04 January 2011

Everything's 36~

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...

Allah itu sifatnya Maha Pengampun, Pengasih, Penyayang.. Pernah diceritakan bahawa, ada seorang hamba Allah ini berbuat dosa, lalu dia memohon ampun dan bertaubat atas dosa yang telah dilakukan.. dan, sifat manusia pula sering mengulangi perkara yang dilarang.. lalu, hamba ini mengulangi dosa yang pernah dilakukan sebelum ini dan bertaubat semula, Allah tetap mengampuni dosa si hamba itu.. hamba itu mengulangi semula dosanya dan bertaubat, Allah masih mengampuni dosa si hamba, sehiggakan ana diberitahu hamba itu mengulangi dosa tersebut dan bertaubat lebih 5 kali.. apa jua dosa yang kita lakukan, dan kita bertaubat sesungguhnya, maka Allah tetap mengampuni kita.. selagi roh tidak sampai ke halkum, kita masih ada masa lagi untuk bertaubat..


Aduhai~
Tak pandai betul ana nak ulas cerita yang ana dengar, tak sedap dan tak memberi rangsangan rasanya kpd pembaca, huhuhu.. Ana time di ceritakan perihal ini, ana tengah khusyuk layan KFC, Zinger Burger yang baru tue, adoi.. if ada kat tempat yang sesuai, pasti dan pasti ana dah catit agar dapat disimpan ^_^ cerita tue panjang sebenarnya, siap ada hadis yang menyokong, tapi.. maklumlah ana nie insan yang lemah, daya ingatan tak berapa tajam pula, huhuh.. apa-apa pun, ana dah lama tak rasa perasaan yang ana alami ketika itu, sungguh mengasyikkan ^_^ i'll remember that moment until i die, chewah~ love KFC very much! nyam, nyam..

Cuti semester hampir tamat.. student IPTA yang lain semua dah daftar semester baru, tapi kami IPTA Utara lewat 2 minggu, seronoknya :) cuti kat rumah ini ana hanya habiskan masa dengan family dan TV saja, iskh2 terukkan? :P setiap hari ana akan buka ASTRO Ceria, channel favorite ana.. dan cartoon paling syo0k dan best is DETECTIVE CONAN! never miss it..



Serba sedikit mengenai carto0n nie :-

Pada permulaan cerita, pelajar yang berusia 17 tahun yang bernama Kudou Shinichi telah menjadi budak lalu bertukar nama kepada Edogawa Conan. Shinichi pada mulanya telahpun terkenal sebagai detektif remaja di bahagian timur Jepun (Tokyo). Pada suatu hari, Shinichi pergi ke taman permainan yang bernama "Taman Tropika" bersama Ran Mouri . Dia terlibat dengan kes apabila penunggang roller coster, Kishida, hilang kepalanya. Dia berjaya menyelesaikan kes tersebut dan ketika kepulangannya, dia menyaksikan satu pertemuan yang berlaku melibatkan sekumpulan lelaki yang memakai pakaian serba hitam. Malangnya, kehadirannya telah diketahui oleh salah seorang daripada mereka dan mereka memukul dan memberinya racun ujian yang bernama Apotoxin-4869 (APTX4869), yang sepatutnya membunuh Shinichi. Walau bagaimanapun, racun itu tidak membunuhnya tetapi sebaliknya, mengecutkan badannya hingga ke saiz pelajar sekolah rendah.

Dengan mengikut nasihat Dr. Agasa Hiroshi, Shinichi menyembunyikan identiti dan kisah sebenar kerana dikhuatiri akan diketahui penjahat berpakaian hitam tadi. Apabila Ran menanyakan namanya, Shinichi terlihat buku karangan Arthur Conan Doyle dan Edogawa Ranpo yang menjadikan namanya "Edogawa Conan." Agasa mengatakan yang "Conan" adalah anak saudaranya tetapi terlalu sibuk untuk menjaganya lalu mencadangkan "Conan" tinggal bersama dengan Ran, yang kemudiannya dipersetujui oleh mereka berdua.

Bapa Ran, Mouri Kogorou juga seorang detektif tetapi tidak begitu cekap. Conan sering menyelesaikan misteri untuknya. Dengan penampilan Conan yang hanya seorang budak, pihak polis jarang pedulikan Conan. Maka, Conan mempergunakan Detektif Mouri dengan menyuntiknya "jarum bius" dan berpura-pura menjadi Mouri dengan menggunakan pengubah suara yang ada di reben lehernya.

Sumber dari Wikipedia~


On day my sis said, "Aik, ko tak tengok kartoon ka? pelik-pelik.."
Me replay, "Tengok, tapi cerita owang putih nie best lorh.."

lebih kurang macam tue la dialognya, huhu.. umur dah menigkat, tapi cite cartoon tak leh lepas, iskh2.. ^_^


p/s: layan duniawi layan gak, tapi jangan lupa hal ukhrawi Noor Hana.. sibuk dengan majlis Walimatulurus bulan 2 nie, beli itu beli ini, lalala.. dan mem'busy'kan diri mencari tempat praktikal ^_^

~Bertaubatlah sebelum nafas terakhir~



~Islamic_Muslimah@ThEfLaSh~

1 comment:

Maryam Rahman said...

haaa...pasal katun tu mmg me tau sangat, asyiikkk bangat ya kamu! haha.. neway, x sabo nak attend knduri abg akak tu..dun 4get to invite yea! ouh 1 more thing, sem ni short sem, maka sesama lah kite berusaha mendapatkan keputusan yang cemerlang, sape berusaha die berjaya! hoyeah!