27 January 2009

Everythings 3~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Assalammualaikum wrt wbt...

(Me dah lama dah tulis karangan kat bawah nie,tpi masa nak post kat blog xdok masa, so sedikit basi la ceritanya)

Salam perjuangan buat sahabat-sahabat semua… Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di beri nikmat pancaindera, yakni nikmat melihat, nikmat mendengar, nikmat sentuhan, nikmat menghidu, nikmat merasa serta nikmat bernafas. Selain itu, bersyukur kerana kita berada di negara yang aman damai hendaknya. Tetapi, apakah nasib saudara-saudara kita di Palestin? Adakah mereka berada dalam keadaan aman damai? Tenteram? Adakah mereka berada dalam nikmat pancaindera? Atau nikmat melihat mereka telah hilang disebabkan terkena percikan bedilan bom? Atau tangan-tangan mereka telah kudung disebabkan tembakan oleh Rejim Zionis sehingga nikmat sentuhan telah tiada?

Setiap hari dada-dada akbar terpapar kekejaman Rejim Zionis dan terpancar keperitan serta kedukaan rakyat-rakyat Palestin. Di sudut hati kita sering tertanya-tanya dimanakah sikap perikemanusiaan mereka. Adakah mereka semua telah dididik agar bersikap ketidakberperikemanusiaan?? Wujud lagi manusia kejam sebegini.. Ini bukan isu umat Islam sahaja, bahkan ini ISU KEMANUSIAAN. Ya Allah, hapuskanlah Rejim Zionis ini.. Semuanya berpunca dari ‘ulamak’ Zionis yang menjanjikan pahala besar serta melimpah-ruah kepada tenteranya sekiranya mereka berjaya menembak tepat OTAK atau SALURAN PENAFASAN rakyat-rakyat Palestin. Palestin dah jadi macam Laut Merah yang di penuhi dengan darah dan mayat bergelimpanggan dimerata-rata tempat. Kanak-kanak yang tidak berdosa, yang baru pandai menyebut ayah, ibu turut menjadi mangsa mereka. Wanita mengandung serta orang tua juga menjadi sasaran senapang patah mareka. Mereka bunuh kanak-kanak mungkin sebab tak nak ada pewaris or keturunan yang beragama Islam. I guess…





Ya Allah, berikanlah kemenangan kepada agama-Mu yakni Islam, amin…
Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami di Palestin…hanya padaMu kami memohon pertolongan…

Sebenarnya ‘Ana baru balik dari forum. Forum tue berkenaan ‘Sebuah Iltizam’. Before forum itu start, kami didedahkan dengan video berkenaan penderitaan rakyat-rakyat Palestin. That’s why ‘Ana bersemangat pasal Palestin nie. Perasaan ‘Ana bercampur baur dengan sikap Laknatul Rejim Zionis nie. Iskh2.. tak taw la apa ‘Ana nak cakap.. semasa sesi soal jawab, ada seorang muslimin bertanya kepada ahli panel. “Isu Palestin nie dah lama dah, tapi kenapa bila Palestin kena bedil baru nak perhangatkan isu nie? Baru nak beri bantu dan sebagainya..seperti ia isu bermusim saje.” Ada benar gak kata mamat nie, ‘Ana pon baru terfikir, huhuh.. ‘Ana pon enggak ada answer nyer :P

Selain itu, ada banyak program kat kampus ini yang dijalankan untuk membantu rakyat Palestin. Baru-baru nie, ada wakil dari Gaza datang untuk beri information sedikit sebanyak tentang keadaan di Palestin, siap ada conference video antara orang dari Gaza nie wif his mother..but, ‘Ana x dapat tengok coz I’ve SDG session (mentor mentee). ‘Ana just sempat dengar sesi soal jawab antara auditions wif this Gaza man. Pada akhir program tue, ada bacaan Qunut Nazilah yang dibaca oleh saudara kita yang berasal dr Yamen. Sedap sungguh bacaan dia, hampir mengalir air mata ‘Ana dengar bacaanya. Akhir sekali, kami melaungkan takbir sebanyak 3x..

Allah Huakbar!!
Allah Huakbar!!
Allah Huakbar!!

Selain itu pihak Masjid Sultan Badli Shah ada mengadakan Solat Hajat dan bacaan Yassin untuk rakyat-rakyat Palestin. Moga doa kami sampai kepada rakyat-rakyat Palestin, amin..

Ha, lagi satu ‘Ana nak mengajak semua sahabat-sahabat diluar mahupun didalam sana.. marilah kita BOIKOT barang-barang keluaran Israel..tak kesah la mana-mana barang keluaran Israel nie, asalkan kita dapat elak dari beli, kira dah bagus..if dah terikat sangat dengan barang tue, try cari alternatif lain supaya sedikit sebanyak kita menunjukkan bantahan kita terhadap Laknatullah nie..

Marilah kita sama-sama berdoa moga rakyat-rakyat Palestin diberi ketabahan serta kekuatan oleh Allah untuk menentang Rejim Zionis ini. Bantulah mareka dengan menadah tangan dan berdoa kepada Allah. Allah Huakbar..!!

p/s: Sekarang ‘Ana cuti Chines New Year + Mid Sem..nak di jadikan cerita, ‘Ana sibuk boikot barangan Israel, tengok-tengok my family baru je beli barang keperluan kat TESCO, astafirullahalazim.. ‘Ana da cakap da kat mak yang kite kene boikot barang Israel coz setiap sen yang kita bayar tue membunuh rakyat Palestin..waduh-waduh, ‘Ana rasa my parents tak dapat pendedahan seperti yang IPTA & IPTS wat sekarang..that why jadi macam nie..tapi, ‘Ana harap my parents lebih berhati-hati membeli barang keperluan. Maklumlah, tanda halal pon dibuat main sekarang nie. Nie yang ‘Ana takutkan..Dibawah ini 'Ana sediakan product-product keluaran Israel..tepuk dada, tanya iman, heheh :)

No comments: