Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Assalammualaikum wrt wbt...
Alhamdulillah, kerana ana masih di beri kesempatan untuk mencoretkan beberapa titik noktah dalam ruang legar maya ini.. entry kali ini ana tujukan khas pada SAHABAT ana, h0hoh0ho..
^_^ ini senyuman manis yang ana berikan pada sahabat ana, hoh0hoh0.. kenapa? kerana dia telah membuat keputusan yang bijak.. keputusan apa? biarlah ana, dia dan Allah swt sahaja yang mengetahuinya.. ana tidak akan salahkan dia mahupun sesiapa, kerana masing-masing ada hak untuk membuat keputusan.. : ) syukron atas segalanya... moga Allah memberkati dirimu..
Ana hormat dengan keputusan yang sahabat buat, ana tidak akan pertikaikannya kerna ana tahu kehadiran ini akan menjauhkan diri kita dari Yang Maha Pencipta : ) moga pengalaman ini bukan menjadi titik noktah pada kita, tetapi ia menjadi titik permulaan, amin..
p/s: Sahabatku Maryam Abdul Rahman, syukron atas pisang tue, 5 bijik kot, banyak tue... dah macam "monyet" pula rasanya diri ini, hahaha :P
Pertama-tamanya dan selama-lamanya marilah kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerna masih lagi memberi peluang dan ruang untuk kita menghirup udara di muka bumi ini, Alhamdulillah.. Tetapi, adakah dengan hanya mengucapkan “Alhamdulillah” ia sudah cukup untuk menyatakan betapa kita berterima kasih padaNya?? La!! “TIDAK!!”.. Sebenarnya, banyak cara yang kita boleh lakukan untuk mempersembahkan ucapan TERIMA KASIH kita pada Yang Maha Pencipta.. Bagaimana? Ya, soalan ini yang perlu kita tanyakan pada diri sendiri khasnya.. Sebagai contoh, adakah kita melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang? Adakah kita bersolat hanya kerana adat? Adakah kita berpuasa hanya kerana agama kita Islam sejak kecil lagi? Bagaimanakah cara kita? Tepuk dada, Tanya iman..
Mood ana sekarang tenang.. kenapa ana harus memberi tahu keadaan ana sekarang yea?heheh.. if ana tidak tenang, maka terhasillah karya yang “weng-weng”.. tadi petang mood ana agak berkecelaru kerana baru melepasi saat genting yang amat frustrated, dimana ana baru selesai exam midterm. Tetapi, amat menyedihkan apabila pembukaan midterm exam kecundang, ana tak dapat jawab soalan exam tue : ( Tak apa lah, bukan midterm exam yang menjadi titik perkongsian ana pada entry kali ini, tetapi.. TITIK NOKTAH..
Apa yang sahabat-sahabat paham dengan titik noktah ini? Adakah ianya hanya berfungsi sebagai tanda baca dalam karangan? Adakah kita boleh letak titik ini --> “.” dimana-mana kita suka?tidak.. setiap permulaan ayat, akan kita akhirinya dengan titik noktah “.” Begitu jualah dengan kehidupan kita yakni setiap kelahiran, pasti dan pasti akan ada kematian. Tapi, bila ia akan berlaku?? Adakah sahabat-sahabat tahu bila tarikh kematian kita? Alangkah beruntungnya sekiranya kita mendapat tahu bilakah tarikh itu, bolehlah kita bersiap sedia menempuh saat itu. (Rujuk post Tanda-tanda kematian)
Pada 4 Februari 2010, bersamaan 19 Safar 1431 Hijrah, hari Khamis, pulanglah seorang hamba Allah swt ke pangkuannya. Pemergiannya tiada siapa yang sangka. Punca kematian tiada siapa duga. Tetapi, itulah hakikat yang telah tertulis di Arash-Nya, itulah rahsia Allah swt. Ana ingin kongsikan serba sedikit mengenai kematian beliau dan ia nya bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak, tetapi ia sebagai peringatan pada diri ini khasnya dan umumnya pada muslimin muslimat. Arwah adalah seorang muslimin, pelajar tahun 1, semester 2.. ana memang tak berapa kenal sangat junior-junior nie walaupun 1 dewan penginapan, if satu batch ana kenal la gak.. menurut sumber yang boleh dipercayai, arwah sejak kebelakangan ini mengalami tekanan, yakni stress..Stress mengenai apa, ana kurang pasti..arwah terkena “hysteria”.. makhluk halus menguasai dirinya dan ia cuba untuk melompat ke dalam ….. boleh di kategorikan sebagai gaung kot.. sewaktu kejadian, ana baru pulang dari class..semasa sampai ke dewan penginapan, ana lihat ramai orang sedang berkerumun..dalam fikiran ana tertanya-tanya, “what’s going on?”. Masih tidak tahu apa jawapannya. Sampai di masjid, baru ana tahu rupanya ada student lelaki kena hysteria. Then, ana teruskan aktiviti ana di masjid, class Tajwid dgn Ust Rahimi. Lepas maghrib ada wat bacaan Yasin & Tahlil. Then, makan dalam talam dengan jemaah. Selepas makan, tiba-tiba ada pengumuman. Pengumuman mengenai kematian seorang pelajar dari dewan penginapan kami, innalillah.. siapa yang mati?? Ya, dialah pelajar yang petang tadi kena hysteria. Menurut sumber, selepas arwah tadi diangkat dari gaung, dia di bawa ke pejabat untuk berubat, tapi malangnya ‘makhluk’ itu sungguh kuat..lalu, arwah di kejarkan ke hospital..arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital Alor Star..
P/s: harap maaf sekiranya cerita ini banyak terpesong dari cerita asal, sesungguhnya bukan jalan cerita yang ana ingin tekankan, tetapi mesej di sebaliknya..
Sahabat-sahabatku, pernahkah kita terfikir untuk mati dalam keadaan yang tenang, mudah dan ringkas?? Pastinya ada diantara kita teringinkan mati dalam keadaan tidak sakit, mati di atas katil yang empuk, mati ketika tidur, mati sambil tersenyum, mati di dalam rumah kesayangan, mati di pangkuan orang yang kita sayang dan sebagainya. Tapi, pernahkah terlintas dalam benak fikiran kita, kita akan mati dalam keadaan yang tidak di duga? Mati digilis lori, mati dilanggar basikal, mati ketika jatuh longkang, mati time kena hysteria, mati dibunuh dan dikerat 14, mati tercekik tulang ikan pari, mati ketika menaiki kapal terbang, mati di rogol, mati ketika berzina dan sebagainya, nauzubuillah.. dimana kita akan mati, dan bagaimana caranya adalah urusan dan rahsia Allah swt..tiada siapa yang mengetahuinya.. sesungguhnya, ketahuilah yang saat KAMATIAN itu adalah pasti, itulah janji ALLAH SWT pada hambanya..
Katakanlah! “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, pasti akan menemani kamu. Kemudian kamu akan kembali kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Lalu Dia memberitahukan kepada kamu apa yang kamu lakukan.
Surah Al-Jumuah (Hari Jumaat), ayat 8
Di mana sahaja kamu berada, nescaya kematian itu akan menemui kamu, sekalipun kamu berada dalam benteng yang tinggi, kuat dan kukuh.
Surah An-Nisa’ (Wanita), ayat 78
Sebenarnya, tidak tergambar perasaan ana ketika mengetahui perkara ini. Masih terbayang-bayang keadaan huru-hara, gelak tawa..tatkala malam menjelma, ana terkenang sendirian memikirkan bagaimana keadaan arwah sekarang..apa yang roh dia tengah buat?malaikat sedang bersoal jawab ke dengan arwah sekarang?dan sebagainya..yang menyebabkan ana berasa gentar dan takut untuk menghadapi kematian.. apa ana nak jawab nanti bila Allah swt tanya ana??solat ana tak dapat membantu, ibadah ana pon sama.. hafazan?jauh sekali..akhlak?sebesar zarah pon tak pasti lagi..apa yang ana nak bawa bila berjumpa dengan DIA?DIA dah beri ana banyak peluang dan ruang untuk ana bercucuk tanam didunia ini yang mana hasilnya akan dihitung di akhirat sana, tapi ana tak gunakan ia sebaiknya..astafirullah..sedarlah wahai diri ini, bahawasanya dunia hanyalah sementara..bangunlah dari fantasi mu..
Sewaktu makan tengah hari bersama sahabat ana, Maryam, di kafe Kak Mona, kami berdikusi lagi mengenai kematian.. di saat itu tiada apa yang dapat menahan air mata ana.. deras ia mengalir sewaktu ingin menyuapkan makanan.. sungguh menakutkan kematian itu.. bagaimana perasaan ibu bapa arwah sewaktu mendapat berita mengenai kematian anak mereka? pastinya ia suatu mimpi buruk.. tatkala semua pelajar riuh dan sibuk membeli tiket balik kampung, rindu untuk bertemu keluarga, arwah terlebih dahulu bertemu denganNya.. sesungguhnya, benarlah kematian itu adalah TITIK NOKTAH hayat kita untuk bercucuk tanam di dunia.. hanya dengan berbekalkan iman dan amal dapat menerangi kita di akhirat sana..
Tafsir Fi Zilalil Quran berkenaan Surah AlQiyamah:-
"Di antara hakikat-hakikat yang besar yang dikumpulkan oleh surah ini dalam menghadapi hati manusia dan mengenakannya dengan satu kepungan yang ketat yang tidak dapat dihindari olehnya itu ialah hakikat maut yang kejam, yang amat ditakuti oleh setiap yang hidup. Tiada siapa yang berkuasa menolak maut yang berlaku pada setiap detik itu. Ia dihadapi semua orang, orang-orang dewasa dan kanak-kanak, orang-orang kaya dan miskin, orang-orang gagah dan lemah. Mereka semuanya sama sahaja di depan maut. Tiada sebarang helah dan ikhtiar, tiada berguna sebarang kekuatan dan pertolongan dan kesempatan untuk tempoh menempoh. Semuanya itu menunjukkan bahawa maut itu datang dari pihak yang tertinggi yang tidak mampu ditolak dan dihindarkan manusia"
Imam Ahmad r.a ketika melihat kubur, maka biasanya beliau berhenti dan duduk tercengang. Sedangkan ‘Uthman r.a ketika melihat kubur, maka biasanya beliau lantas menangis hingga pengsan…
P/s: semoga arwah di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh, amin.. marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kpd arwah agar ia tenang di sana..
"BERKONGSI BUKAN UNTUK MENGAJAR, TETAPI UNTUK BELAJAR"
Menurut buku SAKIT, Apakah Ubatnya? Penetelian daripada Al-Quran dan Hadis, keluaran WJSB Resources, ada diterangkan mengenai Tanda-tanda Kematian:-
“Sesungguhnya tanda-tanda kematian mengikut ulama’ adalah benar dan wujud. Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Diriwayatkan Rasullullah saw masih mampu memperlihatkan dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat baginda.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan, memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuklah mandinya, wuduknya serta kafannya sekali. Cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya, iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Belaiau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.”
Secara ringkasnya, ada 6 tanda sebelum kematian:
1) Tanda 100 hari sebelum mati - tanda pertama, lazimnya berlaku selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
2) Tanda 40 hari sebelum mati - berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang diletakkan di atas Arash Allah swt.
3)Tanda 7 hari – hanya diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang yang sakit tidak makan, tetapi secara tiba-tiba berselera.
4) Tanda 3 hari – terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Mata hitam tidak bersinar dan hidungnya perlahan-lahan jatuh dan dapat dikesan jika kita melihatnya dr sisi. Telinga akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kaki yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke hadapan dan sukar ditegakkan.
5) Tanda 1 hari – berlaku sesudah waktu Asar, akan merasakan satu denyutan di sebelah iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokkan harinya.
6) Tanda akhir – sejuk di bahagian pusat dan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucapkan kalimah Syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut.
Wahai sahabat-sahabat ku sekalian, adakah kita di antara hamba-hamba Allah yang akan menikmati tanda-tanda kematian? Adakah amalan dan ketakwaan kita dapat melayakkan kita untuk menikmati tanda-tanda itu? Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah swt semoga kita adalah di antara orang-orang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka tanda-tanda mati ini, agar kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan sama ada dari Allah swt mahupun dari manusia sendiri.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang
Assalammualaikum wrt wbt…
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih berada di atas duniaNya walaupun telah acap kali melakukan kesalahan, kemungkaran kepadaNya.. Alhamdulillah, kerana masih jua memiliki segala nikmat pancaindera walaupun kesemua pancaindera ini telah ku gunakan untuk melakukan kemaksiatan..
Ya Allah, kenapa Kau masih memberi ku kesempatan untuk bertaubat? Sedangkan aku masih seperti dulu.. tidak pernah berubah..masih melakukankan kemungkaran yang telah Kau larang.. kenapa Ya Allah? Kenapa? Kenapa Kau tak balas segala perbuatan ku padaMu? Sederas mana pun air mataku kini, tidak memberi apa-apa makna kerna aku akan mengulanginya.. berbuat dosa, dan meminta ampun, buat dosa then bertaubat, itulah kitaran hidup ku ... selepas berbuat dosa, menangis mengenangkan dosa yang telah ku lakukan.. apa nak jadi pada diri ini.. telah ku usahakan untuk menjauhinya, tetapi apakan daya..iman yang ada pada ku hanyalah senipis iman, dan selemah-lemahnya.. aku tewas degan dorongan nafsu.. aku tewas dengan godaan syaitan..
Dimana pendirian ku? Dimana kekuatan ku? Dimana ketegasan ku? Mengapa aku tewas dimakan pujuk rayu? Mengapa aku mudah mengalah padanya?
Ya Allah..
Apa yang harus ku lakukan? Berikanlah petunjuk pada ku.. Aku masih mencari-cari.. Siapa aku yang sebenarnya..