08 March 2009

DIA KEKASIH ALLAH

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah

Album : Jalan Bahagia
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid. com

Lagu : Putra Aiman
Hijjaz Records Sdn.Bhd
Lirik : Ito Lara
Gurindam Entertainment

Rasulullah s.a.w diputerakan pada hari Isnin 12 Rabiul awal, Tahun Gajah

SALAM MAULIDURRASUL 12 RABIULAWAL 1430H....09/03/09...bersama kita memunajat diri,mendalami erti kehidupan sendiri ...dan bersyukur kerana lahir sebagai umat pengikut Nabi Muhammad SAW...penuh dengan kesempurnaan...bergandinglah kita dalam Islam.

No comments: