11 October 2008

HIKMAH SALAM



Salah satu kelebihan umat Islam ialah mengucap satu salam yang sama tak mengira bangsa atau apa jua bahasa pertuturan. Sememangnya kita digalakkan menyebarkan salam sesama umat dan sesungguhnya banyak rahmat yang tersembunyi di sebalik salam.


1.Menambah keberkatan dalam hidup.

2.Merapatkan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama umamah.

3.Akan terhapus dosa-dosa kecil ketika bersalaman.

4.Akan di kurniakan oleh Allah ganjaran pahala.

5.Orang menghulur dapat sembilan ganjaran berbanding orang yang menyambutnya.

6.Akan dimahkotakan oleh Allah di padang masyar kelak.


Assalammualaikum wrt wbt..
Bila kita perhatikan di sekeliling kita, agak payah nak jumpa budaya salam nie..Dari pandagan aku setelah berada di institusi ini beberapa bulan, amat kurang budaya ini di amalkan..Yang aku perhatikan hanya segelintir umat Islam yg mengamalkannya..Lebih-lebih lg kaum lelaki..bila sahaja mereka terjumpa sahabat-sahabat mereka, mereka berjabat tangan..sungguh indah Islam ini..Aku akan tersenyum kesyukuran kerana masih ada lagi yang mempraktikannya..Terdapat kelebihan serta hikmah yang kita akan perolehi dari salam seperti yang tercatat di atas..

Bagaimana dgn kaum Hawa?Adakah mereka mempraktikkan salam ini?
Jawapannya : Tidak, melalui pemerhatianku..
Kaum Hawa bila bertemu dgn sahabatnya, mereka hanya senyum ^_^...
Ya, senyum itu sedekah..bagus di amalkan..Tapi, apalah salahnya kita memulakan perbualan itu dengan salam?Indahkan? ^_^ Aku bukan nak menjatuhkan kaum aku sendiri, tetapi hanyalah peringatan khasnya untuk diri aku sndiri dan seterusnya kepada kaum Hawa yg lain..Moga dengan peringatan ini dapat mengelakkan kita daripada lalai..

Wallahuwalam..

No comments: