Showing posts with label Everythings~. Show all posts
Showing posts with label Everythings~. Show all posts

06 July 2011

Everything's 48~

BURUNG BELATUK vs BURUNG MERPATI~




Burung Belatuk - tidak berhenti mematuk pokok untuk membuat sarangnya ^_^




Burung Merpati - Tulang-tulang burung merpati lebih ringan daripada bulunya ^_^





nota Mamie : tak kisahlah mcm burung belatuk or merpati, kedua-duanya adalah ciptaan-NYA yang Maha Esa.. masing-masing ada kelebihan tersendiri, tak gitu?? =) (ada kisah disebalik tabir, hehehe)

21 June 2011

Everything's 47~

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...


Jarang-jarang kita sedar, selalu kita lalai...

Kadang-kadang kita lawan nafsu, selalu kita tewas...

Kenapa ada istilah "jarang-jarang & kadang-kadang" ya?? kenapa tidak yang baik itu SELALU??

Fikir-fikirlah wahai empunya diri, jangan hanya pandai menulis, aplikasi adalah utama...




nota Mamie: lots of thanks to Family Eng cos taja wireless ana, hehhe... tak taw jiran sebelah mana Family Eng nie.. anyway thanks ya Family Eng, amat berterim kasih dan di hargai.. kehadiran wireless ini akan memudahkan ana untuk wat report practical ^_^

18 June 2011

Everything's 46~

CRY IN MY HEART, NOBODY KNOWS, ONLY HIM..



Suppose this is my BIG day..
Suppose i'll be someone..
Suppose i'm the most HAPPIER person.






nota Mamie: Moga ada kemanisan d penghujungnya, amin..


*eh, ada gula la d situ, jom tawan-tawan, serbu!!*

12 June 2011

Everything's 45~

PRACTICAL~



Life get busy since practical start..
Sleep in da nite, always early..
Wake-up in da morning, always feel sleepy..
Practical.. please, over as soon as possible, heheh..







nota Mamie: melompat-lompat seperti Kangaro0 di Australia =p

28 May 2011

Everything's 44~

KULIM, here we go~


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...

Alhamdulillah, pagi yang indah lagi diberkati =) syukur kepadaNYA kerana telah membangukan kami untuk mula beribadah kepadaNYA.. pagi ini kami sekeluarga serta sanak saudara segerombolan akan bergerak ke Kulim, Kedah.. ada kenduri kawen yang harus dihadiri =) brother ana punya kenduri la, esk 29/5/2011 belah perempuan.. belah lelaki 18/6/2011 kat kL ^_^ now, dr 6 beradik, 3 dah kawen, lagi 3 tunggu turn, heheh..

La nie ana dan family sedang tunggu van dari Klang datang, mereka tak sampai lagi, jadi ana ambil masa sikit nak taip-menaip nie, hehe.. insyaALLAH kami 1 van dan 4 buah kereta.. mula-mula nak sewa bas, tapi disebabkan ada 3 buah keluarga yang tak dapat join, jadi naik kereta masing-masing la gamaknya..

Moga perjalanan kami diberkati oleh-NYA, selamat sampai dan kembali ke tempat yang di tujui, amin3x.. hah! if sampai awal kat Kulim, kami akan g mandi-manda, g Latar Hijau, sonoknya, dah lama tak mandi sungai, heheh..


Subahanallah, sungguh indah ciptaan TUHAN..

Tak sabar nak lihat dengan mata ana sendiri..
Dalam gambar pon dah cantik, inikan pula secara LIVE..





nota Mamie: Berjalan sambil belajar.. belajar sambil melihat.. melihat sambil berfikir.. berfikir sambil berzikir melihat ciptaanNYA ^_^

27 May 2011

Everything's 43~

Perjalananku~


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...

Sambil tengok Astro Ceria, Detective Conan sambil menaip blog compang-camping nie, heheh.. terel taw Conan nie selesaikan setiap masalah pembunuhan.. wohaa~

Entry kali nie tak dak motif atau fokus sangat, cuma nak share jak pengalaman masa naik bas odw dr Kedah ke KL.. bas dr Chagloon jam 8.30pg.. ana duduk seat bawah, bus Pancaran Matahari.. masa dekat stsen bus Shahab Perdana, ada seorang makcik duduk sebelah ^_^ makcik nie odw g kL gak, g umah anak dia..




Perjalanan yang panjang menjadi singkat apabila ada teman berborak.. ana berkira-kira akan sampai kL jam 5 ptg, tapi sangkaan ana meleset sama sekali, ana sampai awal kat jalan Duta, lebih kurang jam 3 lebih..

Makcik Hamimah adalah hamba ALLAH yang ALLAH hantar untuk ku.. banyak yang kami bualkan sehingga tak terasa jauhnya perjalanan ^_^ makcik Hamimah @ Cik Njang.. baik orangnya, peramah, ceria =) pada awal perjalanan, tak banyak kami bualkan, sebab ana megantok, maklumlah bagun awal, heheh.. then lepas bas berhenti dekat R&R bukit gantang, kami g makan, isi perut..

Dalam bas, cik njang sambung semula bercerita.. makcik njang banyak bercerita mengenai anak-anak dia, best gak dengar cerita cik njang nie, boleh diambil sebagai pengajaran dimasa hadapan =p cik njang ada 7 orang anak, 2 orang duduk kat kL, sorang lagi tentera laut kat sabah, yang lain stay kat kedah.. cik njang sebenarnya baru pulang dari sabah, cuti-cuti Malaysia kat rumah anak dia.. meriah betul.. time umur dah meningkat nie la orang-orang lama nie g bercuti, maklumlah time muda sibuk berkerja..

Masa dah nak masuk kawasan kL, cik njang bagi ana kerongsang.. cantik, cik njang buat sendiri taw! terharu pula rasanya, uhuk,uhuk.. then, dalam bas tue gak cik njang bagi ana ulam-ulam, daun kari, cili padi yang ditanam sendiri dekat kawasan rumah dia :) habis berbau satu bas bau daun kari, hihihi.. selamat tak ditegur oleh pemandu bas.. alahai~ terima kasih makcik hamimah ^_@


Selepas sampai kat jalan Duta, cik njang ada bawa 2 buah kotak buah conen (buah kuini).. dapat la 4 biji, sonoknya!! buah favorite my mum~ anak dan menantu cik njang yang duduk kat cheras yang datang ambik cik njang kat jalan Duta.. ana pula terpaksa naik teksi, maklumlah.. si perantauan, hehehe.. kami siap bertukar-tukar nohp gitu, chewah~


moga hubungan kami berpanjangan hingga ke akhirnya, aminn..


cik njang pesan: "nanti datang kedah, mai la umah.. sampai Shahab Perdana, nanti cik njang datang ambik" =) so sweet rite? insyaALLAH, ada rezeki ana akan sampai umah cik njang..




nota Mamie: Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali ^_^

25 May 2011

Everything's 42~

Jadilah seperti KUMBANG~


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas segala macam nikmat yang diberi.. syukur tak terhingga, alhamdulillah..

Sahabat-sahabat pernah dengar pepatah ini tak:

"Bunga bukan sekuntum, Kumbang bukan seekor"

Kata-kata yang sering kita beri pada seseorang bila berlakunya perpisahan, betul tidak? =) walaupun bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor, tapi dialah bunga@kumbang yang terpelihara, mana mungkin kita mahu melepaskannya.. aduhai~ sudah melalut pula enty Jadilah seperti KUMBANG nie.. main point dia bukan lelaki, yang mana sering di kaitkan dengan kumbang.. tapi, betul-betul kumbang, sejenis haiwan, serangga ciptaanNYA..

Kenapa ana kata jadi seperti kumbang??

Cuba sahabat-sahabat lihat kumbang yang ada di sekeliling.. *kat uum ada byk kumbang*..
Pernah dak tengok masa mereka jatuh, tergolek dan terlentang?
Jika diperhatikan betul-betul, once mereka jatuh, dalam keadaan terbalik, susah nak bagun semula.. Tetapi, disebabkan semangat yang kental untuk hidup, mereka berusaha dan terus berusaha.. never give up!! ALLAH telah ciptakan kumbang-kumbang sebagai serangga yang unik, bermanfaat, tiada sia-sia..

“Dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan Kami, Tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia” (QS Ali Imron:191).

Kebanyakkan kumbang dikaitkan sebagai serangga perosak.. tetapi, walaupun ia serangga perosak ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biology ^_^ sebagai contoh, kat ladang tebu.. if terlalu banyak tikus, tak boleh gak, nanti rosak tebu-tebu tue.. that why adanya ular kat ladang tebu untuk makan tikus-tikus nie.. then ada pula helang untuk makan ular-ular.. inilah yang dikatakan ekosistem yang seimbang, chewaah! sains tingkatan bape tah belajar =p

Hah, kembali pada kisah kumbang yang never give up.. cuba sedaya upaya nak bagun semula, cuba untuk berada dalam keadaan yang asal.. so that, mereka boleh terbang semula untuk teruskan hidup.. bila kita selidik kembali, kebanyakkan kumbang-kumbang akan mati dalam keadaan terbalik, dalam keadaan mereka tengah berusaha untuk bagun semula.. mungkin badan kumbang yakni cengkerang dia berat sangat, that why tak boleh bangun.. inilah indahnya ciptaan TUHAN..




Semasa ana google cari maklumat mengenai kumbang, ana terjumpa story mengenai "Kisah perang antara labah-labah dengan seekor kumbang yang besar" di blog http://langkahmindapositif.com/

Ceritanya begini


Seekor labah-labah kecil sibuk menyiapkan jaringan sarangnya di celah ranting di sebatang pokok. Usahanya hampir selesai dan labah-labah kecil ini sudah membayangkan ia sudah boleh berehat sambil menanti akan mangsa kecil melewati sarangnya dan tertangkap.

Pun begitu, seekor kumbang yang besar dengan sengajanya melakukan aksi stunt dengan kelajuan tinggi lalu merempuh sarang si labah-labah kecil itu lali memusnahkannya sama sekali.

Mujurlah si labah-labah kecil terselamat daripada rempuhan tersebut.

Tetapi begitulah kejadiannya, setiap kali si labah-labah kecil berjaya menyiapkan sarangnya, setiap kali itu juga si Kumbang akan terbang merempuhinya.

Tidak tahan dengan kejadian itu, si labah-labah kecil itu mengadu kepada Raja Labah-labah. Raja Labah-Labah begitu simpati dengan nasib yang menimpa si labah-labah kecil. Lalu si Raja memberi cadangan….

Keesokannya, terdapat belasan sarang labah-labah di belakang sarang si labah-labah kecil. Raja Labah-Labah terlah mengarahkan sarang-sarang tersebut dibuat bukan sahaja untuk membantu si labah-labah kecil, tetapi juga ia akan menjadi perangkap maut untuk si kumbang.

Sebaik sahaja matahari mula menyinar, kumbang kembali terbang dengan niat untuk merempuhsarang si labah-labah kecil. Kumbang akhirnya menyedari, akan adanya belasan sarang labah-labah lain sewaktu ia semakin menghampiri targetnya, namun sudah terlambat ia untuk mengelak.

Rempuhan kali ini sememangnya masih memusnahkan sarang si labah-labah kecil dan beberapa sarang yang lain, tetapi akhirnya Kumbang terperangkap di sarang labah-labah yang lain yang mempelahankan kelajuan rempuhannya.

Sebaik sahaja kumbang terperangkap, kesemua labah-labah termasuk si Raja Labah-labah dan si labah-labah kecil menyuntik racun ke badan si kumbang lalu membunuhnya.

Moral cerita ini adalah, selemah mana pun kita..jika bersatu padu serta menggunakan helah pasti mampu menumbangkan lawan yang jauh lebih gagah. InsyaAllah





nota Mamie: walau apa pun, dan siapa pun kita, kita punya kelebihan masing-masing.. jadilah seperti apa yang kita inginkan.. nak jadi gajah pun boleh =p

04 May 2011

Everything's 39~

Past, Present & Future~


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...






Terpanggil lagi untuk menulis sesuatu pada ruang maya ini walaupun diri ini sedar, diri ini tidak layak untuk berkata-kata.. tidak layak untuk menegur sesiapa, tidak layak untuk menasihati sesiapa.. maafkan daku..



Ana dapat kata-kata di bawah ini dari FB seorang sahabat.. ana copy *without her permission, sorry yea*
Ana baca berulang kali, ana cuba fahami apa kata-kata ini cuba sampaikan..dan akhirnya ana faham..


Cuba sahabat-sahabat fahami, selami kata-kata ini, moga kita semua mendapat rahmat drNYA, amin...



"Allah does not judge you on how bad you have been in the past, but rather on how good you strive to be NOW"




nota Mamie : aku berdosa pd manusia, maafkan aku ='(

06 January 2011

Everything's 37~

ABC??

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...

Setinggi-tinggi syukur kepadaNya atas segala nikmat yang telah dikurniakan tanpa meminta sebarang pembalasan, dan itulah sifat Allah swt yakni Ar-Rahman ^_^ Allah yang Maha Pengasih, kasih sayang yang dicurahkan tidak berbelah bahagi, kasihnya pada yang Islam serta kafir, yang baik mahupun jahat, yang soleh ataupun sebaliknya.. Alhamdulillah atas segalanya, Ya Allah.. Jadikanlah kami dari hambaMu yang bersyukur..


ABC - Air Batu Campur

A for Apple

B for Ball

C for Car

hehe, entry nie bukan nak mengajar ABC duniawi, tapi ABC yang ada relate dengan ukhrawi ^_^


Hah, bila seseorang wanita itu ABC (Allah beri cuti), ada beberapa benda yang dia tak boleh buat.. contohnya solat, megaji (melainkan dia dah hafal) dan sebagainya.. enty yang lebih kepada kaum wanita

Jadi, ada seorang sahabat ana beri suggestion.. dia kata after jak azan, dia soh ana istigfar + selawat sebanyak 10x.. if terlupa nak istigfar + selawat time subuh contohnya, dia soh ana 'qada' semula ^_^ benda nie bukan wajib pun, tapi ia adalah salah satu alternatif lain yang kita boleh buat semasa ABC :) tak salah pun cuba, malah berganda-ganda pahala dapat, hehe.. lagi pun ia melatih kita istiqomah :) bila tak ABC pun kita yang dah terbiasa istigfar + selawat after azan, then secara automatiknya kita akan istigfar + selawat, amacam? best rite? ^_^ ana pon kadang-kadang if tak ABC, miss gak buat, heheh.. tapi bila ABC, alhamdulillah, tak ingat nak buat after azan, ana 'qada' pada waktu lain, hihi.. manusia mudah lupa, lalala :P


"aku memohon ampun kepada Allah yang tidak ada Tuhan selain Dia, yang hidup dan selalu jaga; dan aku bertaubat kepada-Nya"


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.

Sabdanya yang bermaksud:

Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.



Rasulullah SAW telah bersabda bahawa : Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barangsiapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."



Subahanallah, Maha Suci Allah ^_^
Jadi, apa tunggu lagi, let's practice it :)
Tak rugi apa-apa pun, malah kebaikan yang diperolehi..
Perbetulkan niat, pasti ada jalan untuk kita..

Untuk lebih pembacaan, sila baca disini - Istigfar Pengubat Dosa


nota Mamie : jangan bercakap time azan :)



~Islamic_Muslimah@ThEfLaSh~

04 January 2011

Everything's 36~

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...

Allah itu sifatnya Maha Pengampun, Pengasih, Penyayang.. Pernah diceritakan bahawa, ada seorang hamba Allah ini berbuat dosa, lalu dia memohon ampun dan bertaubat atas dosa yang telah dilakukan.. dan, sifat manusia pula sering mengulangi perkara yang dilarang.. lalu, hamba ini mengulangi dosa yang pernah dilakukan sebelum ini dan bertaubat semula, Allah tetap mengampuni dosa si hamba itu.. hamba itu mengulangi semula dosanya dan bertaubat, Allah masih mengampuni dosa si hamba, sehiggakan ana diberitahu hamba itu mengulangi dosa tersebut dan bertaubat lebih 5 kali.. apa jua dosa yang kita lakukan, dan kita bertaubat sesungguhnya, maka Allah tetap mengampuni kita.. selagi roh tidak sampai ke halkum, kita masih ada masa lagi untuk bertaubat..


Aduhai~
Tak pandai betul ana nak ulas cerita yang ana dengar, tak sedap dan tak memberi rangsangan rasanya kpd pembaca, huhuhu.. Ana time di ceritakan perihal ini, ana tengah khusyuk layan KFC, Zinger Burger yang baru tue, adoi.. if ada kat tempat yang sesuai, pasti dan pasti ana dah catit agar dapat disimpan ^_^ cerita tue panjang sebenarnya, siap ada hadis yang menyokong, tapi.. maklumlah ana nie insan yang lemah, daya ingatan tak berapa tajam pula, huhuh.. apa-apa pun, ana dah lama tak rasa perasaan yang ana alami ketika itu, sungguh mengasyikkan ^_^ i'll remember that moment until i die, chewah~ love KFC very much! nyam, nyam..

Cuti semester hampir tamat.. student IPTA yang lain semua dah daftar semester baru, tapi kami IPTA Utara lewat 2 minggu, seronoknya :) cuti kat rumah ini ana hanya habiskan masa dengan family dan TV saja, iskh2 terukkan? :P setiap hari ana akan buka ASTRO Ceria, channel favorite ana.. dan cartoon paling syo0k dan best is DETECTIVE CONAN! never miss it..



Serba sedikit mengenai carto0n nie :-

Pada permulaan cerita, pelajar yang berusia 17 tahun yang bernama Kudou Shinichi telah menjadi budak lalu bertukar nama kepada Edogawa Conan. Shinichi pada mulanya telahpun terkenal sebagai detektif remaja di bahagian timur Jepun (Tokyo). Pada suatu hari, Shinichi pergi ke taman permainan yang bernama "Taman Tropika" bersama Ran Mouri . Dia terlibat dengan kes apabila penunggang roller coster, Kishida, hilang kepalanya. Dia berjaya menyelesaikan kes tersebut dan ketika kepulangannya, dia menyaksikan satu pertemuan yang berlaku melibatkan sekumpulan lelaki yang memakai pakaian serba hitam. Malangnya, kehadirannya telah diketahui oleh salah seorang daripada mereka dan mereka memukul dan memberinya racun ujian yang bernama Apotoxin-4869 (APTX4869), yang sepatutnya membunuh Shinichi. Walau bagaimanapun, racun itu tidak membunuhnya tetapi sebaliknya, mengecutkan badannya hingga ke saiz pelajar sekolah rendah.

Dengan mengikut nasihat Dr. Agasa Hiroshi, Shinichi menyembunyikan identiti dan kisah sebenar kerana dikhuatiri akan diketahui penjahat berpakaian hitam tadi. Apabila Ran menanyakan namanya, Shinichi terlihat buku karangan Arthur Conan Doyle dan Edogawa Ranpo yang menjadikan namanya "Edogawa Conan." Agasa mengatakan yang "Conan" adalah anak saudaranya tetapi terlalu sibuk untuk menjaganya lalu mencadangkan "Conan" tinggal bersama dengan Ran, yang kemudiannya dipersetujui oleh mereka berdua.

Bapa Ran, Mouri Kogorou juga seorang detektif tetapi tidak begitu cekap. Conan sering menyelesaikan misteri untuknya. Dengan penampilan Conan yang hanya seorang budak, pihak polis jarang pedulikan Conan. Maka, Conan mempergunakan Detektif Mouri dengan menyuntiknya "jarum bius" dan berpura-pura menjadi Mouri dengan menggunakan pengubah suara yang ada di reben lehernya.

Sumber dari Wikipedia~


On day my sis said, "Aik, ko tak tengok kartoon ka? pelik-pelik.."
Me replay, "Tengok, tapi cerita owang putih nie best lorh.."

lebih kurang macam tue la dialognya, huhu.. umur dah menigkat, tapi cite cartoon tak leh lepas, iskh2.. ^_^


p/s: layan duniawi layan gak, tapi jangan lupa hal ukhrawi Noor Hana.. sibuk dengan majlis Walimatulurus bulan 2 nie, beli itu beli ini, lalala.. dan mem'busy'kan diri mencari tempat praktikal ^_^

~Bertaubatlah sebelum nafas terakhir~



~Islamic_Muslimah@ThEfLaSh~

24 December 2010

Everything's 35~

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...

Alahmdulillah, akhirnya dapat jua ana membuka dan meng'update' blog yang dah bersawang nie, sudah sebulan lebih ana tak update blog ana.. Syukur padaNya kerna di beri kesempatan lagi untuk beribadah dan seterusnya bertaubat atas segala dosa.. Walaupun kadang-kadang kita sedar bahawa Allah memberi kita peluang untuk bertaubat, tapi tidak kita gunakan peluang itu, malah masih lagi melakukan kemungkaran.. mengapa yea? persoalan yang sering ana tujukan pada diri ana khasnya.. esok buat maksiat, then terasa berdosa, lalu memohon ampun dan bertaubat.. tapi, taubat itu bukanlah sebenar-benar taubat.. hanya solat taubat 2 rakaat, without air mata mengalir menginsafi diri, kadang-kadang dan jarang-jarang sekali air mata mengalir, without penghayatan dan kekhusyukkan semasa melakukan solat sunat itu.. adakah pintu hatiku telah di tutup? adakah masih ada pintu taubat untuk ku?



Ana tinggalkan persoalan itu sebagai tanda tanya buat ana dan sahabat-sahabat fikirkannya..

Now, im in semester break.. so happy to stay at my home sweet home, with my family.. i got new family members, which is Abg Zul, my sis husband, nikah 03/12/2010.. dont know how to react if face 2 face with him, mesti tak senang duduk ana dibuatnya.. maklumlah, strangers become family, wohaa~ Anyway, he is friendly type, so i think it easy to us get along :) Sis, now ur wife for someone, i feel so happy for you.. next year i got 2 strangers sister..both my brother will get marry.. makan nasi minyak jak tahun depan, yehaa~ bulan 2 kakak ana yang baru nikah tue bergabung dengan abang kedua ana buat Walimatulurus, bulan 6 pula abang 1st pula.. kira next year berat badan bertambah lah.. ramai sepupu ana akan melangsungkan perkahwinan tahun depan, kira tiap minggu ada kenduri..heheh

Sis Dila & Abg Zul ^_^
(moga kekal higga ke akhir hayat, amin3..)

Actually, ana ada banyak benda nak share dalam blog nie.. tetapi, disebabkan beberapa noktah yang menghalang, ana terpaksa akur..



p/s: heheh, saje tulis in english sikit, walhal english berterabur, grammer hilang tah kemana..huhu.. dapat ilham cakap english dr blog sahabat ana, so saje nak try :p if ada salah eja, ayat, grammer, just abaikan yea :P

** Ingin ku bercerita mengenai DIA, tetapi diri ini masih lagi tercari-cari.. moga akan ada kekuatan, ilmu dan iman untuk ku bercerita mengenaiNya... insyaALLAH ^_^



~Islamic_Muslimah@ThEfLaSh~

07 November 2010

Everything's 34~

SELAMAT HARI LAHIR~


Sayidina Ali:
“Manusia semua tidur, bila mati baru mereka terjaga.”

Kata-kata itu menusuk ke lubuk hati. Merobek-robek sisa-sisa kegembiraan yang masih tersisa. Apakah kita masih tidur? Ah, tidur yang sangat panjang kalau begitu.



Teringat pula kata Imam Ghazali:

“Ada manusia yang sedang ketawa ria, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekan.”

Ya, esok (08 november ) ulang tahun kelahiran Noor Hana Binti Ibrahim(aku). Sudah hampir separuh abad aku bernaung di bawah langit-Mu ya Allah. Belum pun aku terasa menjadi hamba-Mu yang sebenar. Masih berpura-pura. Alangkah alpa dan berdosanya aku. Apakah sisa umurku masih panjang? Atau hanya seketika lagi. Aku tidak pasti. Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjang umur, hakikatnya umurku semakin pendek. Bukankah tarikh mati setiap insan sudah ditetapkan? Dan hari ini, esok dan lusa aku menapak lagi… semakin hampir pada tarikh kematian yang dijanjikan. Duhai, tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari jadi… selamat pulakah hari matiku?

Aku belum bersedia untuk bertemu-Mu ya Allah. Walaupun aku tahu, siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu. Ya, Allah… segala kekuatan hanya pada-Mu jua. Kau yang Maha tahu apa yang terbaik untukku. Aku merayu pada-Mu ya Allah, pada tarikh ini. Untuk mengemis keampunan-Mu dengan tangan yang berdosa, dengan hati yang tercela. Jika tidak mengenangkan yang Engkau Maha Pengampun, aku tidak akan datang ya Allah. Rasa malu dan hina untuk meminta. Apakah aku diterima?


Ya, Allah di hari ini, kupinta dileraikan kusut fikirku. Mohon dijinakkan nafsu liarku. Tenangkanlah gejolak hati ini. Wahai yang Maha Adil, kutiplah aku untuk menumpang sekalipun di pinggiran rahmatMu. Walau sering aku lupa, tetapi aku sentiasa mendamba. Entah mengapa gelombang rasa ini sering datang dan pergi. Gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang. Jangankan mutmainnah, malah ammarah pula yang sering melanda. Kekadang aku sendiri bertanya, akukah aku ini? Terasa diri bersalin dua, tiga dan… Ya, Allah, jauhkan aku dari topeng munafik yang menipu-daya ini.

Aku bukan Hanzalah yang mencurigai dirinya munafik walau taqwanya melimpah. Bukan juga Umar Al Khattab, yang tega memukul diri walaupun sedikit berdosa. Pun bukan seumpama Rabiahtul Adawiyah yang sentiasa berkata:

“Sesungguhnya istighfarku memerlukan satu istighfar lagi.”

Aku juga tidak mampu menangis kerana dosa… Hatiku keras amat. Kucuba menangis dengan merasa kesal. Tapi gagal. Mengapa aku tidak mahu menangis kerana gagal menangis. Ya Allah, kerasnya hatiku ini. Mohon dilembutkan. Atau mohon aku diberi ‘hati’ yang lain. Hati yang ada ini bagaikan sudah mati ya Allah.

Aku kembara telah jauh. Namun kolam hatiku kian keruh. Beban tambah berat, diriku kian penat. Urusan kian payah. Jiwa semakin gundah. Justeru, mudah-mudahan di hari lahirku ini aku akan ‘dilahirkan’ semula. Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingatiMu. Yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap. Takut, kalau-kalau dimurkai. Harap-harap, minta-minta diampuni.

Buat sahabat, teman dan kenalan… terimakasih atas ingatan kalian. Pada yang jauh, maafkan aku kerana gagal mendekat. Pada yang hampir, maaf kerana tidak pandai membelai. Akhirnya terimalah secebis kata ini, (mungkin ini pun masih dari terowong jiwaku yang gelap gelita.)…


“Marilah kita hidup… seperti orang yang menanti mati, kerana ingat mati itu… akan mengecilkan segala derita, akan mencairkan segala alpa, kiranya inilah detik terakhir, marilah kita mulakan semula walau yang masih tersisa hanya sedetik cuma… itu lebih bermakna!”


Ah, kata pujangga, kita akan temui semula sesuatu di tempat yang kita kehilangannya. Dan sesuatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada suatu permulaan yang lebih baik. Ah, teringat ungkapan dalam bahasa Inggeris yang pernah menjadi hiasan meja sewaktu belajar dahulu:

"In life, what sometimes appears to be the end is really a new beginning…"


Mudah-mudahan. Ini permulaan yang baik. Amin Ya Allah!



p/s: entry ulangan pada 7nov2009.. moga ia menjadi iktibar dan pemangkin semangatku serta sahabat-sahabat2 sekalian, syukron uhibbu~ bergenang air mataku tatkala menghayati kata-kata diatas..



Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa yang pernah hambaMu ini lakukan secara nyata mahupun tersirat.. sesungguhnya dosa-dosaku ini ibarat seluas lautan dan setinggi gunung milikMu Ya Allah.. Kau panjangkanlah usiaku agar dapat ku terus bertaubat serta beribadah kepadaMu, berilah aku peluang untuk menjadi dan merasa hamba kepadaMu Ya Allah.. Ya Allah, jangan Kau biarkan aku leka dengan urusan duniawi ku, aku semakin jauh denganMu Ya Allah.. pimpinlah aku seadanya, bawalah aku untuk mengenali dan mencintaiMu lebih daripada segalanya.. berilah aku perasaan itu Ya Allah.. berikan kepadaku Ya Allah.. aku ingin merasainya walaupun hanya sekali sebelum Kau memanggilku.. degarlah luahan hati kecilku ini Ya Allah..

Sudah hampir 24thn aku berpijak di muka bumi Mu Ya Allah.. tapi, tak pernah sekali pun aku merasai seperti hambaMu yang lain.. Ya Allah, pupuklah diri ku ini perasaan TAKUT, CINTA dan RINDU pada Mu Ya Allah.. amin..


~Islamic_Muslimah@ThEfLaSh~

06 November 2010

Everything's 33~

Ayaq Bah Kedah :(


Air sungai depan umah tok yang melimpah menyebabkan umah tok ana pon banjir di masuki air.. Aras banjir masuk umah tok sampai paras dada lebih kurang :( Kerja-kerja pembersihan di sekitar umah tok sedang di lakukan oleh mak cik dan pak cik ana.. Ana tolong 'tengok' jew, hehe.. Dalam umah tok dah di bersihkan, banyak juga peralatan, baju-baju yang rosak.. Bangkai ayam, kucing juga turut di temui, sungguh tragis kematian mereka :(



Area Kuala Sungai..
Sewaktu perjalanan pulang dr KL ke Changlun.. (4/11/2010)
Sawah bendang telah di telengami air, kelihatan seperti seluas lautan..
Kami terkandas di tempat kejadian lebih kurang 2jam lebih, kesesakan lalu lintas berlaku, air deras..



Banjir telah masuk ke kawasan kilang-kilang, hampir menutupi signboard kilang :(



Permulaan banjir di Kuala Sungai..



Jalan dari Sahab Perdana nak ke Changlun di tutup berikutan banjir yang melanda kawasan Jitra.. Bus yg ana naik sebenarnya pergi ke Kangar, di sebabkan tak dapat lalu Jitra, bus tue lalu jalan ke Kuala Perlis.. ana turun kat terminal Kuala Perlis, then Pak Su ana datang ambik, alhamdulillah.. if jalan dr Changlun ke Kuala Perlis tutup, comfirm ana bermalam di hotel dekat-dekat area terminal tue, hihi.. Haa, dah tahu banjir, kenapa ana mahu pulang ke UUM juga yea? untuk pengetahuan ramai, masa ana odw nak ke kedah, dah sampai kat area Perak, ana baru dapat mesej mengenai penundaan final exam.. alahai~
If ana dapat tahu awl mengenai penundaan exam, comfirm ana tak balik kedah lagi, baik ana sambut depavali + haji kat KL, lalala~ tak palah, ada hikmah di sebaliknya, betul dak? ^_^ Final Exam dah di tangguhkan, so ana start exam pd 24hb nov nie.. if ikutkan jadual yang lama, ana exam 11hb :) so, i still have time to study.. masa duduk kat umah ana tak study pon, huhu.. tarikan rumah tue kuat sangat, tak dapat nak fokus study, iskh2.. alasan je kan? hehehe..


Now ana di hostel suda.. aik? mana semua orang? sunyi jak.. ~_~
Adoi!! bila ana balik hostel, mereka semua sudah pulang ke kampung halaman masing-masing, maklumlah exam dah di tunda..cuaca pon tak menentu kat utara nie.. since ramai student yang balik kampung, hope kafe masih buka la, if tak buka, kebuloq la kami di sini, chewah~



p/s: Kepada mangsa-mangsa banjir, bersabarlah atas ujian yang menimpa.. moga ada sinar di akhirnya, amin :)
~Islamic_Muslimah@ThEfLaSh~

10 September 2010

Everything's 32~

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...

Salam Syawal, Salam Lebaran..

Lebaran tahun ini bukanlah lebaran yang ku impikan, penuh dengan kepahitan, penuh dengan kekecewaan.. tetapi, Syawal tetap Syawal, i've to celebrate it.. ini adalah hari kemenagan bagi umah Islam.. hati sudah tawar.. setawar ikan di kolam air tawar..



p/s: .......................... tiada kata bisa ku luahkan, hanya kemaafan yang ku pinta darimu..

08 September 2010




SALAM LEBARAN buat sahabat-sahabat yang mengenali diri ini..
Ampun dan maaf ku pinta kiranya ada salah dan silap semasa kita bersama..
Terkasar bahasa, Tersalah kata, Terngumpat dalam segaja, Terpukul kat mana-mana semuanya dari diri ini..
Moga ia di lupakan dan ukhuwah ini terjalin hingga ke hujungnya..
MAAF ZAHIR & BATIN ^_^


p/s: halalkan apa yg terambik, termakan dan sebagainya.. moga sahabat2 yg berada di seluruh pelusuk dunia bergembira di hari raya ini, termasuklah di Sabah & Sarawak khususnya :)

12 August 2010

Everything's 31~

TETAMU RAMADHAN


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...

Alhamdulillah, bersyukur tak terhingga kerana masih lagi bernyawa hingga 2 Ramadhan hari ini.. alhamdulillah, ana dan sahabat-sahabat masih lagi dapat menikmati Ramadhan tahun ini, tetapi.. esok hari adakah kita pasti akan berada dalam Bulan Ramadhan lagi? atau kita sudah berada dalam Alam Barzakh? persoalan ini yang sering kita nantikan jawapannya walaupun sudah pasti kita tidak mengetahui akannya..

Cuaca yang mendung dibumi Sintok seakan merasai kehilangan dibumi KUIS..

12 Ogos 2010 bersamaan 2 Ramadhan 1431H, telah perginya seorang hamba Allah menghadapnya.. perginya takkan kembali lagi.. pergi untuk selamanya.. Dialah TETAMU ALLAH yang sangat Allah nantikan.. Matinya dalam keadaan yang mulia, dihari dan bulan yang mulia, sungguh indah, tidak semua orang berpeluang mati sepertinya.. sahabat-sahabat lain ada yang cemburukan arwah, cemburu kerana dialah TETAMU ALLAH.. cemburu kerana Allah pilih dia, dan bukannya kita..

Ana ada terbaca kelebihan bulan Ramdhan dan antaranya ialah Pintu neraka ditutup.. Yakni pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan. Wallahualam..

Allahuakbar! Indahnya mati dibulan Ramadhan.. ada yang menanti-nantikan saat itu.. moga arwah berada sebaris dengan para mujahidin, amin..

Sambil ana mencoret dalam blog ini, tangan dan mata ana tangkas mencari sesuatu untuk tatapan rohani.. walking punya walking dalam alam maya nie, ana terjumpa tazkirah oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, menarik tazkirahya.. harap sahabat-sahabat dapat sesuatu dari tazkirah tue.. <Darul Syifa>

Antaranya yang ana dapat is Doa Bulan Ramadhan, marilah kita amalkannya agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita, insyaAllah..

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni”
(maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).


Marilah kita bersama-sama mengambil peluang Ramadhan dan "GRAND SALES" yang sedia ada ini untuk Allah ampunkan dosa kita semua. Dan jadikan Ramadhan kali ini yang terbaik seumpama ini adalah Ramadhan kita yang terakhir..


p/s: Al-Fatihah kepada Tok Siak Masjid Al-Azhar(KUIS)..


Innalillahi wa innailaihi rojiun..
Allahumma jurni, fi musibati, wa akh lifhi, khoiron minha..

Maksudnya:
Dr DIA kita datang, dr DIA jua kita kembali..
Ya Allah, berikanlah pahala atas musibah yang menimpa aku, dan gantikanlah yang lebih baik daripadanya..

amin..



~Islamic_Muslimah@ThEfLaSh~