14 February 2009

"Lelaki Idaman Hawa"

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan,

Dua tangan untuk memegang,

Dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.

Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?

Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.

Itulah CINTA...”


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Assalammualaikum wrt wbt...


Pertama-tamanya marilah kita mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi bernyawa, bernafas dimuka bumi yang fana ini. Alhamdulillah…. Ya Allah, hanya padaMu aku memohon pertolongan, hanya padaMu aku mengadu dan hanya padaMu aku berserah. Sesungguhnya, Kau Maha Mengetahui apa yang tersirat didalam hati hamba-hambaMu…



Pada 13 Februari 2009, satu forum telah diadakan di Dewan Penginapan Pelajar Bank Rakyat. Forum ini mengenai “Adam Idaman Hawa”. Nice forum actually ^_^ Ahli panel dia pon best2, antaranya Ustaz Khadafi, Pn. Nurli dan seorang wakil dari perwakilan pelajar iaitu saudara Ahmad Zhafir. Banyak info yang telah Ana dapat dari forum nie. Syok abis, x kering gusi kami dibuatnya : ) Antara topic yang dibualkan adalah Ciri-ciri Lelaki Pilihan Wanita, Ciri-ciri Wanita Pilihan Lelaki, Batas Pergaulan, Bercinta Sebelum Kahwin dan sebagainya.


Apa yer yang Ana nak share dengan sahabat-sahabt semua?? Emm, banyak sebenarnya...Tapi x taw macam mana nak cakap, hehhe :P Cinta..Cinta...cinta... Cinta adalah anugerah Allah yang ada pada setiap hati manusia. Cinta ada 2 keadaan, yakni cinta yang tertinggi iaitu cinta kepada ALLAH swt dan cinta biasa (terbawah) iaitu cinta sesama manusia. Menurut kata Ulama’, cinta adalah ikat janji dan tanggungjawab. Apabila seorang lelaki dan wanita berkahwin, mereka secara automatiknya terikat antara satu sama lain. Yang dimaksudkan terikat antara satu sama lain adalah terikat dengan tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Masing-masing harus memainkan peranan yang telah diberi. Manakala cinta kepada Allah diikat dengan kalimah syahadah, yakni bersaksi tiada Tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Disini kita memainkan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang hamba.


Ada 4 perkara yang keselalauan orang tengok bila nak kahwin, yakni:-

i) Harta

ii) Keturunan

iii) Cantik

iv) Agama (akhlak)


4 perkara ini perlu dilihat oleh kaum adam dan juga hawa, tetapi kata Nabi “aku suka sekiranya kamu memilih calon suami atau isteri dari sudut agama serta akhlaknya, beruntunglah dirimu”. Walaupun hairaki menunjukkan harta, keturunan dan cantik sebagai ranking teratas, tetapi yang paling diutamakan dalam Islam adalah agama serta akhlak seseorang itu. Dengan berasas keimanan kepada Allah, sesebuah rumah tangga itu akan bahgia sekiranya ia berpandukan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad saw. Disini, ada penambahan untuk kaum hawa yang ingin memilih adam sebagai suami mereka yakni pilihlah lelaki yang bertakwa kepada Allah swt.



Ciri-ciri Lelaki idaman wanita @ lelaki soleh:-

· Beriman & mempunyai ilmu agama

· Taat kepada Allah

· Sabar dalam mengerjakan amal ibadat

· Menjadi pelindung kepada wanita = dunia & akhirat

· Tawakal penuh pada Allah, dan hanya pada Allah dia mengeluh

· Amar Makruf Nahi Mungkar

· Berpegang pada janji



L – Large (sifat ingin yang besar. Sbg cth, suami mst besar dari isteri sbb nak kawal isteri)

E – Excellent (cemerlang otak dan sebagainya lebih drpd si isteri. Sbg cth, if isteri dia solat malam setiap hari, dia pon nak solat malam lbh dr isterinya)

L – Lovely (sifat penyanyang)

A – Accountability (bertanggungjawab)

K – Kind (baik = tidak cakap kasar dgn isteri, tidak boros dan tidak kikir yakni kedekut)

I – Intelligent (bijak dalam segala hal. Sbg cth, bijak menguruskan rumah tangga dan kewangan)


Ana teringat cerita dari Uhibbu mengenai Mubarak dan Tuannya. Mubarak adalah seorang hamba yang bertaqwa. Suatu hari Mubarak ditanya oleh Tuanya, “Wahai Mubarak, aku ingin mengahwini anak gadis ku ini, bagaimana calon yang harus ku pilih?” Kata Mubarak, “Andai Tuan mencari seorang menantu daripada kekayaan, maka tidak lebih dari Yuhadi, yang ke 2 dari segi rupa paras, ia tak lebih dari Nasrani, dan andai Tuan memilih dari keturunannya, yakni pilih keturunan yang baik2 sahaja, dan keturunan yang buruk2 tidak dipilih, maka ia tidak lebih juga dari Yahudi.” “Pilihlah orang yang bertaqwa kepada Allah, yang mana hatinya takutkan Allah dan setiap gerak gerinya diletakkan Allah dihadapan, pilihlah yang itu” kata Mubarak.


“Ya Allah, sekiranya aku dijadikan dari tulang rusuk kiri “________”, maka satukanlah kami dengan ikatan perkahwinan yang sah, tetapi sekiranya aku bukan dijadikan untuknya dan dia bukan untuk ku, maka Kau jauhkanlah kami dan elakkan kami dari kekecewaan. Dan jadikanlah perhubungan ini satu ikatan persahabatan”.


P/s: “Jadilah yang terbaik, untuk dapatkan yang terbaik” ^_^


1 comment:

NiSa said...

wah2.. mcm best ja forum tu.. hehe..
sure byk input leh dpt kan??

kamu tercipta dari tulang rusuk siapa ya? bole tahu?
share la...
xpe.. dgn sesape pon.. didoakan semoga bahagia selalu...