06 February 2010

Everything's 17~

"TITIK NOKTAH"

Assalamualaikum wrt wbt..

Pertama-tamanya dan selama-lamanya marilah kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerna masih lagi memberi peluang dan ruang untuk kita menghirup udara di muka bumi ini, Alhamdulillah.. Tetapi, adakah dengan hanya mengucapkan “Alhamdulillah” ia sudah cukup untuk menyatakan betapa kita berterima kasih padaNya?? La!! “TIDAK!!”.. Sebenarnya, banyak cara yang kita boleh lakukan untuk mempersembahkan ucapan TERIMA KASIH kita pada Yang Maha Pencipta.. Bagaimana? Ya, soalan ini yang perlu kita tanyakan pada diri sendiri khasnya.. Sebagai contoh, adakah kita melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang? Adakah kita bersolat hanya kerana adat? Adakah kita berpuasa hanya kerana agama kita Islam sejak kecil lagi? Bagaimanakah cara kita? Tepuk dada, Tanya iman..

Mood ana sekarang tenang.. kenapa ana harus memberi tahu keadaan ana sekarang yea?heheh.. if ana tidak tenang, maka terhasillah karya yang “weng-weng”.. tadi petang mood ana agak berkecelaru kerana baru melepasi saat genting yang amat frustrated, dimana ana baru selesai exam midterm. Tetapi, amat menyedihkan apabila pembukaan midterm exam kecundang, ana tak dapat jawab soalan exam tue : ( Tak apa lah, bukan midterm exam yang menjadi titik perkongsian ana pada entry kali ini, tetapi.. TITIK NOKTAH..

Apa yang sahabat-sahabat paham dengan titik noktah ini? Adakah ianya hanya berfungsi sebagai tanda baca dalam karangan? Adakah kita boleh letak titik ini --> “.” dimana-mana kita suka?tidak.. setiap permulaan ayat, akan kita akhirinya dengan titik noktah “.” Begitu jualah dengan kehidupan kita yakni setiap kelahiran, pasti dan pasti akan ada kematian. Tapi, bila ia akan berlaku?? Adakah sahabat-sahabat tahu bila tarikh kematian kita? Alangkah beruntungnya sekiranya kita mendapat tahu bilakah tarikh itu, bolehlah kita bersiap sedia menempuh saat itu. (Rujuk post Tanda-tanda kematian)

Pada 4 Februari 2010, bersamaan 19 Safar 1431 Hijrah, hari Khamis, pulanglah seorang hamba Allah swt ke pangkuannya. Pemergiannya tiada siapa yang sangka. Punca kematian tiada siapa duga. Tetapi, itulah hakikat yang telah tertulis di Arash-Nya, itulah rahsia Allah swt. Ana ingin kongsikan serba sedikit mengenai kematian beliau dan ia nya bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak, tetapi ia sebagai peringatan pada diri ini khasnya dan umumnya pada muslimin muslimat. Arwah adalah seorang muslimin, pelajar tahun 1, semester 2.. ana memang tak berapa kenal sangat junior-junior nie walaupun 1 dewan penginapan, if satu batch ana kenal la gak.. menurut sumber yang boleh dipercayai, arwah sejak kebelakangan ini mengalami tekanan, yakni stress..Stress mengenai apa, ana kurang pasti..arwah terkena “hysteria”.. makhluk halus menguasai dirinya dan ia cuba untuk melompat ke dalam ….. boleh di kategorikan sebagai gaung kot.. sewaktu kejadian, ana baru pulang dari class..semasa sampai ke dewan penginapan, ana lihat ramai orang sedang berkerumun..dalam fikiran ana tertanya-tanya, “what’s going on?”. Masih tidak tahu apa jawapannya. Sampai di masjid, baru ana tahu rupanya ada student lelaki kena hysteria. Then, ana teruskan aktiviti ana di masjid, class Tajwid dgn Ust Rahimi. Lepas maghrib ada wat bacaan Yasin & Tahlil. Then, makan dalam talam dengan jemaah. Selepas makan, tiba-tiba ada pengumuman. Pengumuman mengenai kematian seorang pelajar dari dewan penginapan kami, innalillah.. siapa yang mati?? Ya, dialah pelajar yang petang tadi kena hysteria. Menurut sumber, selepas arwah tadi diangkat dari gaung, dia di bawa ke pejabat untuk berubat, tapi malangnya ‘makhluk’ itu sungguh kuat..lalu, arwah di kejarkan ke hospital..arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital Alor Star..

P/s: harap maaf sekiranya cerita ini banyak terpesong dari cerita asal, sesungguhnya bukan jalan cerita yang ana ingin tekankan, tetapi mesej di sebaliknya..

Sahabat-sahabatku, pernahkah kita terfikir untuk mati dalam keadaan yang tenang, mudah dan ringkas?? Pastinya ada diantara kita teringinkan mati dalam keadaan tidak sakit, mati di atas katil yang empuk, mati ketika tidur, mati sambil tersenyum, mati di dalam rumah kesayangan, mati di pangkuan orang yang kita sayang dan sebagainya. Tapi, pernahkah terlintas dalam benak fikiran kita, kita akan mati dalam keadaan yang tidak di duga? Mati digilis lori, mati dilanggar basikal, mati ketika jatuh longkang, mati time kena hysteria, mati dibunuh dan dikerat 14, mati tercekik tulang ikan pari, mati ketika menaiki kapal terbang, mati di rogol, mati ketika berzina dan sebagainya, nauzubuillah.. dimana kita akan mati, dan bagaimana caranya adalah urusan dan rahsia Allah swt..tiada siapa yang mengetahuinya.. sesungguhnya, ketahuilah yang saat KAMATIAN itu adalah pasti, itulah janji ALLAH SWT pada hambanya..

Katakanlah! “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, pasti akan menemani kamu. Kemudian kamu akan kembali kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Lalu Dia memberitahukan kepada kamu apa yang kamu lakukan.

Surah Al-Jumuah (Hari Jumaat), ayat 8

Di mana sahaja kamu berada, nescaya kematian itu akan menemui kamu, sekalipun kamu berada dalam benteng yang tinggi, kuat dan kukuh.

Surah An-Nisa’ (Wanita), ayat 78

Sebenarnya, tidak tergambar perasaan ana ketika mengetahui perkara ini. Masih terbayang-bayang keadaan huru-hara, gelak tawa..tatkala malam menjelma, ana terkenang sendirian memikirkan bagaimana keadaan arwah sekarang..apa yang roh dia tengah buat?malaikat sedang bersoal jawab ke dengan arwah sekarang?dan sebagainya..yang menyebabkan ana berasa gentar dan takut untuk menghadapi kematian.. apa ana nak jawab nanti bila Allah swt tanya ana??solat ana tak dapat membantu, ibadah ana pon sama.. hafazan?jauh sekali..akhlak?sebesar zarah pon tak pasti lagi..apa yang ana nak bawa bila berjumpa dengan DIA? DIA dah beri ana banyak peluang dan ruang untuk ana bercucuk tanam didunia ini yang mana hasilnya akan dihitung di akhirat sana, tapi ana tak gunakan ia sebaiknya..astafirullah..sedarlah wahai diri ini, bahawasanya dunia hanyalah sementara..bangunlah dari fantasi mu..

Sewaktu makan tengah hari bersama sahabat ana, Maryam, di kafe Kak Mona, kami berdikusi lagi mengenai kematian.. di saat itu tiada apa yang dapat menahan air mata ana.. deras ia mengalir sewaktu ingin menyuapkan makanan.. sungguh menakutkan kematian itu.. bagaimana perasaan ibu bapa arwah sewaktu mendapat berita mengenai kematian anak mereka? pastinya ia suatu mimpi buruk.. tatkala semua pelajar riuh dan sibuk membeli tiket balik kampung, rindu untuk bertemu keluarga, arwah terlebih dahulu bertemu denganNya.. sesungguhnya, benarlah kematian itu adalah TITIK NOKTAH hayat kita untuk bercucuk tanam di dunia.. hanya dengan berbekalkan iman dan amal dapat menerangi kita di akhirat sana..

Tafsir Fi Zilalil Quran berkenaan Surah AlQiyamah:-

"Di antara hakikat-hakikat yang besar yang dikumpulkan oleh surah ini dalam menghadapi hati manusia dan mengenakannya dengan satu kepungan yang ketat yang tidak dapat dihindari olehnya itu ialah hakikat maut yang kejam, yang amat ditakuti oleh setiap yang hidup. Tiada siapa yang berkuasa menolak maut yang berlaku pada setiap detik itu. Ia dihadapi semua orang, orang-orang dewasa dan kanak-kanak, orang-orang kaya dan miskin, orang-orang gagah dan lemah. Mereka semuanya sama sahaja di depan maut. Tiada sebarang helah dan ikhtiar, tiada berguna sebarang kekuatan dan pertolongan dan kesempatan untuk tempoh menempoh. Semuanya itu menunjukkan bahawa maut itu datang dari pihak yang tertinggi yang tidak mampu ditolak dan dihindarkan manusia"

Imam Ahmad r.a ketika melihat kubur, maka biasanya beliau berhenti dan duduk tercengang. Sedangkan ‘Uthman r.a ketika melihat kubur, maka biasanya beliau lantas menangis hingga pengsan…

P/s: semoga arwah di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh, amin.. marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kpd arwah agar ia tenang di sana..


"BERKONGSI BUKAN UNTUK MENGAJAR, TETAPI UNTUK BELAJAR"

7 comments:

Zikri Husaini said...

Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini??

mati...

sama-salah kita berusaha dan beramal..insyallah..

fahana_ann said...

salamualaik hana,
masa pengumuman tu dibuat, saya tengah berjalan nak ke masjid tuk discusion.trluncur kalimah innalillah..amal tak banyak nak mmbawa mangadap DIA. tapi kita juga tak tahu bile dimana dan atas sbb apa kita pergi,
pe pun, syukran tuk entri brmkna, perkongsian dunia akhirt:)
barokllahhu khoir

Zaqyah Razak said...

dear hana,

dah gerun/sedih/pilu nak cakap pasal arwah adik itu. tapi kita nak cakap pasal exam kamu itu, result belum keluar mana kamu tahu kecundang.... chill =)

norashikin rahmat said...

salam syg fillah,

semoga semasa pemergian, amalannya terangkat.

semoga kita dikurniakan husnul khatimah.

al-fatihah.

Islamic_Muslimah said...

Dear Zaqyah Rezzaq, hehhe...

mmg da cmfirm kecundang d tgh jalan..
mane tak nyer, mase time xam pon sempat lg melelapkan mata, adoi!! awat la soalan dia x direct jak? acik nie dah la pening2 lalat, xpndai bile corner skit..lala..

Islamic_Muslimah said...

Sesungguhnya, mati itu sesuatu yang pasti.. Ianya STATIK, tidak akan berganjak sesaat pon.. Tiadak akan cepat, dan tidak akan lambat.. Apa yang pasti, kita semua semakin hampir menuju ke arahnya, BERSEDIALAH!

Anonymous said...

"andainya datangnya kematian itu, kita tidak mampu untuk mempercepatkan atau menangguhkan walaupun sesaat"...

Tarbiyah rasulullah mengajar kita mencintai kematian, kerana itulah kehidupan yang sebenar setelah kita bertemu Tuhan.

salam jihad ya ukhti hana, teruskan perjuanganmu. Usah dirisau provokasi manusia, tetapkan matlamat, visi dan misi perjuangan.

senarai dekan atau pelajar terbaik itu bagus, tetapi belum pernah menjadi jaminan seseorang itu menjadi hero. apa yang menjadikan seseorang itu hero ialah apabila dia memberikan yang terbaik dan manusia mendapat yang terbaik daripada pemberiannya itu, lalu diganjari kebaikan dunia dan kebaikan akhirat, biarpun dia hanya seorang ;penjual ikan'.

WHAT YOU SEE IS WHAT YOU GET.

islam for all.