20 April 2009

Everything’s 7~



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Assalammualaikum wrt wbt...

Alhamdulillah kerana kita masih lagi berpeluang untuk menghirup udara yakni oksigen yang di kurniakan oleh Allah kepada kita. Subahanallah, Maha Besar Allah yang menciptakan kita tanpa ada kekurangan pun. Hidup ini singkat kan?? Kita tak tahu bila kita akan di panggil oleh-Nya. Adakah esok kita masih lagi berpeluang untuk melihat keindahan ciptaan Allah? Adakah kita masih lagi berpeluang untuk berbicara dengan orang yang kita sayang? Adakah kita berpeluang untuk memiliki kehidupan berumah tangga? Adakah kita berpeluang untuk berkerja dan mempunyai wang sendiri? Adakah kita berpeluang untuk melihat bakal anak-anak warisan peninggalan kita? Adakah kita berpeluang untuk meniti hari tua bersama cucu-cucu kita? Dan adakah kita berpeluang untuk meninggal dunia setelah kita benar-benar tua ataupun sakit?

Jawapannya TIDAK… sesungguhnya KEMATIAN itu adalah satu KEPASTIAN yang harus kita semua hadapi. Kematian tidak akan bergerak kehadapan ataupun berganjak seminit pon, ianya statik dan menunggu kita pada bila-bila masa sahaja. Suka ataupun tidak, kita harus hadapinya dengan redha. Tapi, adakah kita benar-benar bersedia menghadapinya?? Ana rasa, Ana tidak lagi bersedia untuk menghadapi kematian, itu adalah kenyataannya. Ya Allah, sesungguhnya kematian itu amat pedih dan perit. Nabi Muhammad SAW pun pernah berkata kepada malaikat sekiranya begitulah rasa kematian, baginda berharap agar rasa kesakitan itu diberikan kepadanya. Betapa mulianya Nabi kita ^_^ Di saat kematian, Nabi Muhammad SAW masih teringatkan akan umatnya, baginda mengulangi “ummati, ummati, ummati”.. kita sebagai umatnya adakah kita selalu meningati kekasih Allah seperti mana baginda meningati kita?? Tepuk dada, tanya iman ^_^ Ana menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian untuk berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW selepas solat fardhu sekurang-kurangnya 20x : ) 5 kali solat fardhu x 20 = 100 ^_^ tidak lupa juga istigfar sebanyak 20x, sama konsep dengan selawat tadi. Nabi yang maksum pon beristigfar 100x sehari, inikan pula kita hamba yang hina lg lemah.. Ini adalah peringatan kepada diri Ana sendiri yang kadang-kadang lalai akan suruhanNya. Moga-moga kita mendapat keredhaanNya. Amin..

Berbalik pada kematian tadi..Adakah kita bersedia kehilangan orang yang kita amat-amat sayangi dan cintai?? Cukupkah masa yang kita luangkan bersama dia semasa hayatnya?? Sudahkah kita mengenali dirinya seadanya?? Ya Allah, sekiranya dapat ku hentikan masa dari berputar, akan ku gunakannya sebaik-baiknya agar dapat ku bersama dengannya.. Sesungguhnya, kami hanyalah merancang, dan Kau juga merancang untuk kami Ya Allah, dan sebaik-baik dan setepat-tepat rancangan adalah rancanganMu Ya Allah. Kami redha dengan ketentuanMu. Konsep kematian bukanlah kesakitan yang berpunca dari penyakit ataupun sakit tua, tetapi ia tidak mengenal usia, nama, keturunan, kaum, jantina dan sebagainya. Walaupun umur kita sudah meningkat, tapi kematian itu tidak semestinya menyapa kita dahulu. Mungkin, ia akan menyapa adik-adik kita yang masih muda dan mentah lg, yang tidak tahu apa-apa tentang alam ini.

Haa, Ana nak share satu cerita dengan sahabat-sahabat semua. Cerita nie uhibbu yang share dengan Ana ^_^ Ada sahabat Nabi pernah bertanya kepada Nabi, “SIAPAKAH ORANG YANG PALING PINTAR??” jawab Nabi Muhammad SAW, “orang yang paling pintar adalah orang yang banyak mengingati MATI”. Wallahualam..

p/s: Moga-moga Uhibbu cepat sehat, diberikan kesihatan tubuh badan dan dipanjangkan umur, amin.. Pekenankanlah doa-doa kami Ya Allah, hanya padaMu kami berserah dan bertawakal.

Everythings 6~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Assalammualaikum wrt wbt...

Dimulakan dgn Bismillah, disudahi dgn Alhamdulillah… begitulah sehari dalam hidup kita, mudah-mudahan di rahmati Allah ^_^


Pada 7 April 2009 lalu, Ana g bercuti + makan angin ke Pulau Aman, Pulau Pinang. Makan angin ini di anjurkan under Ana punya SDG (mentor mentee). Kami pergi sehari sahaja, balik hari. After solat Subuh, Ana tunggu bus UNIC kat stsen bus Mall Kachi. Rummate Ana temankan Ana g stsen bus, maklumlah, subuh sepie, gelap..takut Ana kena kejar dgn kucing nnt, heheh :P then, bus masuk dalam kampus ambik stdent kat can. Dalam jam 10 kot, Ana lupa la nak tgk jam (sebenarnyer jam tangan Ana dah lama mati, tpi Ana still pkai lg, x biasa x pkai jam :P) kami smpai kat jeti nak g Pulau Aman. Best kat sana, pemandngan nya amat memukau mata, heheh :P Subahanallah..


Pulau Aman nie mcm perkampungan nelayan la secara ringkas Ana boleh rumuskan : ) Kami dibawa oleh tourist guide jalan-jalan pusing 1 pulau. Then, kami g rumah P.cik…erkk, lupa nama,maaf ya p.cik.. p.cik nie adlah penduduk tertua kat Pulau Aman tue : ) Alhamdulillah, dia masih sihat & kuat lg : ) P.cik n wife dia nie ada menjalankan sedikit perniagaan. Mereka menjual produk berasaskn gamat. Ada minyak urut gamat, air gamat & krim gamat. Selain itu, mereka jual belacan ^_^ sedap o0o0 bau belacan dia, kuat, likat dan pekat : ) Tapi, malangnya Ana x beli apa-apa pon. Niat hati mmg nak beli gamat + belacan tue. Tapi, x beli pon. If beli belacan, nak simpan mana?kang ada lak yang bau satu bilik, dah rummate lari tido bilik lain, lg susah :p sedapnyer belacan tue, masih terngiang-ngiang di fikiranKu : ) chewah, baru nak nyesal x beli yek?padan muka ko, heheheh :P
Now, lunch time!! Lapornyer, pg tadi mkn roti jew.. Ana dengan beberapa group SDG Ana dapat mkn MEE UDANG, Dr Sobri our mentor belanja, hehhe..sedap o0o0o, sedap giler blh dikatakan :P tourist guide pon kata yg famous kat Pulau Aman nie is Mee Udang dia ^_^ dlm mee udang tue ada 4 ekor udang, besor-besor + fresh lak tue, puas Ana makan : ) mcm taw-taw je Ana suka mkn udang :p Alhamdulillah, rezeki dr Allah : ) then, Dr Sobri order ketam lak, pergh..meleleh air liur Ana : ) ketam tue masak stim jew.. Although ketam tue stim jer, tapi Ya Allah, sedap sgt, manis isi ketam tue, fresh sgt-sgt : ) then, after Zhor kami berangkat meninggalkan Pulau Aman. Sekarang, kmi menuju ke…lupa lah nma tmpt tue, yg pasti shopping complex. Wahh, bosan yg amat!! Ana bkn nak g tempat-tempat mcm tue, Ana nak g tmpat kraftgn ke, brg2 tradisional ker, brg jarang jmpe kat KL. If shooping complex berlambak kat KL, huhuh..layan jer la..just tgk2 je, x beli pon :P kol 6.30 odw balik UUM ^_^ singgah kat R&R Gurun solat Maghrib. Smpai UUM jam 9.15, Alhamadulillah ^_^


Sampai je bilik Ana terus g Dewan Bukit Kachi, x sempat duduk pon. Ada program under BKPS (Biro Kerohanian & Sahsiah Pelajar). Ceramah on how to tangani Stress. Best gak ceramah dia. Dengan busuk-busuk tue Ana layan ceramah tue, Alhamdulillah, dapat input yang berguna : ) After ceramah, x balik lg. Ana singgah pulak kat masjid, ada meeting for Annual Dinner. Dinner nie for senior Rakan Masjid yang akan abis sem nie : ) InsyaAllah, dinner ini akan berlangsung pada 14hb April 2009. Selain dr perletakan jawatan senior Rakan Majid, ada pelantikan Majlis Tertinggi untuk ahli Rakan Masjid. Kol 12.15 baru Ana blik bilik, berehat+mandi+solat n tido : ) Hari yang memenatkan :p

p/s : post nie dah lama Ana karang, tapi xdok mase nak post coz tgu nak transfer gmbar yg Ana tgkap gune hp Ana, sampai la nie x transfer..coz laptop kwn Ana xdok Bluetooth :P so, KIV dlu picture tue semua..

19 April 2009

Kau Sahabat Kau Teman ... ~Uhibbu~

Kau Sahabat Kau Teman


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

p/s : This song meaningful to me... Uhibbu ka Farid b Amilkassim ^_^

02 April 2009

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud: "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."


KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH


1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6) Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "

8) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."