19 July 2010

Everything's 29~

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi Yang Maha Berkuasa menghidup dan mematikan semua makhluknya.. Subahanallah, Maha Suci Allah.. Allahuakbar, Maha Besar Allah.. tiada siapa yang lebih berkuasa melainkan DIA..

Waktu petang yang damai, tergerak dan terpanggil hati serta minda dan tangan ana untuk menulis untuk mengisi ruangan blog ini.. roomate ana baru membeli beberapa buah buku untuk pengisian rohani, antaranya Detik-detik sakaratul maut, Alam Barzakh dan .... tetiba, roomate ana terbaca satu ayat dalam buku tue yang amat menyentuh hati:

“ Sesungguhnya Aku tidak mengeluarkan seseorang dari dunia, yang Aku bermaksud menyayanginya, sehingga Aku jadikan semua dosanya menjadi penyakit di dalam tubuhnya, menjadi musibah kepada keluarga dan anak-anaknya, sempit kehidupan dan sedikit rezekinya, sehigga yang tinggal hanyalah seberat biji zarrah. Kalau masih ada lagi dosanya yang tinggal Aku susahkan kematiannya sehingga ketika dia datang menjumpai Aku jadilah ia seperti hari dilahirkan oleh ibunya”

(Hadis Qudsi)

Subahanallah, betapa Allah sayangkan kita semua dengan meringankan seksaan di akhirat.. dengan memberi kita sakit di dunia agar semasa kita berjumpa NYA, kita bersih, umpana tiada dosa sedikit pon.. betapa Allah itu BAIK kn? Sedarkah kita? Mari kita renungkan hadis qudsi di atas, moga ia menjadi iktibar untuk kita semua, amin..

---------------------------------------------------------------

Pada 17hb Julai 2010, secara rasminya ana dan sahabat ana (Maryam) bergelar “BUSINESSWOMEN” ^_^ kami menjalankan business menjual kueh@kerepek ;) incident ini bermula pada hari sabtu, selepas aktiviti ko-k.. pada 17hb tue Maryam bercadang nak ke changlun, ada hal sikit.. ana pon ambil peluang balik ke kampung, kami “merempit” ke changlun, pinjam moto k.lin :P selepas selesai urusan Maryam, kami pulang ke kampung ana, kat changlun gak, tak jauh pon :P mula-mula kami singgah kat umah tok, kat sana ada mak ngah, pak lang, pak cik n pak uteh.. duduk kat sana sat, makan-makan, minum-minum.. then singgah umah usu+pak usu pula, berhadapan dengan umah tok jew.. :) kat sana pon kami makan-makan, minum-minum.. sambil membelek-belek bekas makan yang ada atas meja, ana ternampak kueh batang buruk, ngap satu, sedapp!! Ngap dua, sedaapp!! Ngap tiga, seedaaapp!! Aisey, memang sedap, tak pernah ana rasa kueh batang buruk sesedap tue! ^_^ ana dan Maryam tak berhenti makan kueh tue, tangan kami macam robot, mulut kami macam mesin, mengunyah jew.. hah! Satu bungkus dah abis, jom bukak lagi satu, heheh :P sedapp, sedapp.. sampai menjilat jari tue.. waduh, sekarang pon terbayang kueh batang buruk tue, terliur walaupon baru je tadi makan roomate punya, hihi.. (nak beli sendiri mahal, huhu) :p

Makan punya makan kueh batang buruk tue, tetiba terlintas kat akal fikiran kami nak jual kueh tue.. mana tak nya, sedap kot! Disebabkan kesedapannya, kami gerenti student lain pon pasti akan suka, that why kami berani nak try jual kat hostel kami, hihi :) Usu cakap kueh tue dia beli kat area perumahan, tempat alang (anak usu) tusyen.. dekat je dengan rumah usu.. berangan-angan sat dengan Maryam, kami pon ambil keputusan nak jual kueh tue kat Bank Rakyat, wah..drastik tak? Dari angan-angan, menjadi kenyataan :) 1st time rasa berkobar-kobar serta bersemangat nak jalankan business walaupon kecil.. mana tak nya, study dah elok ambik International Business, bila lagi nak aplikasikan apa yang dah belajar if bukan dari sekarang, right? :P

After kami berangan-angan tadi, kami utarakan niat kami kat usu..then pak usu tunjukkan rumah yang menghasilkan kueh tue.. kami pon dengan bersemangat cuba menjalankan proses rundinggan (negotiate) antara pengusaha dan usahawan muda yakni kami :P deal punya deal, kami nak tempah 100 bungkus kueh untuk permulaan, yakni 50 kueh batang buruk, 50 kueh kapal terbang :) jam 6 petang kami dah boleh ambil semua kueh-kueh tue.. sementara menunggu tempahan kami siap, kami stay kat umah usu, rehat, makan nasi, berangan sebagai businesswomen, mengira untung, modal dan sebagainya :p sebelum jam 6, kami membeli barang-barang keperluan untuk business kami seperti buku catatan.. hoyehh!! I’m businesswomen, we’re businesswomen ^_^

Dalam jam 6.30 petang, tempahan kueh kami da siap.. tapi tak cukup 100 bungkus, sebab mak cik kurang sehat :( *kami doakan moga m.cik@mak angkat kami di berikan kekuatan tubuh badan, dan sehat selalau, amin* anyway, kami dah jadi sebahagian dari keluarga tue, depa semua bagus-bagus, peramah, so nice that family, we love it!! ^_^ hah!! “baru balik dari Danok ka?” ayat yang mungkin terkeluar dari mulut orang yang melihat gelagat kami membawa muatan yang berlebihan menggunakan moto, heheh.. satu beg plastik besar dok kat raga moto, lagi satu Maryam pegang, hah! Memang kami baru balik dari Danoq beli beras, maklumlah beras Malaysia mahal, heheh.. such a sweet memory ^_^

Sekarang, kami tengah berusaha mencari loyalt customer, wat promosi dan sebagainya.. nak tarik lebih ramai customers beli product kami.. maklumlah, Ramadhan nak datang, Syawal bakal menjelma, jadi mesti ramai nak beli kueh raya, huhu.. apa-apa pon, wish we all da best in this business yea ^_^ hope we sucesess dunia & akhirat, moga apa yang kami dapat, di berkati oleh Nya, amin..

“Sembilan per sepuluh dari sumber rezeki ialah dalam perniagaan.” (Riwayat Bukhari)


Mai beli, murah ja.. makan sekali, pasti nak lagi ^_^

sungguh laziz...nyam, nyam :)

kotak niaga yang di letak bersebelahan dengan lab :P


p/s: sesiapa yang nak buat tempahan, bolehlah menghubungi ana dan Maryam di email = islamic_muslimah86@yahoo.com / aryizumy@yahoo.com ^_^

4 comments:

Maryam Rahman said...

salam..
nice post..post yg ditunggu2 keluar sudah..hehe
nway nasihat dan pengajaran tu, terima kasih..:D

businesswoman yea? hik2..smoga perniagaan kite ni maju la kak..kalau diizinkan Allah , nak jugak dapatkan tempahan dari luar kampus..then trus spread ke SABAH & sarawak insyaallah XD

norashikin rahmat said...

masyaAllah..hebat betul kakak2 ikin ni..dah ada business.. semoga maju dan diredhai Allah..(amin)..

nanti bleh la kin tempah sepasang..(kedua2 jenis). buleh? kak hana sat lagi nih bawak aa pi kuliah.. :D

Islamic_Muslimah said...

salam ^_^

to miss ikin = alhamdulillah, dr bidang terjun, terus kpd usaha yang berterusan, insyaAllah :) nak oder yea kueh kami? buleh, buleh..

to miss maryam = hehe, post lambt kuar sbb mslah tertentu :P wah, tempahan dr SABAH yea? insyaAllah boleh jika niat kita betol, dan istiqomah :)moga hasil yg kita perolehi di berkati olh Nya :) amin..

cintadalamhati said...

salam...
moga success dlm perniagaan kecil2lan.. amin..