30 April 2010

Everything's 24~

"Askar-askar Allah swt~"


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...

Alhamdulillah, diri ini masih dibagunkan untuk sekian kalinya daripada mati kecil. Hari ini 15 Jamadil Awwal 1431H bersamaan 30 April 2010, hari Jumaat, penghulu segala hari adalah hari yang sungguh indah di bumi Jelapang Padi. Alhamdulillah yang teramat kerna diberi kesempatan untuk melihat kebesaran Allah swt sekali lagi dan beribadah padaNya. Subahanallah..

Pagi ini ana di kejutkan oleh bunyi handphone ana.. *ringtone rentak lagu Jawa bak kata kawan2 ana* pangilan dari sahabat ana yang bernama Hana jugak..

"Salam.. Kak, jom g masjid.."
"Waalaikumussalam, *suara mamai* g masjid?ada apa kat masjid?"
"Ust belanja nasi lemak, jom la.."
"erkk..nak g jam bape tue?"
"jam8 yea?"
"ok, org tgu kat lab"
"ok, salam.."

Hah! lebih kurang gitu la dialognye, huhu...
Pagi nie rezeki ana murah, ana dapat makan nasi lemak free, alhamdulillah..rezeki dari Allah ^_^
Sebenarnya nasi lemak nie ust.Aus wat untuk kenduri Qiam..
Tapi, agak malang ramai yang syahid, tak dapat bagun untuk Qiam semlm..huhu..

Pagi tadi, ana, sahabat ana Hana & K.Izan jer turun makan, yang lain ada exam hari ini, jadi tak dapat turun..macam biasa, nasi kami hidang dalam talam, kami makan bertiga jew.. sedap taw nasi lemak isteri ust.Aus buat, terangkat! rasa sekali nak tambah lagi taw! bau nasi yang amat menyelerakan, cukup lemaknya, sambal yang cukup rasa, ikan bilis yang garing, kacang tanah yang rangup, telur rebus yang enak, timun yang segar..lengkap semuanya :) fuhh, kenyang..alhamdulillah ^_^

Selepas makan, kami bersihkan halaman masjid..maklumlah hari ini hari jumaat, Mak Chaq (makcik yang bertanggungjawab membersihkan kawasan masjid) cuti.. :) kawasan masjid agak kotor disebabkan beratus-ratus, dan mungkin mencecah beribu-ribu askar mati disitu.. Agak tragis kematian askar-askar tersebut.. *askar-askar yang di maksudkan adalah serangga apa tah tak taw nama, tapi sering datang mcm kekatu, time nak hujan, tapi tak hujan, lebih kurang mcm tue la, paham kot..dan tak ketinggalan kekatu* huhuhu... kami pun menyapu kawasan foyer masjid, dan hasilnya lumayan..


~hasil sapuan kami di sekitar masjid~

Melihat kejadian ini, tiba-tiba hati ana terdetik.. kenapa Allah ciptakan makhluk ini (askar-askar tadi) yang nyawanya pendek.. maksud ana, kenapa mcm kekatu, dia hidup sat jak, time ada cahaya jer dia ligat berterbangan, bila cahaya tiada suda, dia pon mati meniggalkan sayap-sayapnya.. kenapa Allah ciptakan sesuatu yang jangka hayatnya pendek? kenapa tak beri 10tahun untuk kekatu-kekatu tue hidup? aik, banyak pula kenapa, adoi!! tiba-tiba ana teringat ayat Al-Quran yang menyatakan kematian itu satu kepastian..

Maksud Firman Allah s.w.t :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat."

( Surah Ali Imran ayat 185 )

Askar-askar tadi pun termasuk dalam kategori makhluk yang benyawa, jadi benarlah kata-kata Allah yang mati itu pasti, tetapi kita tidak ketahui bila ia akan terjadi.. selepas selesai meyapu, ana terfikir, "nak buang kat mana askar-askar nie?" nak tanam ka?huhu..akhirnya, askar-askar tue di buang ke dalam tong sampah.. *Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah, semoga kemudian hari askar-askar tue tidak menuntut kepadaku, maafkan aku wahai askar-askar Allah* begitulah jua kita yang akhirnya akan kembali pada tempat asal kita dijadikan, yakni kubur@tanah..

“Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing).”

(Surah Az-Zumar – Ayat 68).

~Maafkan diri ini ya askar-askar Allah~


Begitulah perihal kematian..

Setelah selesai membersihkan kawasan luar masjid, kami beralih pula ke dalam masjid.. Nasib kami cukup baik kerana ada muslimin yang volenteer untuk men'vacuum' kawasan dalam masjid..*syukron ust Mohamad Nazri b Baso Sultan*.. maklumlah, hari ini solat Jumaat akan berlangsung :) masjid mestilah bersih agar para jemaah selesa menunaikan solat..apalah khutbah hari ini yea? :P lalalal...

Mata ana pedih suda, maklumlah, semalam tido lewat, then bagun awal, huhu.. lenguh tangan menyapu nie pon tak abis lagi, al-maklumlah, dah lama tak menyapu, hehhe..alik-alik kawasan yang luas macam masjid tue, Allahuakbar! penat, penat..lenguh tangan.. then ana terfikir, macam manalah Mak Chaq leh sapu seluruh kawasan masjid nie sorang-sorang? tak penat ke dia? ana dgn Hana, berdua pon tak larat suda, inikan Mak Chaq yang sudah berumur, masih kuat lagi.. Ya Allah, berikanlah kekuatan tubuh badan kepada Mak Chaq dan suaminya Pak Mat, dan panjangkahlah umur mereka agar dapat beribadah kepadaMu, amin...

Kat bawah nie ana ambik dari blog http://nurjeehan.hadithuna.com/ sebagai perkongsian untuk sahabat-sahabat semua..

Tujuan Allah SWT mematikan manusia:

  • Menilai sejauh mana keikhlasan dan kebaikan amalan yang kita kerjakan semasa hidup di dunia ini kerana ada setengah kita yang melakukan sesuatu amalan itu semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.
  • Membuktikan bahawa Allah SWT berkuasa mematikan manusia dan makhluk yang lain tanpa mengira rupa bangsa, pangkat, tempat, masa dan ketika.
  • Menyedarkan manusia dari lalai dan lupakan Allah serta hari kiamat lantaran kerana segala kesenangan dan kemewahan yang melimpah ruah.
  • Menggalakkan kita agar sentiasa berbuat sebanyak mungkin amal kebajikan dan menjauhi kejahatan Menyedarkan kita bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara sedangkan kehidupan di akhirat adalah lebih baik dan kekal.

~Inilah Masjidku, Syurgaku. Masjid Imam As-Syafie (MIAS) @ Majid Bukit Kachi~
*maaf, gambar kabur, gambar yg ana tgkap tdi tak boleh roteate,adoi!*


Sampai disini sahaja perkongsian hari Jumaat, heheh.. ana last paper xam 6hb nie, lambat lagi, adoi!! tak taw nak wat apa selain mentelaah buku, hihihi.. jumpa lagi..

salam alaik..

~ThEfLaSh~

3 comments:

Zikr the Jalanan Sepi Perantau said...

erm kesian semut tuh... huhu.. macam kekaltu je..mati disebabkan apa ek?? takpela... nak buat mcam ne kan....

Islamic_Muslimah said...

bukan smut la abg zik,mmg kekatu pong,hehhe...
alaa,mcm biasa la,kekatu dtg time nak hujan, serbu chaya,bila cahaya tiada,mrk cari haya lain hggalah mrk bertemu ajal.. :)

Anonymous said...

entry yang sangat baik, moga istiqomah dalam perjuangan, sesungguhnya kembara insan yang berjuang membersihkan walaupun sebesar zarah kekotoran dalam masjid, Allah sediakan bidadari khas buat mereka ini. Wallahuwalam