25 May 2011

Everything's 42~

Jadilah seperti KUMBANG~


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas segala macam nikmat yang diberi.. syukur tak terhingga, alhamdulillah..

Sahabat-sahabat pernah dengar pepatah ini tak:

"Bunga bukan sekuntum, Kumbang bukan seekor"

Kata-kata yang sering kita beri pada seseorang bila berlakunya perpisahan, betul tidak? =) walaupun bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor, tapi dialah bunga@kumbang yang terpelihara, mana mungkin kita mahu melepaskannya.. aduhai~ sudah melalut pula enty Jadilah seperti KUMBANG nie.. main point dia bukan lelaki, yang mana sering di kaitkan dengan kumbang.. tapi, betul-betul kumbang, sejenis haiwan, serangga ciptaanNYA..

Kenapa ana kata jadi seperti kumbang??

Cuba sahabat-sahabat lihat kumbang yang ada di sekeliling.. *kat uum ada byk kumbang*..
Pernah dak tengok masa mereka jatuh, tergolek dan terlentang?
Jika diperhatikan betul-betul, once mereka jatuh, dalam keadaan terbalik, susah nak bagun semula.. Tetapi, disebabkan semangat yang kental untuk hidup, mereka berusaha dan terus berusaha.. never give up!! ALLAH telah ciptakan kumbang-kumbang sebagai serangga yang unik, bermanfaat, tiada sia-sia..

Dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan Kami, Tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia” (QS Ali Imron:191).

Kebanyakkan kumbang dikaitkan sebagai serangga perosak.. tetapi, walaupun ia serangga perosak ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biology ^_^ sebagai contoh, kat ladang tebu.. if terlalu banyak tikus, tak boleh gak, nanti rosak tebu-tebu tue.. that why adanya ular kat ladang tebu untuk makan tikus-tikus nie.. then ada pula helang untuk makan ular-ular.. inilah yang dikatakan ekosistem yang seimbang, chewaah! sains tingkatan bape tah belajar =p

Hah, kembali pada kisah kumbang yang never give up.. cuba sedaya upaya nak bagun semula, cuba untuk berada dalam keadaan yang asal.. so that, mereka boleh terbang semula untuk teruskan hidup.. bila kita selidik kembali, kebanyakkan kumbang-kumbang akan mati dalam keadaan terbalik, dalam keadaan mereka tengah berusaha untuk bagun semula.. mungkin badan kumbang yakni cengkerang dia berat sangat, that why tak boleh bangun.. inilah indahnya ciptaan TUHAN..




Semasa ana google cari maklumat mengenai kumbang, ana terjumpa story mengenai "Kisah perang antara labah-labah dengan seekor kumbang yang besar" di blog http://langkahmindapositif.com/

Ceritanya begini


Seekor labah-labah kecil sibuk menyiapkan jaringan sarangnya di celah ranting di sebatang pokok. Usahanya hampir selesai dan labah-labah kecil ini sudah membayangkan ia sudah boleh berehat sambil menanti akan mangsa kecil melewati sarangnya dan tertangkap.

Pun begitu, seekor kumbang yang besar dengan sengajanya melakukan aksi stunt dengan kelajuan tinggi lalu merempuh sarang si labah-labah kecil itu lali memusnahkannya sama sekali.

Mujurlah si labah-labah kecil terselamat daripada rempuhan tersebut.

Tetapi begitulah kejadiannya, setiap kali si labah-labah kecil berjaya menyiapkan sarangnya, setiap kali itu juga si Kumbang akan terbang merempuhinya.

Tidak tahan dengan kejadian itu, si labah-labah kecil itu mengadu kepada Raja Labah-labah. Raja Labah-Labah begitu simpati dengan nasib yang menimpa si labah-labah kecil. Lalu si Raja memberi cadangan….

Keesokannya, terdapat belasan sarang labah-labah di belakang sarang si labah-labah kecil. Raja Labah-Labah terlah mengarahkan sarang-sarang tersebut dibuat bukan sahaja untuk membantu si labah-labah kecil, tetapi juga ia akan menjadi perangkap maut untuk si kumbang.

Sebaik sahaja matahari mula menyinar, kumbang kembali terbang dengan niat untuk merempuhsarang si labah-labah kecil. Kumbang akhirnya menyedari, akan adanya belasan sarang labah-labah lain sewaktu ia semakin menghampiri targetnya, namun sudah terlambat ia untuk mengelak.

Rempuhan kali ini sememangnya masih memusnahkan sarang si labah-labah kecil dan beberapa sarang yang lain, tetapi akhirnya Kumbang terperangkap di sarang labah-labah yang lain yang mempelahankan kelajuan rempuhannya.

Sebaik sahaja kumbang terperangkap, kesemua labah-labah termasuk si Raja Labah-labah dan si labah-labah kecil menyuntik racun ke badan si kumbang lalu membunuhnya.

Moral cerita ini adalah, selemah mana pun kita..jika bersatu padu serta menggunakan helah pasti mampu menumbangkan lawan yang jauh lebih gagah. InsyaAllah





nota Mamie: walau apa pun, dan siapa pun kita, kita punya kelebihan masing-masing.. jadilah seperti apa yang kita inginkan.. nak jadi gajah pun boleh =p

No comments: