05 February 2009

Everythings 4~


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Assalammualaikum wrt wbt...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang menciptakan kita dalam agama Islam dan berIman kepadaNya. Alhamdulillah kerana masih diberi kekuatan tubuh badan serta kesempatan untuk Ana menaip dihadapan komputer ini ^_^ Sudah beberapa hari Ana tidak berkomunikasi dengan laptop Ana. Ini disebabkan wayar adaptor Ana hangus terbakar seperti ikan goreng yang digoreng oleh Mak Temah. Selamat wayanr saja yang hangus terbakar, if adaptor sekali hangus terbakar abis la Ana kena mengeluarkan hampir RM200 untuk beli adaptor yang lain (original). Alhamdulillah, Ana just guna RM8 saja nak beli wayanr nie, jimat duit Ana, hehhe ^_^

Pada 3hb February 2009 bersamaan 7 Safar, Ana bersama dengan sahabat Ana pertama kali join “USRAH”. Usrah tue dikendalikan oleh student kat cini. Student tue pon di usrahkan oleh orang yang lebih arif, huhu.. Sebelum ini Ana pernah gak join usrah, tapi masa diploma dulu la. Overall dr usrah tue best, amat, amat best. Alhamdulillah kerana Allah masih mengerakkan kaki Ana pergi ke tempat-tempat kebaikkan.

Pada hari pertama usrah, kami didedahkan dengan konsep usrah yang akan dibawa, serta aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. “Usrah” secara umumnya keluarga. Bila kita dengan title keluarga apa yang kita paham? Share everythings dgn mereka kan? Sama la macam usrah nie..if kita ada masalah, kita boleh share dengan jemaah lain ^_^ so sweet kn?family dah la jauh, so ada gak tempat kita leh mendagu, tol x? Kami berkenalan antara satu sama lain untuk mengeratkan silatulrahim sesama ahli usrah. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah membaca Al-Quran 3 ayat seorang sebelum usrah bermula, membincangkan tentang Akidah, mentafsir Juzuj Amma dan bercerita tentang Sirah Nabi-nabi.

Rukun usrah :-
- Berkenalan (taaruf)
- Bersefahaman (tafahum)
- Berimbangan (takaful)

Tak sabar rasanya Ana nak jumpa jemaah Usrah minggu depan. Usrah nie dijalankan setiap minggu pada hari selasa, jam 12.00 – 1.30 ^_^ Pada sebelah malam pada hari yang sama juga ada diadakan Bengkel SMART Muslim. Penceramah dia best : ) banyak info yang Ana dapat. Masjid Bukit Kachi juga akan diadakan usrah, tapi mereka panggil “SMART Team”. insyaAllah Ana join this SMART Team. Ana nie macam hp Nokia 3310, hp dah lama (iman turun naik), so kena charge 24hours, x leh 3 hari sekali or sejam sehari..must charge everyday, every hours, every minutes and every second.

Akhir sekali, salam perjuangan ^_^

No comments: