20 October 2008

10 PERKARA YANG DAPAT 10 PERKARA

Sabda Rasulallah S.A.W yang bermaksud:~

Sepuluh perkara yang dapat sepuluh perkara.


1. Surah AL-FATIHAH akan mencegah drpd kemurkaan Allah.

2. Surah YASIIN akan mencegah drpd kehausan pada Hari Kiamat.

3. Surah AD-DUKHAN akan mencegah drpd ketakutan pada Hari Kiamat.

4. Surah AL-WAQIAH akan mencegah drpd kefakiran.

5. Surah AL-MULK akan mencegah drpd seksa kubur.

6. Surah AL-KAUTSAR akan mencegah drpd permusuhan.

7. Surah AL-KAFIRUN akan mencegah drpd kekufuran ketika dicabut ruh.

8. Surah AL-IKHLAS akan mencegah drpd kemunafiqan.

9. Surah AL-FALAQ akan mencegah drpd perbuatan hasad bagi orang yang suka melakukan hasad dengki.

10. Surah AN-NAS akan mencegah drpd kewas-wasan.

17 October 2008

KELEBIHAN SURAH AL-IKHLAS


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.


~Wallahualam~

13 October 2008

MENCARI ATAU MENJADI?

Artikel yang menarik untuk menjadi tatapan semua:

MENCARI ATAU MENJADI?

“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.

“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.



p/s: artikel ini aku dapat dr blogspot http://nurjeehan.hadithuna.com/...saje nak publish blik sebab nak share dgn sahabat-sahabat yg lain...

Alhamdulillah, aku dlm proses MENJADI...
Kerana yang aku CARI, telah ku temui...
Alhamdulillah ^_^
Tetapi, adakah aku layak untuknya??

11 October 2008

HIKMAH SALAM



Salah satu kelebihan umat Islam ialah mengucap satu salam yang sama tak mengira bangsa atau apa jua bahasa pertuturan. Sememangnya kita digalakkan menyebarkan salam sesama umat dan sesungguhnya banyak rahmat yang tersembunyi di sebalik salam.


1.Menambah keberkatan dalam hidup.

2.Merapatkan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama umamah.

3.Akan terhapus dosa-dosa kecil ketika bersalaman.

4.Akan di kurniakan oleh Allah ganjaran pahala.

5.Orang menghulur dapat sembilan ganjaran berbanding orang yang menyambutnya.

6.Akan dimahkotakan oleh Allah di padang masyar kelak.


Assalammualaikum wrt wbt..
Bila kita perhatikan di sekeliling kita, agak payah nak jumpa budaya salam nie..Dari pandagan aku setelah berada di institusi ini beberapa bulan, amat kurang budaya ini di amalkan..Yang aku perhatikan hanya segelintir umat Islam yg mengamalkannya..Lebih-lebih lg kaum lelaki..bila sahaja mereka terjumpa sahabat-sahabat mereka, mereka berjabat tangan..sungguh indah Islam ini..Aku akan tersenyum kesyukuran kerana masih ada lagi yang mempraktikannya..Terdapat kelebihan serta hikmah yang kita akan perolehi dari salam seperti yang tercatat di atas..

Bagaimana dgn kaum Hawa?Adakah mereka mempraktikkan salam ini?
Jawapannya : Tidak, melalui pemerhatianku..
Kaum Hawa bila bertemu dgn sahabatnya, mereka hanya senyum ^_^...
Ya, senyum itu sedekah..bagus di amalkan..Tapi, apalah salahnya kita memulakan perbualan itu dengan salam?Indahkan? ^_^ Aku bukan nak menjatuhkan kaum aku sendiri, tetapi hanyalah peringatan khasnya untuk diri aku sndiri dan seterusnya kepada kaum Hawa yg lain..Moga dengan peringatan ini dapat mengelakkan kita daripada lalai..

Wallahuwalam..

07 October 2008

Doa Buat Kekasih

Ya Allah...
Seandainya telah engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Dan ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini ...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan...
Dia bukan milikku...
Bawalah ia jauh dari pandangan ku...
Luputkanlah ia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Melontar bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah...
Agarku bisa bahagia...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang...
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...
Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku...
Pasrahkan lah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik buatku....
Kerana engkau maha mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku....
Di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini...
Jangan engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yg beriman...
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah padaku keturunan yg soleh...

AMIN...