25 June 2010

Everything's 26~

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...

Alhamdulillah.. bersyukur kehadrat ilahi kerna masih lagi bernafas di muka bumi ini.. Alhamdulillah.. kerna di kurniakan tubuh badan yang sihat untuk beribadat kepadaNya.. Alhamdulillah atas segalanya Ya Allah, aku bersyukur tak terhingga..

Lagi semiggu je cuti semester nak habis.. cepat pula rasanya masa berlalu, tidak puas rasanya nak duduk rumah bersama keluarga :) weekend nie ana dengan family pergi bercuti di kuantan, tak sabar rasanya, hihi.. selepas pergi bercuti nanti, pada 6hb mak ana akan masuk wad.. doct nak masukkan ubat katanya, esoknya 7hb da boleh keluar wad da.. jadi, sempat la ana nak jaga mak semasa mak di wad nanti.. nasib baik time tue ana belum pulang ke kampus, alhamduilillah.. moga operation kecil tue berjalan dengan lancar, amin.. moga Allah permudahkan segalanya.. ^_^


Tadi ana baru je chatting, YM dengan kawan diploma ana masa kat perak..
Ana dapat berita gembira.. nak taw apa dia?
Kawan ana sudah pregnant 3 bulan! Alhamdulillah,Subahanallah :)
TAHNIAH Pn. Murniza Radzi ^_^
Ana gembira sangat sampai nak menitis air mata, tak tahu kenapa.. mungkin naluri ingin menjadi seorang isteri dan ibu meluap-luap dalam diri ini, adoi! tak terkata betapa gembiranya perasaan ini.. bilalah ana akan dapat berita gembira seperti itu.. tak sabar nak beritahu si suami yang ana pregnant, pasti dia gembira dengar berita tue..huhuhu..

Persoalannya: sempatkah ana menjadi seorang isteri pada seorang suami, dan sempatkah ana menjadi seorang ibu pada anak-anak ana nanti? semuanya telah ditentukan olehNya..

Tatkala ada segelintir manusia inginkan anak, ada jua yang tidak mahukannya.. ada yang hubungannya HALAL, tetapi masih tidak lagi dikurniakan anak, tetapi.. yang hubungannya HARAM, senang-senang beranak, dan buang anak tue sesuka hati, adoi!! apa nak jadi dunia sekarang.. yang hubungan HALAL tue, banyakkan bersabar yea, dan jangan putus asa ^_^ rezeki Allah ada dimana2 :P insyaAllah, jangan pernah berhenti berharap yea ^_^

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa”.

Surah Al-Furqaan,Ayat :74

~Islamic_Muslimah @ ThEfLaSh~


Keluarga Bahagia

Artist: Saujana
Song Category: Nasyid

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan syaang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia

Ayah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu


p/s: doakan untuk mak sahabatku, Noor 'Ain.. moga mak nya sehat dan sembuh dr sakit yang di hadapinya, moga yang terbaik menjadi miliknya, amin..

16 June 2010

Everything's 25~

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk 3 Rejab 1431H bersamaan 16 Jun 2010… antara sedar atau tidak, kita semua bakal bertemu dengan Ramadhan tidak lama lagi… tapi, persoalannya, siapa yang akan menjamin kita sempat bertemu Ramadhan tahun ini?

Sudah lama ana tidak menulis dalam blog nie.. sejak akhir-akhir ini ana perlukan seseorang untuk berbual, meluahkan sesuatau.. tetapi, banyak halangannya.. jadi, better ana luahkan dalam blog kesayangan ana, yang sentiasa setia setiap saat sewaktu ana suka mahupun duka, chewah ^_^

Ana baru balik dr Gaint, ada hal sikit kat sana.. semasa dalam perjalanan ana terserempak dgn JPJ.. wah, agak cuak gak time tue.. tapi, bila ana fikir kembali, ana tak buat salah, malah ana bawa lessen ana sekali, jadi apa yang hendak ditakutkan?hehe.. ingat odw balik nak ikut jalan lain, konon nak mengelak dr JPJ la, hihi.. tiba-tiba terlintas difikiran ana.. if kita buat jahat/kesalahan didunia pun ada balasan, inikan pula balasan di akhirat sana, nauzubillah.. maksudnya, setiap perbuatan kita walaupun sebesar zarah pon, Allah akan hisab.. inikan pula dosa kita yang berlambak-lambak.. sesungguhnya ketahuilah bahawa rahmat dan pengampunan Allah lebih besar dari dosa yang pernah dilakukan, yakni apapun dosa yang kita lakukan, pastikan terus menerus kita bertaubat kepada Allah, kerana Pengampunan Allah lebih Besar dari dosa yang kita lakukan.. wallahualam

Sekarang musim cuti sekolah, baik pelajar sekolah mahupun pelajar IPTA.. ana cuti ini tak buat apa pun, duduk rumah, belajar menjadi suri rumahtangga yang berjaya, heheh.. sebenarnya ana tiada tajuk khas nak di tulis dalam blog nie, cuma rasa nak meluahkan sesuatu dengan menaip kerna tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.. dapat taip sikit pun jadilah, kurang sikit beban di hati ini ^_^ alhamdulillah…


^_^ selamat beramal..

jangan sia-siakan bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan yea..


Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.


~ThEfLaSh @ Islamic_Muslimah~

p/s: sesiapa yang berkenaan, yang menghadapi demam, batuk2, selesema.. dinasihati berjumpa dengan doctor segera, wat check-up.. takut demam biasa menjadi luar biasa, yakni DENGGI.. harap ambil tindakan segera, ingatlah org yang menyayagi mu yakni keluarga mu di kampung sana.. asif..

06 June 2010

Zikir Harian @_@

Zikir Harian, let's practice it ^_^

30 April 2010

Everything's 24~

"Askar-askar Allah swt~"


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...

Alhamdulillah, diri ini masih dibagunkan untuk sekian kalinya daripada mati kecil. Hari ini 15 Jamadil Awwal 1431H bersamaan 30 April 2010, hari Jumaat, penghulu segala hari adalah hari yang sungguh indah di bumi Jelapang Padi. Alhamdulillah yang teramat kerna diberi kesempatan untuk melihat kebesaran Allah swt sekali lagi dan beribadah padaNya. Subahanallah..

Pagi ini ana di kejutkan oleh bunyi handphone ana.. *ringtone rentak lagu Jawa bak kata kawan2 ana* pangilan dari sahabat ana yang bernama Hana jugak..

"Salam.. Kak, jom g masjid.."
"Waalaikumussalam, *suara mamai* g masjid?ada apa kat masjid?"
"Ust belanja nasi lemak, jom la.."
"erkk..nak g jam bape tue?"
"jam8 yea?"
"ok, org tgu kat lab"
"ok, salam.."

Hah! lebih kurang gitu la dialognye, huhu...
Pagi nie rezeki ana murah, ana dapat makan nasi lemak free, alhamdulillah..rezeki dari Allah ^_^
Sebenarnya nasi lemak nie ust.Aus wat untuk kenduri Qiam..
Tapi, agak malang ramai yang syahid, tak dapat bagun untuk Qiam semlm..huhu..

Pagi tadi, ana, sahabat ana Hana & K.Izan jer turun makan, yang lain ada exam hari ini, jadi tak dapat turun..macam biasa, nasi kami hidang dalam talam, kami makan bertiga jew.. sedap taw nasi lemak isteri ust.Aus buat, terangkat! rasa sekali nak tambah lagi taw! bau nasi yang amat menyelerakan, cukup lemaknya, sambal yang cukup rasa, ikan bilis yang garing, kacang tanah yang rangup, telur rebus yang enak, timun yang segar..lengkap semuanya :) fuhh, kenyang..alhamdulillah ^_^

Selepas makan, kami bersihkan halaman masjid..maklumlah hari ini hari jumaat, Mak Chaq (makcik yang bertanggungjawab membersihkan kawasan masjid) cuti.. :) kawasan masjid agak kotor disebabkan beratus-ratus, dan mungkin mencecah beribu-ribu askar mati disitu.. Agak tragis kematian askar-askar tersebut.. *askar-askar yang di maksudkan adalah serangga apa tah tak taw nama, tapi sering datang mcm kekatu, time nak hujan, tapi tak hujan, lebih kurang mcm tue la, paham kot..dan tak ketinggalan kekatu* huhuhu... kami pun menyapu kawasan foyer masjid, dan hasilnya lumayan..


~hasil sapuan kami di sekitar masjid~

Melihat kejadian ini, tiba-tiba hati ana terdetik.. kenapa Allah ciptakan makhluk ini (askar-askar tadi) yang nyawanya pendek.. maksud ana, kenapa mcm kekatu, dia hidup sat jak, time ada cahaya jer dia ligat berterbangan, bila cahaya tiada suda, dia pon mati meniggalkan sayap-sayapnya.. kenapa Allah ciptakan sesuatu yang jangka hayatnya pendek? kenapa tak beri 10tahun untuk kekatu-kekatu tue hidup? aik, banyak pula kenapa, adoi!! tiba-tiba ana teringat ayat Al-Quran yang menyatakan kematian itu satu kepastian..

Maksud Firman Allah s.w.t :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat."

( Surah Ali Imran ayat 185 )

Askar-askar tadi pun termasuk dalam kategori makhluk yang benyawa, jadi benarlah kata-kata Allah yang mati itu pasti, tetapi kita tidak ketahui bila ia akan terjadi.. selepas selesai meyapu, ana terfikir, "nak buang kat mana askar-askar nie?" nak tanam ka?huhu..akhirnya, askar-askar tue di buang ke dalam tong sampah.. *Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah, semoga kemudian hari askar-askar tue tidak menuntut kepadaku, maafkan aku wahai askar-askar Allah* begitulah jua kita yang akhirnya akan kembali pada tempat asal kita dijadikan, yakni kubur@tanah..

“Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing).”

(Surah Az-Zumar – Ayat 68).

~Maafkan diri ini ya askar-askar Allah~


Begitulah perihal kematian..

Setelah selesai membersihkan kawasan luar masjid, kami beralih pula ke dalam masjid.. Nasib kami cukup baik kerana ada muslimin yang volenteer untuk men'vacuum' kawasan dalam masjid..*syukron ust Mohamad Nazri b Baso Sultan*.. maklumlah, hari ini solat Jumaat akan berlangsung :) masjid mestilah bersih agar para jemaah selesa menunaikan solat..apalah khutbah hari ini yea? :P lalalal...

Mata ana pedih suda, maklumlah, semalam tido lewat, then bagun awal, huhu.. lenguh tangan menyapu nie pon tak abis lagi, al-maklumlah, dah lama tak menyapu, hehhe..alik-alik kawasan yang luas macam masjid tue, Allahuakbar! penat, penat..lenguh tangan.. then ana terfikir, macam manalah Mak Chaq leh sapu seluruh kawasan masjid nie sorang-sorang? tak penat ke dia? ana dgn Hana, berdua pon tak larat suda, inikan Mak Chaq yang sudah berumur, masih kuat lagi.. Ya Allah, berikanlah kekuatan tubuh badan kepada Mak Chaq dan suaminya Pak Mat, dan panjangkahlah umur mereka agar dapat beribadah kepadaMu, amin...

Kat bawah nie ana ambik dari blog http://nurjeehan.hadithuna.com/ sebagai perkongsian untuk sahabat-sahabat semua..

Tujuan Allah SWT mematikan manusia:

  • Menilai sejauh mana keikhlasan dan kebaikan amalan yang kita kerjakan semasa hidup di dunia ini kerana ada setengah kita yang melakukan sesuatu amalan itu semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.
  • Membuktikan bahawa Allah SWT berkuasa mematikan manusia dan makhluk yang lain tanpa mengira rupa bangsa, pangkat, tempat, masa dan ketika.
  • Menyedarkan manusia dari lalai dan lupakan Allah serta hari kiamat lantaran kerana segala kesenangan dan kemewahan yang melimpah ruah.
  • Menggalakkan kita agar sentiasa berbuat sebanyak mungkin amal kebajikan dan menjauhi kejahatan Menyedarkan kita bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara sedangkan kehidupan di akhirat adalah lebih baik dan kekal.

~Inilah Masjidku, Syurgaku. Masjid Imam As-Syafie (MIAS) @ Majid Bukit Kachi~
*maaf, gambar kabur, gambar yg ana tgkap tdi tak boleh roteate,adoi!*


Sampai disini sahaja perkongsian hari Jumaat, heheh.. ana last paper xam 6hb nie, lambat lagi, adoi!! tak taw nak wat apa selain mentelaah buku, hihihi.. jumpa lagi..

salam alaik..

~ThEfLaSh~