22 September 2008

Rintihan adik_kakak..



"Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
Hanya diri sendiri yang menghakimi,
Mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
Atau berdebu dengan sebab duniawi,
Riak wajah nampak tawadhu’,
Riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
Alangkah ruginya andai benar begitu,
Kerna azab masih tak terlepas dari mu,
Serupalah sahaja diri mu ditunggu,
Diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
Sama dengan mereka yang menyempang tudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada,
Tersemat jua bersamanya rasa taqwa.

Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh,

Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.

Dengarlah wahai wanita...”
Sahutlah seruan ini...

Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah. Uhibbu ka ukhti...



p/s: rintihan ini adalah rintihan Sahabat Seperjunganku yang byk mengajar aku tentang kehidupan dunia & akhirat..syukran ya Sahabatku ^_^

No comments: