04 January 2009

Everythings 2~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Assalammualaikum wrt wbt...

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih di beri peluang untuk meneruskan hidup di dunia ini. Alhamdulillah, kerana di beri peluang untuk beribadah kepadaNya. Alhamdulillah, kerana di beri peluang lagi untuk bertaubat atas segala dosa-dosa yang lalu. Alhamdulillah untuk semuanya.. Syukran Ya Rabb..

Masih tidak terlewat lagi untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah, 1430H kepada semua umat Islam. Dan tidak lupa juga Selamat Tahun Baru 2009. Sekali lagi tahun baru muncul, masing-masing punya azam dan niat yang baru. Menyentuh tentang azam, adakah azam kita tahun-tahun yang lepas tercapai? Ataupun hanya sekadar azam? Saya juga tergolong dalam orang yang membuat azam, tetapi...adakah tercapai? Tepuk dada, tanya selera.. ^_^ Tahun 2009 ini saya bertekad untuk meninggalkan perkara yang buruk yang boleh memcacatkan diriku untuk menjadi Muslimah sejati, insyaAllah. Kita haruslah MENJADI, dan bukan MENCARI. Saya suka ayat ini. Ia memberi makna yang mendalam. (saudara & saudari boleh refer pada post yg lepas, MENCARI @ MENJADI). Banyak sebenarnya azam saya, insyaAllah dengan izin Allah saya akan berusaha melaksanakanya.

Tahun baru mula menjengah, semester baru di IPTA/IPTS pula mula bergerak kencang tanpa melihat kebelakang. Semester 1 menjadi pemangkin kepada ku untuk terus berusaha di semester akan datang. Result semester 1 menyedarkan ku agar berusaha lebih keras untuk mengejar apa yang tertinggal. Sewaktu dalam kesedihan, seorang sahabatku mengingatkan ku agar jangan berputus asa. “Iskh, jgn give up ok..stp yg blku ada hikmah, remember that.. and tak semua yg kita nak, kite leh dapat, betul tak? Ni semua dunia je kak, memang kita nak berjaya dunia akhirat, tapi dr sudut lain mungkin result mcm nie mendekatkan kita pada Allah, yelah let says buatnya kita dpt result gempak-gempak, entah2 kita takbur, riak kan..so at least result kita mcm nie, kita yakin Allah tue sentiasa ada bersama utk membantu, so trima je apa2 dgn hati terbuka, and kita sama2 wat azam study hard for the comming test k..insyaAllah boleh..”. Tersentuh hati bila my fwen advice me like this, thanks a lot ^_^ Uhibbu: Berjaya dan gagal itu tarbiyah dari Allah..

Ya Allah.. Kau yang Maha Besar, Maha Berkuasa atas sekelian alam. Subahanallah.. Masya-Allah.. Allahu Akbar.. ucapkanlah kata-kata memuji Allah setiap hari, agar kita merasa dekat padaNya. Sewaktu kita melihat keindahan alam ciptaanNya, kecantikan makhluk hasil kesenianNya, maka pujilah Allah.. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar.. ^_^ Ingatlah ALLAH semasa kita SIHAT dan MASA LAPANG.

“Orang-orang yang ingat kepada Allah ketika sedang berdiri, duduk dan sewaktu baring. Dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi, (lantas berdoa), ”Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semuanya ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau. Maka peliharalah kami dari azab neraka.” Surah Ali Imran : 191

“Orang-orang beriman dan tenteram hatinya dengan mengingati Allah. Ingatlah! Hanya dengan mengingati Allah sahajalah beroleh ketenteraman hati. ” Surah Ar-Ra’Du : 28

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, sabda Rasulullah saw: “ Firman Allah swt, Aku sentiasa bersama dengan hamba-Ku pada dirinya, Aku mengingatinya apabila ia mengingati-Ku. Sekiranya ia mengingati-Ku dalam keadaan berkumpulan, Aku mengingatinya dalam keadaan berkumpulan lebih baik daripada mereka. Sekiranya ia mengingati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya sedepa. Sekiranya ia datang kepada-Ku sedepa nescaya Aku akan mendekatinya sehasta. Sekiranya ia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan, Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari.” (Muttafaqun ′Alaih)

Wallahualam..

p/s: Semoga uhibbu cepat sembuh dr penyakitnya dan di panjangkan umur agar dapat meneruskan perjuangannya menegakkan Islam. Amin.. Allahu Akbar!!

No comments: