29 January 2009

TAZKIRAH - Manusia hari ini suka bersangka-sangka

Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk

Orang beribadah disangka riak

Orang yang relax disangka malas

Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk

Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sikit disangka diet

Orang baik disangka buruk

Orang buruk disangka baik

Orang senyum disangka mengejek

Orang masam disangka merajuk

Orang bermuzakarah disangka mengumpat

Orang diam disangka menyendiri

Orang menawan disangka pakai susuk

Orang nampak ceria disangka membela

...............................................................................................

mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa

mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api..Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

p/s: Kita haruslah bersangka baik...tpi, bersangka baik pon ada had-had nya ^_^

27 January 2009

Everythings 3~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Assalammualaikum wrt wbt...

(Me dah lama dah tulis karangan kat bawah nie,tpi masa nak post kat blog xdok masa, so sedikit basi la ceritanya)

Salam perjuangan buat sahabat-sahabat semua… Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di beri nikmat pancaindera, yakni nikmat melihat, nikmat mendengar, nikmat sentuhan, nikmat menghidu, nikmat merasa serta nikmat bernafas. Selain itu, bersyukur kerana kita berada di negara yang aman damai hendaknya. Tetapi, apakah nasib saudara-saudara kita di Palestin? Adakah mereka berada dalam keadaan aman damai? Tenteram? Adakah mereka berada dalam nikmat pancaindera? Atau nikmat melihat mereka telah hilang disebabkan terkena percikan bedilan bom? Atau tangan-tangan mereka telah kudung disebabkan tembakan oleh Rejim Zionis sehingga nikmat sentuhan telah tiada?

Setiap hari dada-dada akbar terpapar kekejaman Rejim Zionis dan terpancar keperitan serta kedukaan rakyat-rakyat Palestin. Di sudut hati kita sering tertanya-tanya dimanakah sikap perikemanusiaan mereka. Adakah mereka semua telah dididik agar bersikap ketidakberperikemanusiaan?? Wujud lagi manusia kejam sebegini.. Ini bukan isu umat Islam sahaja, bahkan ini ISU KEMANUSIAAN. Ya Allah, hapuskanlah Rejim Zionis ini.. Semuanya berpunca dari ‘ulamak’ Zionis yang menjanjikan pahala besar serta melimpah-ruah kepada tenteranya sekiranya mereka berjaya menembak tepat OTAK atau SALURAN PENAFASAN rakyat-rakyat Palestin. Palestin dah jadi macam Laut Merah yang di penuhi dengan darah dan mayat bergelimpanggan dimerata-rata tempat. Kanak-kanak yang tidak berdosa, yang baru pandai menyebut ayah, ibu turut menjadi mangsa mereka. Wanita mengandung serta orang tua juga menjadi sasaran senapang patah mareka. Mereka bunuh kanak-kanak mungkin sebab tak nak ada pewaris or keturunan yang beragama Islam. I guess…





Ya Allah, berikanlah kemenangan kepada agama-Mu yakni Islam, amin…
Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami di Palestin…hanya padaMu kami memohon pertolongan…

Sebenarnya ‘Ana baru balik dari forum. Forum tue berkenaan ‘Sebuah Iltizam’. Before forum itu start, kami didedahkan dengan video berkenaan penderitaan rakyat-rakyat Palestin. That’s why ‘Ana bersemangat pasal Palestin nie. Perasaan ‘Ana bercampur baur dengan sikap Laknatul Rejim Zionis nie. Iskh2.. tak taw la apa ‘Ana nak cakap.. semasa sesi soal jawab, ada seorang muslimin bertanya kepada ahli panel. “Isu Palestin nie dah lama dah, tapi kenapa bila Palestin kena bedil baru nak perhangatkan isu nie? Baru nak beri bantu dan sebagainya..seperti ia isu bermusim saje.” Ada benar gak kata mamat nie, ‘Ana pon baru terfikir, huhuh.. ‘Ana pon enggak ada answer nyer :P

Selain itu, ada banyak program kat kampus ini yang dijalankan untuk membantu rakyat Palestin. Baru-baru nie, ada wakil dari Gaza datang untuk beri information sedikit sebanyak tentang keadaan di Palestin, siap ada conference video antara orang dari Gaza nie wif his mother..but, ‘Ana x dapat tengok coz I’ve SDG session (mentor mentee). ‘Ana just sempat dengar sesi soal jawab antara auditions wif this Gaza man. Pada akhir program tue, ada bacaan Qunut Nazilah yang dibaca oleh saudara kita yang berasal dr Yamen. Sedap sungguh bacaan dia, hampir mengalir air mata ‘Ana dengar bacaanya. Akhir sekali, kami melaungkan takbir sebanyak 3x..

Allah Huakbar!!
Allah Huakbar!!
Allah Huakbar!!

Selain itu pihak Masjid Sultan Badli Shah ada mengadakan Solat Hajat dan bacaan Yassin untuk rakyat-rakyat Palestin. Moga doa kami sampai kepada rakyat-rakyat Palestin, amin..

Ha, lagi satu ‘Ana nak mengajak semua sahabat-sahabat diluar mahupun didalam sana.. marilah kita BOIKOT barang-barang keluaran Israel..tak kesah la mana-mana barang keluaran Israel nie, asalkan kita dapat elak dari beli, kira dah bagus..if dah terikat sangat dengan barang tue, try cari alternatif lain supaya sedikit sebanyak kita menunjukkan bantahan kita terhadap Laknatullah nie..

Marilah kita sama-sama berdoa moga rakyat-rakyat Palestin diberi ketabahan serta kekuatan oleh Allah untuk menentang Rejim Zionis ini. Bantulah mareka dengan menadah tangan dan berdoa kepada Allah. Allah Huakbar..!!

p/s: Sekarang ‘Ana cuti Chines New Year + Mid Sem..nak di jadikan cerita, ‘Ana sibuk boikot barangan Israel, tengok-tengok my family baru je beli barang keperluan kat TESCO, astafirullahalazim.. ‘Ana da cakap da kat mak yang kite kene boikot barang Israel coz setiap sen yang kita bayar tue membunuh rakyat Palestin..waduh-waduh, ‘Ana rasa my parents tak dapat pendedahan seperti yang IPTA & IPTS wat sekarang..that why jadi macam nie..tapi, ‘Ana harap my parents lebih berhati-hati membeli barang keperluan. Maklumlah, tanda halal pon dibuat main sekarang nie. Nie yang ‘Ana takutkan..Dibawah ini 'Ana sediakan product-product keluaran Israel..tepuk dada, tanya iman, heheh :)

22 January 2009

It's Nothings ^_^

Assalammualaikum wrt wbt :)

Coretan kali nie xdok kene megena dengan apa-apa dan sesiapa..
Just nak tulis for my own memory :P
Pada tanggal 21 January 2009 bersamaan 24 Muharam 1430 terjadilah tragedi yang memalukan,hehe.. "xdok la malu sangat pon"..
Macam biasa, class stat jam 2 ptg pada hari itu, class HR..kami bertiga selalu g class jam 2 after Zohor prayer..Uhibbu pernah kata, “Jaga hati Allah dulu, baru jaga hati manusia”..
Sekarang zohor lambat sikit, so kami pon lambat juga la masuk ke class..
Kami bukan duduk dalam area kampus, kami terpaksa meredah hutan belantara dulu sebelum sampai ke kampus, hehehe...
Tak der la hutan belantara,just joking :P but we need to take a bus in order to reach campus..

Nak di jadikan cerita...

"Cepat sikit geng, dah kol 2.10 nie".. -Am

(Kami pon dengan kalutnya berjalan dengan laju, kalah la Miss TheFlash tue.. ^_^ Maklumlah, kami jarang masuk class lambat, terasa malu la if masuk lewat class, semua mata memandang :P)

"ha, nampak macam ada lagi orang yang lambat tue" -Me

"apa lg, cepat la kite follow dia, sekurang-kurangnya xdok la kita malu sangat nak masuk class" -Am

Dalam kekalutan mengejar pelajar yang lambat tadi, kami pon sempat la masuk ke class tanpa memikir apa-apa dan memandang mana-mana..

Firstly after smpai dalam class, me tengok lecture..maklumlah, 1st class aritue lecture prempuan, garang gak la..2nd class lecture lain pulak, Indian, ganti kot..tpi best dia mengajar, explanation panjang melebar :P hopefully, biar la dia ajar subject HR tue smpai abis :)

Then, after masuk class, me said Alhamdulillah..nak taw kenapa? Sebab bukan lecture prempuan tue (yg garang tue, garang la kot, xsmpat pon nak kenal dia, tgk muka pon xsmpat,hahah..) tengok-tengok lecture lelaki, agak berumur sedikit..dalam hati kecil berkata.. “aik, tukar lecture lg ker?”

Pasal lecture tue xkesah la..kami yang lambat nie pon mencari-cari la tempat duduk kosong.. nak duduk belakang sana ker? Or sebelah sini? Mana nak dulu nie? Aiseyman, nak duduk mana pon jadi masalah, hihihi.. last-last, me ajak mareka dok kat tepi je, xpayah pening kepala..

Alhamdulillah, sampai dah dalam class.. tetiba kami notice yang kami tak kenal sorang pon student dalam class tue..aduh, gawat nie.. masing-masing dah penik, salah class kew?? Untuk memastikan yang kami nie dalam class yang salah, me pon bertanya la pada kakak yang dok depan kami..

“kak, nie class apa??”

“Class ….(lupa la nama class tue), knp?adik da salah class ke??”

“mmm..”(sambil mengelabah dan tertawa)

“adik bengun slow-slow, then keluar jew”

Waduh!!kami salah masuk class..pasal kalut sangat nak kejar budak yang lambat tdi la nie.. dengan muka tak bersalah + toya, kami pon bangun perlahan-lahan smbil pandang lecture tue menandakan kami minta maaf sebab kacau class dia :P keluar je dari class yang salah tue, kami terdengar gelak tawa yang agak kuat dari student dalam class tue, huhuhu…malu-malu…semua orang gelakkan kami..lebih kurang dalam 50orang student la dalam class tue..nasib baik bukan class yang ada 200-300 orang student..fuhhh..

Sepatutnya class kami sebelah class yang kami silap masuk tue..dua orang kawan kami yang x kalut macam kami dah gelakkan kami sebab masuk salah class..kami keluar je dr class tue mareka dok bantai gelak kat kami, suka sangat yer? :P sepatutnya kami lewat dalam 10min je class HR tue..tpi di sebabkan kekalutan berlaku, kami lewat 20min, iskh2..Lecture Indian tue dah stat mengajar dah, lalalal.. dalam class HR tue kami tertawa sendirian melihat gelagat serta kejadian yang sudah berlaku..

p/s: lain kali jangan kalut sangat.. biar lambat, asal selamat.. Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar ^_^

14 January 2009

9 Siti


1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t

04 January 2009

Everythings 2~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Assalammualaikum wrt wbt...

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih di beri peluang untuk meneruskan hidup di dunia ini. Alhamdulillah, kerana di beri peluang untuk beribadah kepadaNya. Alhamdulillah, kerana di beri peluang lagi untuk bertaubat atas segala dosa-dosa yang lalu. Alhamdulillah untuk semuanya.. Syukran Ya Rabb..

Masih tidak terlewat lagi untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah, 1430H kepada semua umat Islam. Dan tidak lupa juga Selamat Tahun Baru 2009. Sekali lagi tahun baru muncul, masing-masing punya azam dan niat yang baru. Menyentuh tentang azam, adakah azam kita tahun-tahun yang lepas tercapai? Ataupun hanya sekadar azam? Saya juga tergolong dalam orang yang membuat azam, tetapi...adakah tercapai? Tepuk dada, tanya selera.. ^_^ Tahun 2009 ini saya bertekad untuk meninggalkan perkara yang buruk yang boleh memcacatkan diriku untuk menjadi Muslimah sejati, insyaAllah. Kita haruslah MENJADI, dan bukan MENCARI. Saya suka ayat ini. Ia memberi makna yang mendalam. (saudara & saudari boleh refer pada post yg lepas, MENCARI @ MENJADI). Banyak sebenarnya azam saya, insyaAllah dengan izin Allah saya akan berusaha melaksanakanya.

Tahun baru mula menjengah, semester baru di IPTA/IPTS pula mula bergerak kencang tanpa melihat kebelakang. Semester 1 menjadi pemangkin kepada ku untuk terus berusaha di semester akan datang. Result semester 1 menyedarkan ku agar berusaha lebih keras untuk mengejar apa yang tertinggal. Sewaktu dalam kesedihan, seorang sahabatku mengingatkan ku agar jangan berputus asa. “Iskh, jgn give up ok..stp yg blku ada hikmah, remember that.. and tak semua yg kita nak, kite leh dapat, betul tak? Ni semua dunia je kak, memang kita nak berjaya dunia akhirat, tapi dr sudut lain mungkin result mcm nie mendekatkan kita pada Allah, yelah let says buatnya kita dpt result gempak-gempak, entah2 kita takbur, riak kan..so at least result kita mcm nie, kita yakin Allah tue sentiasa ada bersama utk membantu, so trima je apa2 dgn hati terbuka, and kita sama2 wat azam study hard for the comming test k..insyaAllah boleh..”. Tersentuh hati bila my fwen advice me like this, thanks a lot ^_^ Uhibbu: Berjaya dan gagal itu tarbiyah dari Allah..

Ya Allah.. Kau yang Maha Besar, Maha Berkuasa atas sekelian alam. Subahanallah.. Masya-Allah.. Allahu Akbar.. ucapkanlah kata-kata memuji Allah setiap hari, agar kita merasa dekat padaNya. Sewaktu kita melihat keindahan alam ciptaanNya, kecantikan makhluk hasil kesenianNya, maka pujilah Allah.. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar.. ^_^ Ingatlah ALLAH semasa kita SIHAT dan MASA LAPANG.

“Orang-orang yang ingat kepada Allah ketika sedang berdiri, duduk dan sewaktu baring. Dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi, (lantas berdoa), ”Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semuanya ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau. Maka peliharalah kami dari azab neraka.” Surah Ali Imran : 191

“Orang-orang beriman dan tenteram hatinya dengan mengingati Allah. Ingatlah! Hanya dengan mengingati Allah sahajalah beroleh ketenteraman hati. ” Surah Ar-Ra’Du : 28

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, sabda Rasulullah saw: “ Firman Allah swt, Aku sentiasa bersama dengan hamba-Ku pada dirinya, Aku mengingatinya apabila ia mengingati-Ku. Sekiranya ia mengingati-Ku dalam keadaan berkumpulan, Aku mengingatinya dalam keadaan berkumpulan lebih baik daripada mereka. Sekiranya ia mengingati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya sedepa. Sekiranya ia datang kepada-Ku sedepa nescaya Aku akan mendekatinya sehasta. Sekiranya ia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan, Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari.” (Muttafaqun ′Alaih)

Wallahualam..

p/s: Semoga uhibbu cepat sembuh dr penyakitnya dan di panjangkan umur agar dapat meneruskan perjuangannya menegakkan Islam. Amin.. Allahu Akbar!!