27 March 2010

Everything's 22~


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Assalammualaikum wrt wbt...

Hati tak tenang sejak mimpi ngeri siang tadi..
Entah mengapa pun tak tahu..
Makan tak lalu..
Hati tak tenang..
Air mata berkejaran ingin mengalir..

Malam hari pun sama..
Dengan asigment yang bercurahan, hati tak tenang nak siapkan asigment yang banyak nie..
Due date semua dah hampir, tapi satu pon tak siap lagi..
Masalah hati yang bergelora, iman yang makin turun..
Diri ini BERMASALAH...

Semua masalah ini berpunca dari HATi..
HATI yang kotor, HATI yang berbolak balik..
HATI yang jauh dr YANG MAHA ESA..

Esakan tangisan semakin sayup kedengaran..
Tetapi esakan HATI amat kuat..
HATI menagis kerana diri ini gelisah..
Tak tahu apa nak buat sekarang..

Zikir yang ku buka memecahkan kesunyian bilik..
Zikir ini kejap menenagkan esakan HATI ku..
Zikir ini kejap membuat esakan HATI ku semakin kuat kerna mengenangkan dosa-dosa lalu..
Allahuakbar!!

Bila teringat dosa-dosa lalu, diri ini makin tak tenang..
Air mata tak dapat nak di sekat lagi..
Betapa berdosanya aku padaNYA..
Betapa hinanya aku..
Astafirullah al azim...

Dia kata perasaan ini satu seni..
YA, perasaan ini terlalu seni..amat sukar di megertikan..

Ya Allah..
Jangan Kau biarkan aku sendirian..
Aku takut Ya Allah..
Aku amat takut..
Aku lagi takut dengan siksaan MU..
Ampunilah aku Ya Allah..
Aku berdosa kpd MU..


DOSA KU IBARAT SELUAS LAUTAN DAN SETINGGI LANGIT..
AMPUNILAH AKU YA ALLAH..

2 comments:

Anonymous said...

salam islamicmuslimah, pernah suatu ketika rasulullah didatangi oleh seorang pemuda yang sedang menangis teresak esak, hatinya gundah gulana, lalu bag bertanya kepada pemuda tersebut, mengapa engkau menangis? tanya baginda, pemuda itupun menjawab, aku menangis kerana aku telah berbuat dosa besar,baginda bertanya adakah engkau telah mensyirikkan Allah? adakah engkau telah membunuh seorang lain dari jalan Allah? kata pemuda tadi, tidak ya rasulullah, maka dosa mu diampunkan Allah kata baginda, tetapi pemuda tersebut masih dalam keadaan yang gundah gulana, maka baginda bertanya, adakah dosa lebih besar dari kursi Allah? adkah dosamu lebih besar dari arasy Allah? pemuda tersebut berkata dosaku lebih besar dari kursi dan arasy Allah, dosaku lebih besar dari tujuh lapisan langit, masyallah besar sungguh dosanya...baginda bertanya lagi, adakah dosamu lebih besar dari rahmat dan pengampunan Allah? maka pemuda tersebut pun terdiam lantas menjawab, rahmat dan pengampunan Allah lebih besar dari dosa yang ku lakukan, maka di sini ingin saya katakan, apapun dosa yang kita lakukan, pastikan terus menerus kita bertaubat kepada Allah, kerana Pengampunan Allah lebih Besar dari dosa yang kita lakukan.

Islamic_Muslimah said...

Syukron Anonymous..
trima kasih atas pringatan + tazkirah tue..
moga m'jadi pgajaran buat ana dan semua, amin :)