm, kami bertolak ke tmpat pembuatan Labu Sayong. One word je yang ana boleh katakan. SUBAHANALLAH. Cuba kita bayangkan, dr tanah liat yang xdok apa2, leh di bentuk menjadi pasu yang cantik dan berbagai rupa. Ana pernah baca tafsir Quran yang lebih kurang mksd dia..

‘Tidak sia-sialah apa yang telah Kau ciptakan, melainkan ada faedahnya’
Wallahualam..

Ana mcm biasa la, tak membeli pon.. sahabat-sahabat yang lain ada beli labu sayong bermacam-macam saiz, besar, sederhana dan kecil : ) mereka juga berkesempatan membuat labu sayong, termasuk Ustaz ana. Tpi, Ustaz buat tak berapa jadi la huhuhu :p Pengusahan labu sayong yang kami g lawatan tue berikan kami pasu yang comel sebagai cenderahati : ) suykron Kraf Sazilah ^_^


Selepas selesai membeli belah labu sayong, kami bertolak ke tempat penginapan di Sri Iskandar. Sudah lama tak menjejakkan kaki ke Sri Iskandar. Dulu ana study diploma kat Kolej Profesional Mara Sri Iskandar (KPMSI). Tempat kami menginap mlm tue dekat dah dgn umah sewa ana dulu, rindu kawan-kawan masa diploma dulu : ) byk kenangan di sana yang msh segar dlm ingatan, chewaahh :P sampai kat homestay, kami berehat sepuas-puasnya kerana sudah penat berjalan 1 hari, huhuh…

Alhamdulillah, kerana kami selamat pergi dan selamat sampai di tempat yang kami tuju tanpa ada sebarang musibah, alhamdulillah ^_^

p/s: sampai di sini dahulu ya, nnt ana cerita untuk hari ke-2 dan ke-3 pulak ya : )
Bukan sekadar berjalan, berjalan untuk mencari ilmu..

‘Iza ro aytum yu khalifa sunnatan nabi SAW farmuhu ilal ha iq’

Jika kalian mendapati kata-kataku ini menyanggahi rasul, ambil kata-kataku ini lemparkan ia ke dinding, dan jangan amalkan..

Wallahualam..

18 May 2009

Wanita Cantik yg suka Menangis...


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya 'Mengapa ibu menangis?'

'Kerana ibu seorang wanita', kata sang ibu kepadanya.

'Aku tidak mengerti', kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, 'Dan kau tak akan pernah mengerti'

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, 'Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?'

'Semua wanita menangis tanpa alasan', hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, 'Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?'


Allah berfirman:


'Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan '

'Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya '

'Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh'

'Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya

'Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya

'Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu'

'Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.'





'Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.'

'Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu
hatinya..' tempat dimana cinta itu ada.'