16 June 2010

Everything's 25~

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk 3 Rejab 1431H bersamaan 16 Jun 2010… antara sedar atau tidak, kita semua bakal bertemu dengan Ramadhan tidak lama lagi… tapi, persoalannya, siapa yang akan menjamin kita sempat bertemu Ramadhan tahun ini?

Sudah lama ana tidak menulis dalam blog nie.. sejak akhir-akhir ini ana perlukan seseorang untuk berbual, meluahkan sesuatau.. tetapi, banyak halangannya.. jadi, better ana luahkan dalam blog kesayangan ana, yang sentiasa setia setiap saat sewaktu ana suka mahupun duka, chewah ^_^

Ana baru balik dr Gaint, ada hal sikit kat sana.. semasa dalam perjalanan ana terserempak dgn JPJ.. wah, agak cuak gak time tue.. tapi, bila ana fikir kembali, ana tak buat salah, malah ana bawa lessen ana sekali, jadi apa yang hendak ditakutkan?hehe.. ingat odw balik nak ikut jalan lain, konon nak mengelak dr JPJ la, hihi.. tiba-tiba terlintas difikiran ana.. if kita buat jahat/kesalahan didunia pun ada balasan, inikan pula balasan di akhirat sana, nauzubillah.. maksudnya, setiap perbuatan kita walaupun sebesar zarah pon, Allah akan hisab.. inikan pula dosa kita yang berlambak-lambak.. sesungguhnya ketahuilah bahawa rahmat dan pengampunan Allah lebih besar dari dosa yang pernah dilakukan, yakni apapun dosa yang kita lakukan, pastikan terus menerus kita bertaubat kepada Allah, kerana Pengampunan Allah lebih Besar dari dosa yang kita lakukan.. wallahualam

Sekarang musim cuti sekolah, baik pelajar sekolah mahupun pelajar IPTA.. ana cuti ini tak buat apa pun, duduk rumah, belajar menjadi suri rumahtangga yang berjaya, heheh.. sebenarnya ana tiada tajuk khas nak di tulis dalam blog nie, cuma rasa nak meluahkan sesuatu dengan menaip kerna tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.. dapat taip sikit pun jadilah, kurang sikit beban di hati ini ^_^ alhamdulillah…


^_^ selamat beramal..

jangan sia-siakan bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan yea..


Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.


~ThEfLaSh @ Islamic_Muslimah~

p/s: sesiapa yang berkenaan, yang menghadapi demam, batuk2, selesema.. dinasihati berjumpa dengan doctor segera, wat check-up.. takut demam biasa menjadi luar biasa, yakni DENGGI.. harap ambil tindakan segera, ingatlah org yang menyayagi mu yakni keluarga mu di kampung sana.. asif..

2 comments:

Anonymous said...

Masya Allah, So meaningful when you expressed in word Noor hana

Teruskan menulis di blog ini

Maryam Rahman said...

yakni...sangat hebat! hehe