06 November 2010

Everything's 33~

Ayaq Bah Kedah :(


Air sungai depan umah tok yang melimpah menyebabkan umah tok ana pon banjir di masuki air.. Aras banjir masuk umah tok sampai paras dada lebih kurang :( Kerja-kerja pembersihan di sekitar umah tok sedang di lakukan oleh mak cik dan pak cik ana.. Ana tolong 'tengok' jew, hehe.. Dalam umah tok dah di bersihkan, banyak juga peralatan, baju-baju yang rosak.. Bangkai ayam, kucing juga turut di temui, sungguh tragis kematian mereka :(



Area Kuala Sungai..
Sewaktu perjalanan pulang dr KL ke Changlun.. (4/11/2010)
Sawah bendang telah di telengami air, kelihatan seperti seluas lautan..
Kami terkandas di tempat kejadian lebih kurang 2jam lebih, kesesakan lalu lintas berlaku, air deras..



Banjir telah masuk ke kawasan kilang-kilang, hampir menutupi signboard kilang :(



Permulaan banjir di Kuala Sungai..



Jalan dari Sahab Perdana nak ke Changlun di tutup berikutan banjir yang melanda kawasan Jitra.. Bus yg ana naik sebenarnya pergi ke Kangar, di sebabkan tak dapat lalu Jitra, bus tue lalu jalan ke Kuala Perlis.. ana turun kat terminal Kuala Perlis, then Pak Su ana datang ambik, alhamdulillah.. if jalan dr Changlun ke Kuala Perlis tutup, comfirm ana bermalam di hotel dekat-dekat area terminal tue, hihi.. Haa, dah tahu banjir, kenapa ana mahu pulang ke UUM juga yea? untuk pengetahuan ramai, masa ana odw nak ke kedah, dah sampai kat area Perak, ana baru dapat mesej mengenai penundaan final exam.. alahai~
If ana dapat tahu awl mengenai penundaan exam, comfirm ana tak balik kedah lagi, baik ana sambut depavali + haji kat KL, lalala~ tak palah, ada hikmah di sebaliknya, betul dak? ^_^ Final Exam dah di tangguhkan, so ana start exam pd 24hb nov nie.. if ikutkan jadual yang lama, ana exam 11hb :) so, i still have time to study.. masa duduk kat umah ana tak study pon, huhu.. tarikan rumah tue kuat sangat, tak dapat nak fokus study, iskh2.. alasan je kan? hehehe..


Now ana di hostel suda.. aik? mana semua orang? sunyi jak.. ~_~
Adoi!! bila ana balik hostel, mereka semua sudah pulang ke kampung halaman masing-masing, maklumlah exam dah di tunda..cuaca pon tak menentu kat utara nie.. since ramai student yang balik kampung, hope kafe masih buka la, if tak buka, kebuloq la kami di sini, chewah~



p/s: Kepada mangsa-mangsa banjir, bersabarlah atas ujian yang menimpa.. moga ada sinar di akhirnya, amin :)
~Islamic_Muslimah@ThEfLaSh~

1 comment:

khadamgerakanislam.blogspot.com said...

Pagi tadi ana berada di Shahab perdana untuk pulang ke Perlis.. Di Kuala Sungai air masih deras.. ; )