06 February 2010

Tanda-tanda Kematian~

Menurut buku SAKIT, Apakah Ubatnya? Penetelian daripada Al-Quran dan Hadis, keluaran WJSB Resources, ada diterangkan mengenai Tanda-tanda Kematian:-

“Sesungguhnya tanda-tanda kematian mengikut ulama’ adalah benar dan wujud. Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Diriwayatkan Rasullullah saw masih mampu memperlihatkan dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan, memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuklah mandinya, wuduknya serta kafannya sekali. Cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya, iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Belaiau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.”

Secara ringkasnya, ada 6 tanda sebelum kematian:

1) Tanda 100 hari sebelum mati - tanda pertama, lazimnya berlaku selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

2) Tanda 40 hari sebelum mati - berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang diletakkan di atas Arash Allah swt.

3)Tanda 7 hari – hanya diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang yang sakit tidak makan, tetapi secara tiba-tiba berselera.

4) Tanda 3 hari – terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Mata hitam tidak bersinar dan hidungnya perlahan-lahan jatuh dan dapat dikesan jika kita melihatnya dr sisi. Telinga akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kaki yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke hadapan dan sukar ditegakkan.

5) Tanda 1 hari – berlaku sesudah waktu Asar, akan merasakan satu denyutan di sebelah iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokkan harinya.

6) Tanda akhir – sejuk di bahagian pusat dan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucapkan kalimah Syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut.


Wahai sahabat-sahabat ku sekalian, adakah kita di antara hamba-hamba Allah yang akan menikmati tanda-tanda kematian? Adakah amalan dan ketakwaan kita dapat melayakkan kita untuk menikmati tanda-tanda itu? Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah swt semoga kita adalah di antara orang-orang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka tanda-tanda mati ini, agar kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan sama ada dari Allah swt mahupun dari manusia sendiri.

No comments: