27 May 2011

Everything's 43~

Perjalananku~


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Selawat dan Salam utk Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabatnya.

Assalammualaikum wrt wbt...

Sambil tengok Astro Ceria, Detective Conan sambil menaip blog compang-camping nie, heheh.. terel taw Conan nie selesaikan setiap masalah pembunuhan.. wohaa~

Entry kali nie tak dak motif atau fokus sangat, cuma nak share jak pengalaman masa naik bas odw dr Kedah ke KL.. bas dr Chagloon jam 8.30pg.. ana duduk seat bawah, bus Pancaran Matahari.. masa dekat stsen bus Shahab Perdana, ada seorang makcik duduk sebelah ^_^ makcik nie odw g kL gak, g umah anak dia..




Perjalanan yang panjang menjadi singkat apabila ada teman berborak.. ana berkira-kira akan sampai kL jam 5 ptg, tapi sangkaan ana meleset sama sekali, ana sampai awal kat jalan Duta, lebih kurang jam 3 lebih..

Makcik Hamimah adalah hamba ALLAH yang ALLAH hantar untuk ku.. banyak yang kami bualkan sehingga tak terasa jauhnya perjalanan ^_^ makcik Hamimah @ Cik Njang.. baik orangnya, peramah, ceria =) pada awal perjalanan, tak banyak kami bualkan, sebab ana megantok, maklumlah bagun awal, heheh.. then lepas bas berhenti dekat R&R bukit gantang, kami g makan, isi perut..

Dalam bas, cik njang sambung semula bercerita.. makcik njang banyak bercerita mengenai anak-anak dia, best gak dengar cerita cik njang nie, boleh diambil sebagai pengajaran dimasa hadapan =p cik njang ada 7 orang anak, 2 orang duduk kat kL, sorang lagi tentera laut kat sabah, yang lain stay kat kedah.. cik njang sebenarnya baru pulang dari sabah, cuti-cuti Malaysia kat rumah anak dia.. meriah betul.. time umur dah meningkat nie la orang-orang lama nie g bercuti, maklumlah time muda sibuk berkerja..

Masa dah nak masuk kawasan kL, cik njang bagi ana kerongsang.. cantik, cik njang buat sendiri taw! terharu pula rasanya, uhuk,uhuk.. then, dalam bas tue gak cik njang bagi ana ulam-ulam, daun kari, cili padi yang ditanam sendiri dekat kawasan rumah dia :) habis berbau satu bas bau daun kari, hihihi.. selamat tak ditegur oleh pemandu bas.. alahai~ terima kasih makcik hamimah ^_@


Selepas sampai kat jalan Duta, cik njang ada bawa 2 buah kotak buah conen (buah kuini).. dapat la 4 biji, sonoknya!! buah favorite my mum~ anak dan menantu cik njang yang duduk kat cheras yang datang ambik cik njang kat jalan Duta.. ana pula terpaksa naik teksi, maklumlah.. si perantauan, hehehe.. kami siap bertukar-tukar nohp gitu, chewah~


moga hubungan kami berpanjangan hingga ke akhirnya, aminn..


cik njang pesan: "nanti datang kedah, mai la umah.. sampai Shahab Perdana, nanti cik njang datang ambik" =) so sweet rite? insyaALLAH, ada rezeki ana akan sampai umah cik njang..




nota Mamie: Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali ^_^

3 comments:

Addin said...

kita sama ! suka tengok conan . HIHI :)

Nurul Munirah said...

assalamualaikum ^_^
ehee,just nak cakap,saya pun suka tgk conan! dan cerita penyiasat2 yg lain..
salam mahabbah~

Islamic_Muslimah said...

yeah!!
ada geng suka tgk Detective Conan, huureey!! boleh wat club Conan nnt =P