06 January 2011

Everything's 37~

ABC??

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...

Setinggi-tinggi syukur kepadaNya atas segala nikmat yang telah dikurniakan tanpa meminta sebarang pembalasan, dan itulah sifat Allah swt yakni Ar-Rahman ^_^ Allah yang Maha Pengasih, kasih sayang yang dicurahkan tidak berbelah bahagi, kasihnya pada yang Islam serta kafir, yang baik mahupun jahat, yang soleh ataupun sebaliknya.. Alhamdulillah atas segalanya, Ya Allah.. Jadikanlah kami dari hambaMu yang bersyukur..


ABC - Air Batu Campur

A for Apple

B for Ball

C for Car

hehe, entry nie bukan nak mengajar ABC duniawi, tapi ABC yang ada relate dengan ukhrawi ^_^


Hah, bila seseorang wanita itu ABC (Allah beri cuti), ada beberapa benda yang dia tak boleh buat.. contohnya solat, megaji (melainkan dia dah hafal) dan sebagainya.. enty yang lebih kepada kaum wanita

Jadi, ada seorang sahabat ana beri suggestion.. dia kata after jak azan, dia soh ana istigfar + selawat sebanyak 10x.. if terlupa nak istigfar + selawat time subuh contohnya, dia soh ana 'qada' semula ^_^ benda nie bukan wajib pun, tapi ia adalah salah satu alternatif lain yang kita boleh buat semasa ABC :) tak salah pun cuba, malah berganda-ganda pahala dapat, hehe.. lagi pun ia melatih kita istiqomah :) bila tak ABC pun kita yang dah terbiasa istigfar + selawat after azan, then secara automatiknya kita akan istigfar + selawat, amacam? best rite? ^_^ ana pon kadang-kadang if tak ABC, miss gak buat, heheh.. tapi bila ABC, alhamdulillah, tak ingat nak buat after azan, ana 'qada' pada waktu lain, hihi.. manusia mudah lupa, lalala :P


"aku memohon ampun kepada Allah yang tidak ada Tuhan selain Dia, yang hidup dan selalu jaga; dan aku bertaubat kepada-Nya"


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.

Sabdanya yang bermaksud:

Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.



Rasulullah SAW telah bersabda bahawa : Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barangsiapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."



Subahanallah, Maha Suci Allah ^_^
Jadi, apa tunggu lagi, let's practice it :)
Tak rugi apa-apa pun, malah kebaikan yang diperolehi..
Perbetulkan niat, pasti ada jalan untuk kita..

Untuk lebih pembacaan, sila baca disini - Istigfar Pengubat Dosa


nota Mamie : jangan bercakap time azan :)



~Islamic_Muslimah@ThEfLaSh~

2 comments:

maryam rahman said...

salam, nice entry! LOVE it! :) keep on writing, n i'll be following u, insyaallah!

°`° NiSa °`° said...

very good info