20 April 2009

Everything’s 7~



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Assalammualaikum wrt wbt...

Alhamdulillah kerana kita masih lagi berpeluang untuk menghirup udara yakni oksigen yang di kurniakan oleh Allah kepada kita. Subahanallah, Maha Besar Allah yang menciptakan kita tanpa ada kekurangan pun. Hidup ini singkat kan?? Kita tak tahu bila kita akan di panggil oleh-Nya. Adakah esok kita masih lagi berpeluang untuk melihat keindahan ciptaan Allah? Adakah kita masih lagi berpeluang untuk berbicara dengan orang yang kita sayang? Adakah kita berpeluang untuk memiliki kehidupan berumah tangga? Adakah kita berpeluang untuk berkerja dan mempunyai wang sendiri? Adakah kita berpeluang untuk melihat bakal anak-anak warisan peninggalan kita? Adakah kita berpeluang untuk meniti hari tua bersama cucu-cucu kita? Dan adakah kita berpeluang untuk meninggal dunia setelah kita benar-benar tua ataupun sakit?

Jawapannya TIDAK… sesungguhnya KEMATIAN itu adalah satu KEPASTIAN yang harus kita semua hadapi. Kematian tidak akan bergerak kehadapan ataupun berganjak seminit pon, ianya statik dan menunggu kita pada bila-bila masa sahaja. Suka ataupun tidak, kita harus hadapinya dengan redha. Tapi, adakah kita benar-benar bersedia menghadapinya?? Ana rasa, Ana tidak lagi bersedia untuk menghadapi kematian, itu adalah kenyataannya. Ya Allah, sesungguhnya kematian itu amat pedih dan perit. Nabi Muhammad SAW pun pernah berkata kepada malaikat sekiranya begitulah rasa kematian, baginda berharap agar rasa kesakitan itu diberikan kepadanya. Betapa mulianya Nabi kita ^_^ Di saat kematian, Nabi Muhammad SAW masih teringatkan akan umatnya, baginda mengulangi “ummati, ummati, ummati”.. kita sebagai umatnya adakah kita selalu meningati kekasih Allah seperti mana baginda meningati kita?? Tepuk dada, tanya iman ^_^ Ana menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian untuk berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW selepas solat fardhu sekurang-kurangnya 20x : ) 5 kali solat fardhu x 20 = 100 ^_^ tidak lupa juga istigfar sebanyak 20x, sama konsep dengan selawat tadi. Nabi yang maksum pon beristigfar 100x sehari, inikan pula kita hamba yang hina lg lemah.. Ini adalah peringatan kepada diri Ana sendiri yang kadang-kadang lalai akan suruhanNya. Moga-moga kita mendapat keredhaanNya. Amin..

Berbalik pada kematian tadi..Adakah kita bersedia kehilangan orang yang kita amat-amat sayangi dan cintai?? Cukupkah masa yang kita luangkan bersama dia semasa hayatnya?? Sudahkah kita mengenali dirinya seadanya?? Ya Allah, sekiranya dapat ku hentikan masa dari berputar, akan ku gunakannya sebaik-baiknya agar dapat ku bersama dengannya.. Sesungguhnya, kami hanyalah merancang, dan Kau juga merancang untuk kami Ya Allah, dan sebaik-baik dan setepat-tepat rancangan adalah rancanganMu Ya Allah. Kami redha dengan ketentuanMu. Konsep kematian bukanlah kesakitan yang berpunca dari penyakit ataupun sakit tua, tetapi ia tidak mengenal usia, nama, keturunan, kaum, jantina dan sebagainya. Walaupun umur kita sudah meningkat, tapi kematian itu tidak semestinya menyapa kita dahulu. Mungkin, ia akan menyapa adik-adik kita yang masih muda dan mentah lg, yang tidak tahu apa-apa tentang alam ini.

Haa, Ana nak share satu cerita dengan sahabat-sahabat semua. Cerita nie uhibbu yang share dengan Ana ^_^ Ada sahabat Nabi pernah bertanya kepada Nabi, “SIAPAKAH ORANG YANG PALING PINTAR??” jawab Nabi Muhammad SAW, “orang yang paling pintar adalah orang yang banyak mengingati MATI”. Wallahualam..

p/s: Moga-moga Uhibbu cepat sehat, diberikan kesihatan tubuh badan dan dipanjangkan umur, amin.. Pekenankanlah doa-doa kami Ya Allah, hanya padaMu kami berserah dan bertawakal.

No comments: