30 January 2010

Everything's 16~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang

Assalammualaikum wrt wbt…

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih berada di atas duniaNya walaupun telah acap kali melakukan kesalahan, kemungkaran kepadaNya.. Alhamdulillah, kerana masih jua memiliki segala nikmat pancaindera walaupun kesemua pancaindera ini telah ku gunakan untuk melakukan kemaksiatan..


Ya Allah, kenapa Kau masih memberi ku kesempatan untuk bertaubat? Sedangkan aku masih seperti dulu.. tidak pernah berubah..masih melakukankan kemungkaran yang telah Kau larang.. kenapa Ya Allah? Kenapa? Kenapa Kau tak balas segala perbuatan ku padaMu? Sederas mana pun air mataku kini, tidak memberi apa-apa makna kerna aku akan mengulanginya.. berbuat dosa, dan meminta ampun, buat dosa then bertaubat, itulah kitaran hidup ku ... selepas berbuat dosa, menangis mengenangkan dosa yang telah ku lakukan.. apa nak jadi pada diri ini.. telah ku usahakan untuk menjauhinya, tetapi apakan daya..iman yang ada pada ku hanyalah senipis iman, dan selemah-lemahnya.. aku tewas degan dorongan nafsu.. aku tewas dengan godaan syaitan..

Dimana pendirian ku?
Dimana kekuatan ku?
Dimana ketegasan ku?
Mengapa aku tewas dimakan pujuk rayu?
Mengapa aku mudah mengalah padanya?

Ya Allah..

Apa yang harus ku lakukan?
Berikanlah petunjuk pada ku..
Aku masih mencari-cari..
Siapa aku yang sebenarnya..

p/s: Syukron, h0hoh0ho...

26 January 2010

Panduan Memilih Sahabat ~



Berkata al Qomah Kepada Puteranya:

Berpesan al Qomah kepada puteranya, Wahai puteraku, sekiranya kamu merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah kamu memilih teman-teman yang memiliki sifat berikut: jika kamu ditimpa bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringgankan kesusahanmu itu.

1. Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari temanmu itu maka akan segera mengusahakannya.

2. Jika kamu merangcangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantu dengan memberikan pandangannya.

3. Jika bercakap-cakap dengan temanmu maka ia akan membenarkan kata-katamu.

4. Jika temanmu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataanmu maka ia akan menutupinya.

5. Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu maka ia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.

6. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepada temanmu maka ia menerimanya dengan baik malah membalasnya kembali.

7. Jika temanmu memdapat sesuatu kebaikan atau kebajikan darimu maka ia akan mengigati dan menghargainya malah akan menyebutnya selalu.

8. Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka ia akan bertanyakan kesusahanmu itu.

9. Jika kamu berselisih faham dengan temanmu maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu.


Berkata Hukama: "Sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkah laku, peribadi atau kelakuan seseorang adakah ianya seorang yang soleh atau toleh maka tidak perlulah kamu bertanyakan di sana-sini. Cukup dengan kamu melihat siapakah kawannya dan siapakah orang-orang yang disayanginya dan dari itu kamu akan mengetahui peribadinya kerana seseorang yang berkawan ia akan mengikut dan meniru perlakuan kawannya itu."


Berkata Ulama: "Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu orang yang kamu pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agamamu maka orang itu pun memanafaatkan ilmunya kepadamu. Kedua ialah orang kamu sendiri memanfaatkan ilmu agamamu kepadanya lalu ilmu itu diterima daripadamu dan diamalkannya. Ketiga ialah orang yang kamu tidak mempelajari apa-apa ilmu agama pun darinya dan kamu sendiri tidak mengajarkan kepadanya maka yang lebih eloknya, larilah kamu daripadanya."


09 January 2010

"CintaALLAH"


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Assalammualaikum wrt wbt

Terhenti seketika pergerakan pantas jari jemariku sewaktu ingin menekan keyboard laptop ku.. ada sesuatu di benak fikiranku yang ingin ku luahkan..tapi amat memedihkan..

Emosi ku ketika ini tenang, di buai dengan keasyikan dan kemerduan alunan ayat-ayat suci AL-QURAN oleh Ahmad Saud Musshaf, Allahuakbar!! Sungguh tenang petang ini :) tersenyum aku sambil menghayatinya.. Subahanallah..


CintaALLAH… Ya, ini lah yang ingin ku kongsikan pada sahabat-sahabat sekali alam..

Aku tekad, nekad dengan keputusan ku.. aku ingin mencari cintaALLAH, bukan makhluknya..

Aku ingin mencintai PENCIPTA ku, bukannya makhluk yang di ciptakanNya..

Aku ingin kenal dengan lebih dalam lagi PENCIPTA ku, bukan makhluk yang di ciptaNya..

Aku ingin serahkan seluruh hatiku pada PENCIPTA ku, bukan pada makhluk biasa yang sering berubah kedudukan hatinya..

Aku ingin lebih rapat dengan PENCIPTA ku, bukan dengan makhluk yang macam “chipmore”, kejap ada, kejap tiada..

Aku ingin jadikan PENCIPTA ku “HERO”, bukannya makhluk yang sering jua meminta pertolongan dr Nya..


Aku lelah, letih, penat mengejar cinta manusia yang tiada penghujungnya..

Yang aku sendiri kurang pasti akan keberhasilannya..

Yang aku tahu, aku lelah.. aku ucap sekali lagi yakni aku lelah dengan cinta manusia yang tiada penghujungnya..

Aku letih kerisauan.. risau bila makhluknya sakit..

Aku letih kesedihan.. sedih bila makhluknya tinggalkan aku sendirian..

Aku letih memcemburui.. cemburu pada makhluk lain yang turut mencintai dan menyangi makhluk yang aku sayang..

Aku letih menangis.. menangis bila emosi ku terganggu akibat makhluknya..

Aku letih memarahi.. marah bila ada saja yang tidak kena..

Aku letih….


Tapi, tatkala aku cintaALLAH..

Aku akan rasa tenang bila mengingatiNya..

Aku akan gembira sewaktu aku dekat padaNya..

Aku akan menangis memohon ampun padaNya.. kerna dosa-dosaku ibarat seluas lautan dan setinggi gunung uhud.. dan hanya DIA yang berkuasa mengampuni dosa-dosaku..

Aku akan hanya mencemburui orang yang bersungguh-sungguh mencari dan mendekatkan diri padaNya..

“Dari Ibnu Mas’ud r.a., beliau berkata: Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak ada hasad, kecuali pada dua perkara: Seseorang yang Allah berikan harta, lalu dia habiskan hartanya itu dalam kebenaran, dan seseorang yang Allah berikan ilmu, lalu dia mengamalkan dan mengajarnya kepada orang lain.”

(Hadis riwayat Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad dan Al-Humaidi)

Aku akan hanya keletihan mengerjakan kebaikkan dan ibadah padaNya di mana ia akan menjadi bekalan pada ku di alam yang abadan abada..

Dan DIA sentiasa ada tatkala aku sangat memerlukannya..


Seronokkan bila kita cintaALLAH ^_^ semakin dalam cinta kita padaNya, semakin dalam jua cinta DIA pada kita, tidak berbelah bahagi seperti makhluknya.. kita juga tidak akan berada dalam dilemma untuk memilih mencintai yang lain kerna DIA hanya satu, yakni Esa, tiada dua dan tiga :) Subahanallah, betapa hebatnya PENCIPTA ku..


Aku tekad, nekad untuk membuat anjakan paradigma..

Aku kena tegas, kuat..tidak mudah putus asa..

Aku tidak mahu duduk diam dengan menagis, aku bukannya insan lemah..

Aku ada DIA yang setia menemaniku..

Aku ada DIA yang sentiasa mencintai dan mengampunkan hambaNya tanpa ada syarat..


Cuba kita bayangkan sejenak..cuba kita bawa diri kita ke alam fantasi yang barisan pelakonnya adalah kita jua.. pejamkan matamu sahabat-sahabatku..

Cuba kita tanya diri kita.. Apakah yang akan berlaku sekiranya Allah mencintai kita dengan bersyarat.. Allahuakbar!! Tidak tergambar betapa kerdilnya kita.. cuba kita bayangkan sekiranya Allah memberikan oksigen pada hamba-hambanya yang taat sahaja.. sebagai contoh, bekalan oksigen hanya pada hambaNya yang mengingatinya (berzikir) setiap saat.. adakah kita mampu memenuhi syarat-syarat itu? TIDAK sahabat-sahabatku.. 2 jam pun belum tentu lagi kita dapat mengingatinya..

Di sinilah terpancarnya sifat AR-RAHMAN & AR-RAHIM, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Konsep ini jua yang di guna pakai sewaktu Allah ingin memberikan pengampunan kepada hamba-hambaNya. Yakni, tanpa syarat. Kalaulah Allah mengampunkan hambanya dengan bersyarat….. Nauzubillah….. tak selamat kita di dunia dan akhirat.. tetapi Allah mengampunkan hambaNya dengan rahmat dan kasih sayang, Subahanallah ^_^


Cintailah ALLAH, kerana dia akan membahgiakan kita dunia akhirat..

Cintailah ALLAH, sebelum mencintai makhluknya..

Cintailah ALLAH, kerana cintaNya tiada penghujungnya..

Cintailah ALLAH, kerana di situ ada cahaya..

Cintailah ALLAH, kerana DIA PENCIPTA seluruh alam..


Ya Allah..

Aku berserah padaMU,

Aku redha dengan setiap perancanganMu..

Kau kuatkanlah hatiku dengan hanya MENCINTAI MU..


Cintailah ALLAH, lalu Allah akan kurniakan kita makhluknya yang juga mencintaiNYA..

Berserahlah padaNya, kita hanya merancang, Allah jua turut merancang untuk kita..dan sesungguhnya perancanggan ALLAH SWT adalah setepat-tepat dan sebaik-baik perancanggan..


“Mencintai tidak semestinya memiliki"