02 December 2008

Everythings~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Assalammualaikum wrt wbt...

Pertama-tamanya dan selama-lamanya, marilah kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi nikmat Iman dan Islam, serta masih lagi bernyawa dibumi sementara ini. Alhamdulillah ^_^

Akhirnya, semesta 1 sudah berakhir. Exam dah complete, cuma tinggal tunggu result keluar. Apa yang akan kita perolehi? Banyak A? B? C? or D? ataupun, ambik subjek tue balik semester depan? sanggupkah anda?? Me tak sanggup..tapi dalam ketidaksanggupan itu, me terpaksa redha if terpaksa ulang subjek tue, maklumlah..exam aritue ada gak paper kantoi, iskh2... "Man Jadda Wa Jadda" - siapa yang berusaha, dia yang berjaya ^_^ kurang usaha itulah yang membuatkan me kantoi...

Ini kali pertama me tulis blog hasil taip dan idea me sendiri :) Nak testing power, pandai ke me nie mengarang??dulu masa SPM me pandai mengarang cerita yang berkaitan imaginasi jer.. If time exam, me mesti pilih karangan berbentuk imaginasi, senang skit nak goreng :) Alhamdulillah, berkat imaginasi itu, me dapat A dalam karangan. Bukan nak bangga diri, itukan sifat mazmumah, tak patut ada dalam diri kita, betol tak? Apalah yang me merepek nie??tuelah dia, masa SPM ada belajar rangka karangan, tapi tak praktiskan, that why melalut skit..

Lepas SPM, me ambil Diploma, now Degree. Macam tak percaya jer. Walaupun perjalanan menuntut ilmu itu berperingkat-peringkat, me tak pernah letih. Cuma kadang-kadang mengeluh jugak, heheh..biasalah, lumrah manusia..



Pada 29 Oktober 2008 yang lalu, di PICC Putrajaya, telah diadakan Majlis Konvokesyen 2008, Kolej Profesional Mara (KPM). Me dah graduate!!heheh..graduate Diploma ^_^ Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Bila terkenang balik time diploma, macam-macam bermain difikiran. Lepas SPM memang beria-ia nak masuk KPM nie, ayah suruh masuk form 6, tapi me tak nak sebab dah block my mind tak mau pakai baju sekolah lg,huhu.. Me dapat tahu pasal KPM nie from my sister, both my sister study kat KPM. K.Dila study kat KPM Indera Mahkota, Ani kat KPM Beranang. Punca utama nak masuk KPM nie sebab dapat ELAUN!!hahaha.. Setiap bulan kami diberi elaun oleh pihak MARA sebanyak RM265. Siapa yang tak nak beb!! :) Alhamdulillah, semuanya dah berakhir, semua ini adalah perancangan dari Allah.



Pada hari konvokesyen tue, me sampai lambat. Maklumlah, KL jem, time orang nak pergi kerja. Me dalam keter dah monyok je,hehe..tak suka datang lambat. Akhirnya, kami sampai jua. Nak dijadikan cerita, majlis tue tidak berlansung tepat pada masanya. Dalam tentative program tulis stat jam 9 pagi. Tapi, hampir jam 12 baru bermula majlis tue. Al-maklumlah,VIP ada hal. Kita sebagai orang bawahan kenalah menunggu. Uhibbu selalu cakap, dimata Allah kita tak dok beza, orang kaya ker? orang miskin ke? semuanya sama..cuma amal yang membezakan kita antara satu sama lain. Bila jadi kes tak tepat masa nie, kecian mak ayah yang hadir, ada yang dari jauh datang.. student yang tadi excited nak naik pentas dah tak excited, contohnya me la :) Me pon bukan nak sangat datang konvo nie, maklumlah 31hb Oktober da stat my exam. Niat me blik KL sbb lain, alhamdulillah tertunai jua niat tue. Masa VIP bagi ucapan, nak tau apa me buat?? Me TERTIDO!!hahah..me tak sedar pon yang me tertido, tup tup VIP da nak abis berucap, hahah..bagus gak :P

Pada hari konvekesyen nie lah kita dapat jumpa rakan-rakan seperjuagan yang telah sekian lama tak jumpa. Rindu pada mereka terubat jua akhirnya. Sekarang giliran me naik pentas. Wah, nak buat macam mana nie?nak tunduk bila?nak pandang kamera bila?nak senyum ke?nak salam ke?hahhah :P tetiba je gelabah tak tentu pasal. But, its under control lagi. Yang me risaukan adalah jubah yang me pakai. Labuh sangat, dah macam pakai baju kelawar. Nak jalan kena hati-hati, takut tersungkur depan VIP, gawat nanti. Dengan merelakskan diri, semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah, semuanya dari Allah.

Panjang gak coretan me nie, ada ke orang nak baca?tak dok orang nak baca pon tak apalah, asalkan me puas. ^_^ That's all for now. Later, me akan merepek lagi ok? hope lepas nie me merepek berbentuk ilmiah. Doakan me ya :) If ada tersalah kata, maafkan me ya. Yang baik sesungguhnya datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari diri me sendiri.

Salam Perjuangan dari Noor Hana bt Ibrahim.

Wassalam.

3 comments:

Zikri Husaini said...

Hehe ....ada orang baca...tapi kalau boleh ringkaskan ....padat dan tepat...tetapi best gak....(tapi kalau dah popular ) mesti orang nak baca dari awal hingga akhir...

yang hot story ker??singre

Hidayah said...

tahniah graduate. o.k la cite akk agak santai menulis..ada mesej jgk.gmbr akk konvo tu yg mn 1..yg knn ke kiri..

Anonymous said...

ala...yg kiri tu kak hana la tu...hehe