28 May 2011

Everything's 44~

KULIM, here we go~


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...

Alhamdulillah, pagi yang indah lagi diberkati =) syukur kepadaNYA kerana telah membangukan kami untuk mula beribadah kepadaNYA.. pagi ini kami sekeluarga serta sanak saudara segerombolan akan bergerak ke Kulim, Kedah.. ada kenduri kawen yang harus dihadiri =) brother ana punya kenduri la, esk 29/5/2011 belah perempuan.. belah lelaki 18/6/2011 kat kL ^_^ now, dr 6 beradik, 3 dah kawen, lagi 3 tunggu turn, heheh..

La nie ana dan family sedang tunggu van dari Klang datang, mereka tak sampai lagi, jadi ana ambil masa sikit nak taip-menaip nie, hehe.. insyaALLAH kami 1 van dan 4 buah kereta.. mula-mula nak sewa bas, tapi disebabkan ada 3 buah keluarga yang tak dapat join, jadi naik kereta masing-masing la gamaknya..

Moga perjalanan kami diberkati oleh-NYA, selamat sampai dan kembali ke tempat yang di tujui, amin3x.. hah! if sampai awal kat Kulim, kami akan g mandi-manda, g Latar Hijau, sonoknya, dah lama tak mandi sungai, heheh..


Subahanallah, sungguh indah ciptaan TUHAN..

Tak sabar nak lihat dengan mata ana sendiri..
Dalam gambar pon dah cantik, inikan pula secara LIVE..





nota Mamie: Berjalan sambil belajar.. belajar sambil melihat.. melihat sambil berfikir.. berfikir sambil berzikir melihat ciptaanNYA ^_^

Kata-Kata SEMANGAT ^_@


SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN

SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.......




Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...


"ayat-ayat nie ana copy dr email ana, tak sure la siapa punya, mintak halal yek "=)




nota Mamie: jom tukar-tukar Durian, pasti lazat!!

27 May 2011

Everything's 43~

Perjalananku~


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...

Sambil tengok Astro Ceria, Detective Conan sambil menaip blog compang-camping nie, heheh.. terel taw Conan nie selesaikan setiap masalah pembunuhan.. wohaa~

Entry kali nie tak dak motif atau fokus sangat, cuma nak share jak pengalaman masa naik bas odw dr Kedah ke KL.. bas dr Chagloon jam 8.30pg.. ana duduk seat bawah, bus Pancaran Matahari.. masa dekat stsen bus Shahab Perdana, ada seorang makcik duduk sebelah ^_^ makcik nie odw g kL gak, g umah anak dia..




Perjalanan yang panjang menjadi singkat apabila ada teman berborak.. ana berkira-kira akan sampai kL jam 5 ptg, tapi sangkaan ana meleset sama sekali, ana sampai awal kat jalan Duta, lebih kurang jam 3 lebih..

Makcik Hamimah adalah hamba ALLAH yang ALLAH hantar untuk ku.. banyak yang kami bualkan sehingga tak terasa jauhnya perjalanan ^_^ makcik Hamimah @ Cik Njang.. baik orangnya, peramah, ceria =) pada awal perjalanan, tak banyak kami bualkan, sebab ana megantok, maklumlah bagun awal, heheh.. then lepas bas berhenti dekat R&R bukit gantang, kami g makan, isi perut..

Dalam bas, cik njang sambung semula bercerita.. makcik njang banyak bercerita mengenai anak-anak dia, best gak dengar cerita cik njang nie, boleh diambil sebagai pengajaran dimasa hadapan =p cik njang ada 7 orang anak, 2 orang duduk kat kL, sorang lagi tentera laut kat sabah, yang lain stay kat kedah.. cik njang sebenarnya baru pulang dari sabah, cuti-cuti Malaysia kat rumah anak dia.. meriah betul.. time umur dah meningkat nie la orang-orang lama nie g bercuti, maklumlah time muda sibuk berkerja..

Masa dah nak masuk kawasan kL, cik njang bagi ana kerongsang.. cantik, cik njang buat sendiri taw! terharu pula rasanya, uhuk,uhuk.. then, dalam bas tue gak cik njang bagi ana ulam-ulam, daun kari, cili padi yang ditanam sendiri dekat kawasan rumah dia :) habis berbau satu bas bau daun kari, hihihi.. selamat tak ditegur oleh pemandu bas.. alahai~ terima kasih makcik hamimah ^_@


Selepas sampai kat jalan Duta, cik njang ada bawa 2 buah kotak buah conen (buah kuini).. dapat la 4 biji, sonoknya!! buah favorite my mum~ anak dan menantu cik njang yang duduk kat cheras yang datang ambik cik njang kat jalan Duta.. ana pula terpaksa naik teksi, maklumlah.. si perantauan, hehehe.. kami siap bertukar-tukar nohp gitu, chewah~


moga hubungan kami berpanjangan hingga ke akhirnya, aminn..


cik njang pesan: "nanti datang kedah, mai la umah.. sampai Shahab Perdana, nanti cik njang datang ambik" =) so sweet rite? insyaALLAH, ada rezeki ana akan sampai umah cik njang..




nota Mamie: Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali ^_^

25 May 2011

Everything's 42~

Jadilah seperti KUMBANG~


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas segala macam nikmat yang diberi.. syukur tak terhingga, alhamdulillah..

Sahabat-sahabat pernah dengar pepatah ini tak:

"Bunga bukan sekuntum, Kumbang bukan seekor"

Kata-kata yang sering kita beri pada seseorang bila berlakunya perpisahan, betul tidak? =) walaupun bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor, tapi dialah bunga@kumbang yang terpelihara, mana mungkin kita mahu melepaskannya.. aduhai~ sudah melalut pula enty Jadilah seperti KUMBANG nie.. main point dia bukan lelaki, yang mana sering di kaitkan dengan kumbang.. tapi, betul-betul kumbang, sejenis haiwan, serangga ciptaanNYA..

Kenapa ana kata jadi seperti kumbang??

Cuba sahabat-sahabat lihat kumbang yang ada di sekeliling.. *kat uum ada byk kumbang*..
Pernah dak tengok masa mereka jatuh, tergolek dan terlentang?
Jika diperhatikan betul-betul, once mereka jatuh, dalam keadaan terbalik, susah nak bagun semula.. Tetapi, disebabkan semangat yang kental untuk hidup, mereka berusaha dan terus berusaha.. never give up!! ALLAH telah ciptakan kumbang-kumbang sebagai serangga yang unik, bermanfaat, tiada sia-sia..

Dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan Kami, Tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia” (QS Ali Imron:191).

Kebanyakkan kumbang dikaitkan sebagai serangga perosak.. tetapi, walaupun ia serangga perosak ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biology ^_^ sebagai contoh, kat ladang tebu.. if terlalu banyak tikus, tak boleh gak, nanti rosak tebu-tebu tue.. that why adanya ular kat ladang tebu untuk makan tikus-tikus nie.. then ada pula helang untuk makan ular-ular.. inilah yang dikatakan ekosistem yang seimbang, chewaah! sains tingkatan bape tah belajar =p

Hah, kembali pada kisah kumbang yang never give up.. cuba sedaya upaya nak bagun semula, cuba untuk berada dalam keadaan yang asal.. so that, mereka boleh terbang semula untuk teruskan hidup.. bila kita selidik kembali, kebanyakkan kumbang-kumbang akan mati dalam keadaan terbalik, dalam keadaan mereka tengah berusaha untuk bagun semula.. mungkin badan kumbang yakni cengkerang dia berat sangat, that why tak boleh bangun.. inilah indahnya ciptaan TUHAN..




Semasa ana google cari maklumat mengenai kumbang, ana terjumpa story mengenai "Kisah perang antara labah-labah dengan seekor kumbang yang besar" di blog http://langkahmindapositif.com/

Ceritanya begini


Seekor labah-labah kecil sibuk menyiapkan jaringan sarangnya di celah ranting di sebatang pokok. Usahanya hampir selesai dan labah-labah kecil ini sudah membayangkan ia sudah boleh berehat sambil menanti akan mangsa kecil melewati sarangnya dan tertangkap.

Pun begitu, seekor kumbang yang besar dengan sengajanya melakukan aksi stunt dengan kelajuan tinggi lalu merempuh sarang si labah-labah kecil itu lali memusnahkannya sama sekali.

Mujurlah si labah-labah kecil terselamat daripada rempuhan tersebut.

Tetapi begitulah kejadiannya, setiap kali si labah-labah kecil berjaya menyiapkan sarangnya, setiap kali itu juga si Kumbang akan terbang merempuhinya.

Tidak tahan dengan kejadian itu, si labah-labah kecil itu mengadu kepada Raja Labah-labah. Raja Labah-Labah begitu simpati dengan nasib yang menimpa si labah-labah kecil. Lalu si Raja memberi cadangan….

Keesokannya, terdapat belasan sarang labah-labah di belakang sarang si labah-labah kecil. Raja Labah-Labah terlah mengarahkan sarang-sarang tersebut dibuat bukan sahaja untuk membantu si labah-labah kecil, tetapi juga ia akan menjadi perangkap maut untuk si kumbang.

Sebaik sahaja matahari mula menyinar, kumbang kembali terbang dengan niat untuk merempuhsarang si labah-labah kecil. Kumbang akhirnya menyedari, akan adanya belasan sarang labah-labah lain sewaktu ia semakin menghampiri targetnya, namun sudah terlambat ia untuk mengelak.

Rempuhan kali ini sememangnya masih memusnahkan sarang si labah-labah kecil dan beberapa sarang yang lain, tetapi akhirnya Kumbang terperangkap di sarang labah-labah yang lain yang mempelahankan kelajuan rempuhannya.

Sebaik sahaja kumbang terperangkap, kesemua labah-labah termasuk si Raja Labah-labah dan si labah-labah kecil menyuntik racun ke badan si kumbang lalu membunuhnya.

Moral cerita ini adalah, selemah mana pun kita..jika bersatu padu serta menggunakan helah pasti mampu menumbangkan lawan yang jauh lebih gagah. InsyaAllah





nota Mamie: walau apa pun, dan siapa pun kita, kita punya kelebihan masing-masing.. jadilah seperti apa yang kita inginkan.. nak jadi gajah pun boleh =p

15 May 2011

Everything's 41~





YA ALLAH..


Jika kehadiran ku ini menyakitkan dan melukai hati orang-orang di sekelilingku..


KAU jauhkanlah diri ku dari mereka YA ALLAH..

Agar dapat ku lihat kegembiran yang terpancar dari mereka..


amin..





nota Mamie: Sesiapa yg pernah di sakiti oleh Mamie, mohon maaf di pinta..

10 May 2011

Everything's 40~

Mood: KETENANGAN~





Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...




Allahamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang tidak putus-putus memberikan nikmat kepada hambanya.. tidak putus-putus memberikan kasih sayangnya.. tidak jemu mengabulkan doa si hamba.. tidak pantas menghukum hambanya.. malah diberi peluang untuk hambanya BERTAUBAT..


SUBAHANALLAH.. itulah kasih sayangNYA yang tiada sangsi, tiada ragu.. kadang kala kita terleka akan kasih sayang yang sementara.. kita tidak sedar yang kita di sayangiNYA.. masih jua mahu mencari kasih sayang manusia yang ada titik noktah.. kenapa ya?? adakah kita masih mentah lagi untuk berfikir??


Setiap yang berlaku pasti dan pasti ada hikmahnya, dan kita dianjurkan untuk berfikir akan ia..dan bukan menyalahkanya.. ^_^


TENANG.. kekecewaan tidak berpanjangan, ia bersifat sementara bagi orang yang berfikir..


Moga ketenangan itu berpanjangan dengan adanya DIA..



"tiada apa dan siapa yang dapat mengembirakan ku, selain ALLAH"


Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik pelindung (Al- Imran 3:173)





nota Mamie: kuatkan semangat ^_^

04 May 2011

Everything's 39~

Past, Present & Future~


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...






Terpanggil lagi untuk menulis sesuatu pada ruang maya ini walaupun diri ini sedar, diri ini tidak layak untuk berkata-kata.. tidak layak untuk menegur sesiapa, tidak layak untuk menasihati sesiapa.. maafkan daku..



Ana dapat kata-kata di bawah ini dari FB seorang sahabat.. ana copy *without her permission, sorry yea*
Ana baca berulang kali, ana cuba fahami apa kata-kata ini cuba sampaikan..dan akhirnya ana faham..


Cuba sahabat-sahabat fahami, selami kata-kata ini, moga kita semua mendapat rahmat drNYA, amin...



"Allah does not judge you on how bad you have been in the past, but rather on how good you strive to be NOW"




nota Mamie : aku berdosa pd manusia, maafkan aku ='(

02 May 2011

Everything's 39~

♥ ♥ ♥ ♥






Apa yg kita impikan tidak semestinya kita akan dapat..
Benda yg mudah dapat mungkin kita tidak hargai..
Jadi BERSABARLAH wahai diri..
Mungkin ALLAH ingin kurniakan sesuatu yg MANIS berpanjangan..

~Islamic_Muslimah @ ThEfLaSh♥