11 August 2010

Everything's 30~

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN ^_^


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...

Alhamdulillah, alhamdulillah.. bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi dapat bertemu dengan bulan yang begitu mengasyikkan, bulan yang menguntungkan, bulan yang membawa cahaya dan sejuta rahmat, yakni BULAN RAMADHAN ^_^ ada yang mengatakan Bulan Ramadhan adalah bulan "shopping", beli 1, dapat 10 :) amacam? bestkan? Bulan Ramadhan nie Allah tengah buat "GRAND SALES", sesiapa yang lepaskan peluang, maka rugilah ia.. al-maklumlah, "GRAND SALES" nie hanya sekali setahun, 30 hari sebulan.. ia pon ada had limit taw! hehe.. macam mana? nak join ana dan sahabat-sahabat lain take this offer dak? mesti nak rite? jom, jom pulun :) InsyaAllah..



Sepanjang Ramdhan nie, Masjid Bukit Kachi, tempat dimana ana di tarbiyah menjalankan beberapa aktiviti untuk mahasiswa/i UUM :) semua aktiviti-aktiviti ini membawa kami kepada GRAND SALES" yang Allah sediakan.. antaranya:-

~Solat Tarawih berjemaah = diimamkan oleh imam-imam muda tahfiz yang dibawa khas dari Maahad Tahfiz, Jitra.. Alhamdulillah, 1st day tarawih Masjid Bukit Kachi penuh, sampai tempat muslimat diperluaskan, dan ada yang kena solat kat foyer(perkarangan) masjid, di alaskan tikar :) harap ia tidak akan berakhir hingga Ramadhan dipenghujung waktu.. ha, kami berpuasa kat sini dalam 3 miggu jer, pastue da stat cuti, 3hb Sept ^_^

~Tadarus Al-Quran selepas solat Asar & Tarawih = muslimin 15 juzuk, muslimat 15 juzuk.. slpas tamat 30juzuk, Majlis Khatam Al-Quran pula berlangsung.. Ana paling suka Tadarus Al-Quran, sbb time nie bila kita baca, sahabat-sahabat lain akan tengok dan perbetulkan bacaan kita, tajwid, makhraj dan sebagainya.. tak dak la kita "syok sendiri" masa baca tue.. kita rasa, kita baca betul, pada hal banyak silap, tajwid entah kemana, sebutan terpesong masuk gaung, kan dah salah makna apa yang Allah nak sampaikan..

Selain tue, kat Masjid Bukit Kachi ada sediakan berbuka puasa setiap hari.. then masak bubur lambuk..waduh, sedapnye bubur lambuk.. sape nak bubur lambuk? angkat tangan!! hihi.. 18 Ogos nie Sultan Kedah nak mai Masjid Bukit Kachi, nak mengiktirafkan Masjid Bukit Kachi dan switch nama dr Masjid Bukit Kachi kepada Masjid As-Syafie ^_^ agak sibuklah kami menjelang tarikh tue.. :) demi Masjid Bukit Kachi, kami sanggup berkorban :P chaiyok!!


"Selamat datang Ramadhan, bulan penuh ampunan, Selamat datang Ramadhan, bulan penuh ganjaran, Mari kita menyambut dengan hati gembira, Mari kita menyambut dengan hati bahagia, Allah jadikan Ramadhan bulan penuh berkah, Allah jadikan Ramadhan bulan penuh rahmah, Perbanyaklah ibadah, jangan lupa sedekah, Perbanyaklah tadarus, jangan lupa selawat, Selamat datang bulan yang siang harinya mulia, Selamat datang bulan yang malamnya pun mulia, Nafas dan tidur kitapun mendapat pahala, Dosapun diampuni doapun diterima…. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KEPADA KEKASIH-KEKASIHKU "


p/s: Ana mohon maaf sekiranya ana ada melukakan dan terlukakan hati dan perasaan sahabat-sahabat sekalian, zero zero yea ^_^ Moga Ramadhan kali ini memberi sejuta makna dalam hayat kita.. moga ia menjadi yang terbaik sebelum kita dipaggil olehNya..



~Islamic_Muslimah@ThEfLaSh~

2 comments:

Zikr the Jalanan Sepi Perantau said...

puasa jangan tak puasa.. :-)

Islamic_Muslimah said...

Puasa, mst puasa, WAJIB!
bulan yg penuh pegampunan, dont miss it.. :)