30 March 2009

Everythings 5 ~


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Assalammualaikum wrt wbt...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana di beri peluang untuk bernafas di muka bumi yang sementara ini tanpa ada sebarang bayaran sesen pun. Alhamdulillah… disebabkan Allah tidak berkira dengana nikmatnya kepada kita, adakah kita layak untuk berkira melakukan sesuatu kerana Allah?? Tepuk dada tanyalah iman ^_^ kadang-kadang kita acap kali berkira dengan Maha Pencipta kita yakni Allah tanpa kita sedarinya. Sebagai contoh, “aku nak solat sunat ke tak yer malam nie?” “ala..tadi dah solat sunat Taubat, tak payah kot solat sunat witir, esok malam jer lah..” Adakah ini yang sering terjadi pada diri muslimin dan muslimat semua?? Sekiranya ada, maka kita adalah salah seorang yang tergolong dalam orang-orang yang berkira dengan Allah. Layakkah kita?? Layakkah kita?? dan Layakkah kita?? Astafirullah.. Ana juga bukanlah sempurna, Ana juga sering kali berkira dengan Allah.. :( Ya Allah, maafkanlah hambaMu ini yang lemah, hina, kerdil lagi …


“Manusia itu apabila mendapat nikmat (kesenangan), ia berpaling dan membelakangkan Allah (tidak teringat kepadaNya), tetapi bila ia ditimpa ujian (bala, kecelakaan), ia akan teringat kepadaNya dan malah doanya pun menjadi panjang meminta ampun kepada Allah” (Surah Fussilat - 51)


Mari kita renungkan, sekiranya sewaktu kita berkira-kira dengan Allah, malaikat Maut datang dengan izin Allah. Tanpa sempat kita meminta ampun dr Nya, kita pergi meninggalkan dunia selama-lamanya. Jasad yang selama ini didiami oleh roh telah pergi meninggalkannya. Nauzubillah.. bila Ana teringat dan memikirkannya, Ana menjadi takut, dan amat takut. Apalah nasib Ana sekiranya Ana mati dalam keadaan kufur? Nauzubillah.. sesungguhnya, azab Allah amat pedih bagi orang-orang yang tidak beriman.


“Dan tidaklah diterima taubat orang-orang yang mengerjakan kejahatan, tatkala ia sudah berada dalam sakaratul maut (baru) ia mengucapkan, ‘Aku bertaubat sekarang’. Dan tidak pula (diterima taubat) orang-orang yang mati di dalam kekafiran. Kami telah menyediakan untuk mereka seksaan yang berat.” (Surah An-Nisa - 18)


Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan kami beriman kepadaMu, dan janganlah Kau matikan kami dalam keadaan kami kufur kepadaMu. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami sejak kami dilahirkan hingga ke hari ini Ya Allah. Ampunkanlah dosa kami yang terlalu lalai dalam mengerjakan suruhanMu. Kami mahu menuju ke syurga Mu Ya Allah. Sesungguhnya, syurga Mu amatlah indah.

26 March 2009

Wanita yang Dinikahi ~


Pernikahan ditujukan untuk bisa mengambil kenikmatan (satu sama lainnya) dan untuk membina rumah tangga yang shalihah serta masyarakat yang baik, sebagaimana yang telah kami katakan di muka. Oleh karena itu maka wanita yang ideal untuk dinikahi ialah wanita yang diharapkan nantinya dapat mewujudkan kedua tujuan tersebut dengan sempurna yaitu wanita yang disifati dengan kecantikan paras secara fisik dan maknawi.


Maka wanita yang cantik parasnya adalah wanita yang sempurna fisiknya, karena seorang wanita itu jika dia cantik saat dipandang, lembut tutur katanya, maka matapun manjadi sejuk untuk memandanginya dan telingapun tenteram mendengarkan tutur katanya, sehingga hatipun terbuka untuknya dan dada menjadi lapang menerimanya serta jiwapun tenteram bersamanya dan terwujudlah apa yang difirmankan Allah Subhaanahu wa Ta'ala : "Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang" (QS. Ar Rum : 21)


Kecantikan maknawi yaitu kesempurnaan agama dan akhlak, sehingga manakala wanita tersebut adalah wanita yang taat beragama dan berakhlak mulia maka dia menjadi lebih dicintai oleh setiap jiwa dan lebih selamat akibatnya.


Maka wanita yang beragama, dia akan taat menjalani perintah Allah, senantiasa menjaga hak-hak suami, rumah tangga serta anak-anak dan harta suaminya. Senantiasa membantu suami untuk menunaikan ketaatan kepada Allah Subhaanahu wa Ta'ala di kala suami ingat kepadaNya. Jika suami malas maka dia yang menyemangatinya, jika suami marah maka dia yang membuatnya ridha.


Sedangkan wanita yang berakhlak adalah wanita yang memberikan belaian kasihnya kepada suami dan menghormatinya. Selalu menyegerakan apa yang disukai suami dan tidak menunda-nunda sesuatu yang disuka suami. Dan Nabi Shallallaahu 'alaihi wasallam pernah ditanya tentang wanita yang bagaimanakah yang baik? Maka beliau menjawab :


"Yaitu wanita yang menyenangkan suami jika dipandang dan mentaati suami jika diperintah dan tidak mengkhianati suami pada dirinya sendiri dan tidak mengkhianati hartanya dengan sesuatu yang ia benci". (HR. Ahmad dan Nasaai) Dan beliau Shallallaahu 'alaihi wasallam bersabda :
"Nikahilah oleh kalian wanita yang penuh kasih lagi subur karena sesungguhnya aku merasa bangga dengan banyaknya kalian dihadapan para nabi, atau beliau menyatakan: dihadapan segenap umat" (HR. Abu Daud dan An Nasaai)


Maka apabila memungkinkan untuk mendapatkan wanita yang memenuhi kriteria wanita yang cantik parasnya dan cantik batinnya maka ini adalah kesempurnaan dan kebahagiaan dengan taufik dari Allah Subhaanahu wa Ta'ala.


Sumber : Maka.., Menikahlah, Penulis : Syaikh Muhammad bin Sholih Al-Utsaimin, Penerbit : Ittibaus Salaf Press.

19 March 2009

~Everythings..... ~

Salam Ukhuwah semua..

Dah lama tak post blog hasil tulisan sendiri ... nak kata bz tue, ada la sikit.. tapi ada faktor lain yang menghalang Ana menulis blog, iaitu ---> laptop rosak!! dah hampir nazak da my COMPACT Prestio M2000 tue.. maklumlah, Ana da pkai laptop tue hmpir 3-4thn if Ana x salah.. laptop tue pon dah jatuh, tergolek-golek Ana kerjakan, waduh, waduh..ganas gak Ana nie, iskh2 :P
.
Apa ya yang Ana nak kongsi dgn sahabat-sahabat semua? byk sebenarnya..tpi x taw la mana nak mula.. baru-baru nie Ana ada terlibat dengan program yang di anjurkan di sini, nama progrm "Selangkah Menuju Gemilang", if x salah la :P Ana dgn sahabat Ana, AM jdi AJK Protokol untuk program tu.. program tue berlangsung 3hari 2 mlm.. yang menghadiri program tue student sekolah mengah dr Perak..
.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.. yang pling best, kami AJK Protokol mendapat pujian dr pihak atasan, alhamdulillah.. tapi, biasa la..manusia penuh dgn sikap/sifat hasad dengki, cemburu dan sbgainya.. Ana dgn Am x ambik port apa yang kome nak ckp, kami x kesah coz kami dah wat yang terbaik ^_^ yang paling kelaka nye bg Ana.. "Sape budak protokol yang tudung labuh 2 org tue? yang pkai spek mata.. diaorg sem baper??" entah la, kelaka rasanya.. kami dapat title yang pkai tudung labuh, pkai spek mata :) mereka nie x profesional lah dalam berkerja.. masa meting postmoterm x mau lak luahkan apa yang x puas hati, bila dah abis semuanya, baru nak ungkit, aduh.. manusia, manusia.. Ana x salahkan sesiapa dan x tujukan pada mana-mana pihak, ini sebagai peringatan pada diri Ana juga.. semua yang baik datangnya dr Allah, dah yang buruk dr diri kita sendiri.. Ana pon x sempurna mana, kadang-kadang ada gak terngumpat @ segaja ngumpat org lain, tpi pastue cepat2 istighfar.. Allahuakbar!!
.
anyway, Ana x kesah.. Ana maafkan mereka yang mengata Ana belakang2.. if kome nak mengata lebih pon x per, Ana dapat habuannya.. ^_^ moga kita sama-sama menuju mardhotillah iaitu keredhaan Allah, amin..

08 March 2009

DIA KEKASIH ALLAH

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah

Album : Jalan Bahagia
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid. com

Lagu : Putra Aiman
Hijjaz Records Sdn.Bhd
Lirik : Ito Lara
Gurindam Entertainment

Rasulullah s.a.w diputerakan pada hari Isnin 12 Rabiul awal, Tahun Gajah

SALAM MAULIDURRASUL 12 RABIULAWAL 1430H....09/03/09...bersama kita memunajat diri,mendalami erti kehidupan sendiri ...dan bersyukur kerana lahir sebagai umat pengikut Nabi Muhammad SAW...penuh dengan kesempurnaan...bergandinglah kita dalam Islam.

02 March 2009

PEDOMAN - Lelaki Diakhir Zaman~

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir

Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki diakhir zaman ini
Seperti yang kufikir..






"Dalam penciptaan syurga-syurga dan bumi, dan pertukaran siang dan malam, terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memahami: mereka yang mengingati Allah, berdiri, duduk, dan baring atas sisi mereka, dan mengungkap atas ciptaan syurga-syurga dan neraka: “ Tuhan kami, Engkau telah mencipta semua ini tanpa sia-sia. Maha Suci Engkau! Maka hindarkanlah kami daripada azab neraka.” (Qur'an, 3:190-191).



Oleh: Mujahidin Cyber