30 April 2010

Everything's 24~

"Askar-askar Allah swt~"


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...

Alhamdulillah, diri ini masih dibagunkan untuk sekian kalinya daripada mati kecil. Hari ini 15 Jamadil Awwal 1431H bersamaan 30 April 2010, hari Jumaat, penghulu segala hari adalah hari yang sungguh indah di bumi Jelapang Padi. Alhamdulillah yang teramat kerna diberi kesempatan untuk melihat kebesaran Allah swt sekali lagi dan beribadah padaNya. Subahanallah..

Pagi ini ana di kejutkan oleh bunyi handphone ana.. *ringtone rentak lagu Jawa bak kata kawan2 ana* pangilan dari sahabat ana yang bernama Hana jugak..

"Salam.. Kak, jom g masjid.."
"Waalaikumussalam, *suara mamai* g masjid?ada apa kat masjid?"
"Ust belanja nasi lemak, jom la.."
"erkk..nak g jam bape tue?"
"jam8 yea?"
"ok, org tgu kat lab"
"ok, salam.."

Hah! lebih kurang gitu la dialognye, huhu...
Pagi nie rezeki ana murah, ana dapat makan nasi lemak free, alhamdulillah..rezeki dari Allah ^_^
Sebenarnya nasi lemak nie ust.Aus wat untuk kenduri Qiam..
Tapi, agak malang ramai yang syahid, tak dapat bagun untuk Qiam semlm..huhu..

Pagi tadi, ana, sahabat ana Hana & K.Izan jer turun makan, yang lain ada exam hari ini, jadi tak dapat turun..macam biasa, nasi kami hidang dalam talam, kami makan bertiga jew.. sedap taw nasi lemak isteri ust.Aus buat, terangkat! rasa sekali nak tambah lagi taw! bau nasi yang amat menyelerakan, cukup lemaknya, sambal yang cukup rasa, ikan bilis yang garing, kacang tanah yang rangup, telur rebus yang enak, timun yang segar..lengkap semuanya :) fuhh, kenyang..alhamdulillah ^_^

Selepas makan, kami bersihkan halaman masjid..maklumlah hari ini hari jumaat, Mak Chaq (makcik yang bertanggungjawab membersihkan kawasan masjid) cuti.. :) kawasan masjid agak kotor disebabkan beratus-ratus, dan mungkin mencecah beribu-ribu askar mati disitu.. Agak tragis kematian askar-askar tersebut.. *askar-askar yang di maksudkan adalah serangga apa tah tak taw nama, tapi sering datang mcm kekatu, time nak hujan, tapi tak hujan, lebih kurang mcm tue la, paham kot..dan tak ketinggalan kekatu* huhuhu... kami pun menyapu kawasan foyer masjid, dan hasilnya lumayan..


~hasil sapuan kami di sekitar masjid~

Melihat kejadian ini, tiba-tiba hati ana terdetik.. kenapa Allah ciptakan makhluk ini (askar-askar tadi) yang nyawanya pendek.. maksud ana, kenapa mcm kekatu, dia hidup sat jak, time ada cahaya jer dia ligat berterbangan, bila cahaya tiada suda, dia pon mati meniggalkan sayap-sayapnya.. kenapa Allah ciptakan sesuatu yang jangka hayatnya pendek? kenapa tak beri 10tahun untuk kekatu-kekatu tue hidup? aik, banyak pula kenapa, adoi!! tiba-tiba ana teringat ayat Al-Quran yang menyatakan kematian itu satu kepastian..

Maksud Firman Allah s.w.t :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat."

( Surah Ali Imran ayat 185 )

Askar-askar tadi pun termasuk dalam kategori makhluk yang benyawa, jadi benarlah kata-kata Allah yang mati itu pasti, tetapi kita tidak ketahui bila ia akan terjadi.. selepas selesai meyapu, ana terfikir, "nak buang kat mana askar-askar nie?" nak tanam ka?huhu..akhirnya, askar-askar tue di buang ke dalam tong sampah.. *Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah, semoga kemudian hari askar-askar tue tidak menuntut kepadaku, maafkan aku wahai askar-askar Allah* begitulah jua kita yang akhirnya akan kembali pada tempat asal kita dijadikan, yakni kubur@tanah..

“Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing).”

(Surah Az-Zumar – Ayat 68).

~Maafkan diri ini ya askar-askar Allah~


Begitulah perihal kematian..

Setelah selesai membersihkan kawasan luar masjid, kami beralih pula ke dalam masjid.. Nasib kami cukup baik kerana ada muslimin yang volenteer untuk men'vacuum' kawasan dalam masjid..*syukron ust Mohamad Nazri b Baso Sultan*.. maklumlah, hari ini solat Jumaat akan berlangsung :) masjid mestilah bersih agar para jemaah selesa menunaikan solat..apalah khutbah hari ini yea? :P lalalal...

Mata ana pedih suda, maklumlah, semalam tido lewat, then bagun awal, huhu.. lenguh tangan menyapu nie pon tak abis lagi, al-maklumlah, dah lama tak menyapu, hehhe..alik-alik kawasan yang luas macam masjid tue, Allahuakbar! penat, penat..lenguh tangan.. then ana terfikir, macam manalah Mak Chaq leh sapu seluruh kawasan masjid nie sorang-sorang? tak penat ke dia? ana dgn Hana, berdua pon tak larat suda, inikan Mak Chaq yang sudah berumur, masih kuat lagi.. Ya Allah, berikanlah kekuatan tubuh badan kepada Mak Chaq dan suaminya Pak Mat, dan panjangkahlah umur mereka agar dapat beribadah kepadaMu, amin...

Kat bawah nie ana ambik dari blog http://nurjeehan.hadithuna.com/ sebagai perkongsian untuk sahabat-sahabat semua..

Tujuan Allah SWT mematikan manusia:

  • Menilai sejauh mana keikhlasan dan kebaikan amalan yang kita kerjakan semasa hidup di dunia ini kerana ada setengah kita yang melakukan sesuatu amalan itu semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.
  • Membuktikan bahawa Allah SWT berkuasa mematikan manusia dan makhluk yang lain tanpa mengira rupa bangsa, pangkat, tempat, masa dan ketika.
  • Menyedarkan manusia dari lalai dan lupakan Allah serta hari kiamat lantaran kerana segala kesenangan dan kemewahan yang melimpah ruah.
  • Menggalakkan kita agar sentiasa berbuat sebanyak mungkin amal kebajikan dan menjauhi kejahatan Menyedarkan kita bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara sedangkan kehidupan di akhirat adalah lebih baik dan kekal.

~Inilah Masjidku, Syurgaku. Masjid Imam As-Syafie (MIAS) @ Majid Bukit Kachi~
*maaf, gambar kabur, gambar yg ana tgkap tdi tak boleh roteate,adoi!*


Sampai disini sahaja perkongsian hari Jumaat, heheh.. ana last paper xam 6hb nie, lambat lagi, adoi!! tak taw nak wat apa selain mentelaah buku, hihihi.. jumpa lagi..

salam alaik..

~ThEfLaSh~

29 April 2010

Everything's 23~

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...

Alhamdulillah.. alhamdulillah kerna d kurniakan nikmat Iman, Islam, dan pancaindera yang tidak berbelah bahagi.. Alhamdulillah, setiap saat ku masih boleh bernafas.. Alhamdulillah, setiap detik jantung ku masih berdegup.. ku bersyukur atas nikmat yang d kurniakanNya, syukron Ya Allah..


IMAN.. ya, IMAN..

hari ini Iman menjadi lemah, lemah selemah lemahnya..power kurang.. *mcm citer atromen, bila power dah lemah, ada lampu merah berkelip2 di dadanya, begitulah jua ana* apa yang berlaku sehingga ia menjadi lemah ya? only me n God knows.. Allahuakbar!! apalah yang d cari sebenarnya.. seolah-olah diri ini mengalami konflik..konflik diri yang tiada siapa tahu..ia bermain secara dalaman, bukan luaran.. waduh, amat sukar melawan konflik diri ini..apa yang sedang d cari sebenarnya? luarannya nampak seperti buah mangga yang licin kulitnya, warna keemasan..cantik..tetapi isinya? Astafirullah alazim, amat busuk, berulat..tiada siapa yang tahu..


Tidak tertanggung perasaan ini menahan derita konflik diri ini.. apa yang harus d lakukan? apa jalan yang sebaiknya? persoalan yang sering bermain d fikiranku.. di mana prinsip "Mempertahankan apa yang diperjuangkan" tue? mana? mana? dan mana?

Ya Allah, jangan biarkan diri ini hanyut dibuai mimpi yang sementara, kejutkanlah diri ini agar kembali ke alam realiti.. Ya Allah, peringatkanlah diri ini bahawasanya KAU sedang melihat setiap gerak geriku, setiap tindakanku, setiap tutur bicaraku, setiap langkahku, yakni setiap detik.. Jangan biarkan diri ini menyesal setelah kulit menyentuh bara api neraka.. Nauzubillah..

Ampunilah diri ini Ya Allah.. Lindungilah diri ini Ya Allah dr godaan syaitan, hawa nafsu, harta benda dan dunia.. Ku bermohon dan mengharap hanya padaMu..


"Ya Allah, jangan Engkau memberikan kepadaku dari kenikmatan dunia yang terlalu banyak agar aku tidak melampaui batas laranganMu. Jangan pula terlalu sedikit sehingga aku lupa kepadaMu. Sesungguhnya yang sedikit tapi mencukupi, lebih baik bagiku daripada yang banyak tetapi melalaikan... Amin..."



17 April 2010

FINAL EXAM Coming ^_^


haa, jangan MENIRU taw.. Allah Maha Melihat :P



ALL DA BEST TO MYSELF AND ALL MY FRENZ ^_^