10 May 2011

Everything's 40~

Mood: KETENANGAN~





Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...




Allahamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang tidak putus-putus memberikan nikmat kepada hambanya.. tidak putus-putus memberikan kasih sayangnya.. tidak jemu mengabulkan doa si hamba.. tidak pantas menghukum hambanya.. malah diberi peluang untuk hambanya BERTAUBAT..


SUBAHANALLAH.. itulah kasih sayangNYA yang tiada sangsi, tiada ragu.. kadang kala kita terleka akan kasih sayang yang sementara.. kita tidak sedar yang kita di sayangiNYA.. masih jua mahu mencari kasih sayang manusia yang ada titik noktah.. kenapa ya?? adakah kita masih mentah lagi untuk berfikir??


Setiap yang berlaku pasti dan pasti ada hikmahnya, dan kita dianjurkan untuk berfikir akan ia..dan bukan menyalahkanya.. ^_^


TENANG.. kekecewaan tidak berpanjangan, ia bersifat sementara bagi orang yang berfikir..


Moga ketenangan itu berpanjangan dengan adanya DIA..



"tiada apa dan siapa yang dapat mengembirakan ku, selain ALLAH"


Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik pelindung (Al- Imran 3:173)





nota Mamie: kuatkan semangat ^_^

04 May 2011

Everything's 39~

Past, Present & Future~


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...






Terpanggil lagi untuk menulis sesuatu pada ruang maya ini walaupun diri ini sedar, diri ini tidak layak untuk berkata-kata.. tidak layak untuk menegur sesiapa, tidak layak untuk menasihati sesiapa.. maafkan daku..



Ana dapat kata-kata di bawah ini dari FB seorang sahabat.. ana copy *without her permission, sorry yea*
Ana baca berulang kali, ana cuba fahami apa kata-kata ini cuba sampaikan..dan akhirnya ana faham..


Cuba sahabat-sahabat fahami, selami kata-kata ini, moga kita semua mendapat rahmat drNYA, amin...



"Allah does not judge you on how bad you have been in the past, but rather on how good you strive to be NOW"




nota Mamie : aku berdosa pd manusia, maafkan aku ='(

02 May 2011

Everything's 39~

♥ ♥ ♥ ♥






Apa yg kita impikan tidak semestinya kita akan dapat..
Benda yg mudah dapat mungkin kita tidak hargai..
Jadi BERSABARLAH wahai diri..
Mungkin ALLAH ingin kurniakan sesuatu yg MANIS berpanjangan..

~Islamic_Muslimah @ ThEfLaSh♥

28 April 2011

Everything's 38~

HATI~

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...



Alhamdulillah.. kata-kata syukur yang terbit dari bibirku.. malah ana benar-benar bersyukur atas segalanya.. atas nikmat yang masih lagi di berikan walaupun ana telah menyalah gunakannya.. syukron YA RABB..



"YA ALLAH, adakah aku masih lagi menafikan kasih sayang-MU?"
"YA ALLAH, adakah aku masih lagi menafikan keagungan-MU?"
"YA ALLAH, adakah aku masih lagi menafikan kebesaran-MU?"



YA ALLAH, jangan biarkan kami leka dan taksub dengan dunia ini..


Aku salah seorang hambaMU yang telah mengabaikan tanggungjawabku terhadap MU..



Hati ini milik-NYA,
Hati ini haq-NYA,
Hati ini dari-NYA..



Aku bertanggungjawab atas HATI ini..



Dan aku akan dipertanggungjawabkan atas apa yg HATI ini telah lakukan..






nota Mamie : bila HATI kita bersih, maka setiap perbuatan kita jua IKHLAS ~_*